Sunday, December 11, 2011

bertapa

20 tahun lagi sahabat..

















































p/s : it's not a goodbye..but ya, i'll be back 20 years later..
(bertapa di gunung besi) \m/

Tuesday, November 29, 2011

maal hijrah dan gua (bukan aku sebaliknya nama tempat)



Gua masuk gua di Gunung Senyum. Gua malas nakcerita pasal maklumat gunung dan gua. lu boleh google sendiri. Gua masuk dengan member gua. Tak de la hero mana pun. Sapa-sapa buleh masuk. Gua bukanlah orang "pertama" naik kebulan (kah kah kah!!), naik ke angkasa, naik ke gunung everest, cipta kereta, atau segalanya yang berkaitan "pertama" hatta orang pertama ke Gunung Senyum. Zaman Tori, Sultan dan Tok Lang dah ngeteh dalam gunung tu. Tak payah dok bangga sangat la. Puih!

Tapi gua belajar sesuatu. Gua tak perlu belajar memikirkan menjadi orang pertama untuk ke mana-mana. Gua teringat cerita satu cerita hindustan "kau tak akan diingat seandainya kau bukan yang pertama"..Pada gua ini sial. Manusia selalu melihat pada hasil. Ini juga puki.

Tapi gua tak heran. Sekonyong-konyong, gua pun ada perasaan tak boleh lihat orang lain berjaya. Itu pesen manusia bagi gua. Tapi, gua harap gua boleh belajar pada syurga dan pada azan yang gua dengar hari-hari. Azan tak menyebut, "marilah jadi yang pertama", sebaliknya azan melaungkan "marilah menuju kejayaan" yang dilaungkan tak berhenti2 di muka bumi ini sampai kiamat. Begitu juga syurga bagi gua. Tuhan tak jadikan syurga untuk seorang, sebaliknya untuk dikongsi. Gua tak pernah pikir untuk jadi orang yang pertama masuk ke syurga atau hanya gua seorang yang akan masuk syurga. Kalau sorang-sorang dalam syurga gua nak buat apa dalam tu?

Jadi, gua akan berusaha untuk mengikis perasaan ingin bahagia sorang2, walaupun gua tau benda ni sangat sukar. Dah jadi pesen manusia agaknya. Kalau kita, dunia mampu ubah, kita hebat. Ulang sekali, memang susah bak ang. Harapnya gua cuba sekadar mana yang mampu. Tapi masalah gua, gua hanya akan happy bila gua benda benda yang gua minat. Kalau tak, hamboih, kemain muka gua macam sirap tak da pandan. pucat rasanya bak ang.

Tapi, gua pasti (ini pandangan gua), selain setan, dua benda yang buat gua tak nak ke syurga bersama-sama. agak-agak apa ya?

p/s : salam maal hijrah dari "gua". Terima kasih kawan-kawan.

Friday, November 25, 2011

he he hari jumaat..

baru tadi gua tengok movie..pasai serangan pengganas dalam keretapi..biasa la, tebusan, mintak duit, cabut lari..ada lagi la perihal lain, gua malas nak cerita pasai apa,gua tak ingat detail, lagipun gua tengok dah sekerat cerita.. tajuk cerita pun gua tak ingat..yang gua ingat, heronya orang nigger bak ang..antagonisnya mexico de gama bak ang....cerita ni org hollywood punya..banyak persoalan yang bermainnya pun di dalam kepala otok ini terasa sebenarnya..tapi persoalan paling utama ialah..

pernah lu bayang kalau ada orang acu pistol kat kepala lu?

p/s : ramai orang (gua pun orang) tengok movie, tapi lepas tu macam orang kencing manis makan lolipop..sial.

Sunday, November 20, 2011

rumah api.

seperti mana roh dan tubuh,
seperti mana hati dan jantung,
seperti mana panca-indera,

tahukah aku,
anjing dan babi,
dan kita,
makhluk tuhan?

rumah api-menunggu giliran

Friday, November 4, 2011

gua pelik, lu hairan

malam tu sejuk...orang tak ramai, keadaan ini membuatkan gua rasa seram sejuk,..memang gua letih, gua tak tipu..gua landing atas kusyen..sambil tu gua ambik pot yang agak kosong memandangkan gua mudah mengigau..sial, gua tak mau masuk paper gara-gara mengigau di dalam ktm..heh..tak jauh dari situ, di kusyen opposite gua ada dua orang amoi baru balik shopping..cara pakai macam orang jepun..cis, benda ni buat gua konpius..dia ni sapa sebenarnya? lantaklah, bagi gua, benda alah ni tak memberi kesan pada gua apa-apa..gua pun berbaring..pasang lagu.....

lepak punya lepak, sekali (sebenarnya dua tiga kali, keh keh keh) gua terkerling pada dua amoi tu..buat muka pelik, mungkin tak biasa melihat orang tidur dengan cara berbaring di dalam ktm..mungkin kampung katanya..atau mungkin tak puas hati dengan dengan seluar koyak gua, atau beg gua yang telah ditinggal zaman, atau head phone gua mungkin katanya gua poyo, atau mungkin dia rasa gua nak usya dia..ok, gua mengaku memang lawa..kah kah kah...tapi gua pasti, memang konon2 pelik tengok gua baring dalam tu...lantak la, gua sejuk.."lu heran ke?" gua tanya guna telepati, tak jawab pulak, mungkin siaran terganggu, gara-gara hujan..

p/s : sebenarnya gua pun heran, selain daripada lawa, gua teringin nak tanya, pakai seluar macam boxer, lu tak sejuk ke? keh keh keh...

Saturday, October 29, 2011

semangat perang.

jikalau berperang,
mata-mata melihat pada pemenangnya..
pada ,
askar perang..

maka,
tanya balik pada,
diri mu,
wahai pejuang..

kalian berperang atas apa?

Sunday, October 23, 2011

sedar ke aku ni?

kadang-kadang malas aku pikir..
lantak lah..
pedulilah..
bia lah...
apa-apa lah...
pergi mampus lah..
lah..
lah..
lah..
lah..

lah...
perlu ke aku pikir balik?

tak perlu

k
a
n
?

mahu tak mahu,
kita masih seperti singa sarkis..
yang garang,
dalam sangkar,
hanya keluar,
untuk buat spesis manusia kagum dengan bakat..

ah,
aku mahu keluar dari sangkar,
duduk dalam kebebasan lukisan,
atas kain yang diberi,
tuhan..

sekian..mana cinta aku?

Sunday, October 16, 2011

kisah gua tak buta mahupun juling..



lu tengok gambar kat atas, lu tenung-tenung...rapat..bia mata juling...apa yang lu nampak, gelang biru akan beransur-ansur hilang...tu biasa..tak silap gua benda ni ada berkait rapat dengan titik mata..gua belajar sains juga masa tingkatan tiga dulu..lu tak percaya? cek slip pmr gua, kalau tak nampak, mungkin lu dah dimanipulasi oleh titik buta itu atau lu sebenarnya memang buta..

benda ni sebenarnya berkait rapat juga dengan kita kehidupan kita..arakian jika kita terlalu obses dengan sesuatu, kita akan lupa dengan perkara sekeliling..gua selalu macam ni..gua pun macaqm ni..gua akui..hahahaha...kadang-kadang gua tak nampak itu sebagai kelemahan, kadang-kadang iya juga..tapi asalkan titik tengah itu mewakili kebaikan sudah cukup...tapi gua pulak lain...yang titik tengah tu kadang-kadang kaler biru...KAH KAH KAH..just joking (gua pandai sikit-sikit berbahasa bahasa kebangsaan England)...kalau gua suka dengan sesuatu gua boleh lupa menyahtinja atau berkumuh...sedar2 dah pedih sembelit..itu hanya hiperbola, lu tak payah percaya melainkan lu adalah highway yang lurusnya beratus kilometer..

p/s : gua harap satu hari gua betul2 sukakan syurga..

Sunday, October 9, 2011

muzik, seni...

sejak dari sekolah rendah, terus terang saya memang meminati muzik..muzik ada di mana-mana...asalkan ada bunyi-bunyian, ombak, air terjun, angin, puting beliung, taufan, pada saya yang belum mempunyai apa2 sijil formal berkaitan seni dan bunyi-bunyian masih menganggap itu adalah muzik. Bunyi-bunyian tidak akan bergerak sendiri bagi saya. Saya masih ingat bahawa guru saya pernah menyatakan bahawa bunyi terhasil daripada getaran udara. Cukup sampai itu yang saya ingat. Saya tidak ingat bagaimanakah cara mengukur frekuensi, berapa db (saya tidak ingat simbolnya), pertembungan bunyi yang mewujudkan titik lenyap dan banyak lagi. Mungkin itu salah satu kelemahan saya, tidak punyai semangat kental untuk belajar.

Dulu sewaktu saya di darjah dua, abang saya ada membeli cd metallica semasa persembahan mereka di san francisco (tak silap saya) bersama symphony orchestra..S&M (Symphony & Metallica) serta album black dan reload. Pada masa itu, minat saya terhadap muzik makin bertambah. Ada juga teringin bermain muzik juga. Tetaapi waktu itu masa belum sampai, kebetulan di rumah saya tiada alat muzik, dan kawan saya yang minat muzik tidak ada. Cuma saya masih ingat kenangan saya, saya sempat belajar bermain drum dengan seorang guru muzik di sekolah rendah saya (tetapi saya masih tidak pandai...ha ha ha...) dan meminjam cd dengan rakan saya iaitu show metallica di seattle tahun 1989 (rasanya lah).. Kemudian, minat itu rasanya agak terpadam.

Di sekolah menengah rendah, saya masih lagi mendengar muzik yang saya suka. Saya meminati muzik rock, dan metal aja. Masa itu saya hanya tahu band metallica untuk metal dan gun n roses untuk rock. Kemudian, semasa menengah atas, ramai rakan-rakan saya meminati muzik. Dari situ saya kenal beberapa band...butterfingers, muck, corumn 80's, cradle, cromok, the strokes, system of a down, kompilasi radio malay (album),bob marley dan lain2 yang bukan hanya terperuk dlm satu genre saja..Semasa sekolah saya memetik gitar untuk kali pertama..

Selepas spm, saya kembali melepak dengan rakan2 sekolah rendah (sebelum ini saya tak rapat sangat sebab selalu keluar). Saya respek mereka. Rata2 mereka pandai bermain alat muzik. Jadi, bermula pada saat itu, banyaklah tok guru-tok guru saya dalam bermain gitar(namun kini masih tidak pandai, mungkin jari pengkang). Mereka bawa saya melihat suasana jamming yang bagi saya mereka sangat COOL! serius..saya tak akan lupakan moment itu. Ingin sekali saya ucapkan kepada mereka yang mengajar saya erti muzik dari saat saya di sekolah, di kampung, dan sekarang. Kemudian, rakan saya merangkap tok guru kata, muzik bukan hanya untuk cool, ia lebih dari memahami apa kau rasa, tentang apa yang kau nak katakan..cubalah untuk memahami sekadar kau mampu..

Kini, semakin banyak tok guru saya dalam bidang muzik. Dari belajar bermain gitar, harmonika, dan lain-lain. Tambahan lagi, saya banyak terdedah kepada lagu-lagu baru. Dari metal, saya mengetahui apa itu thrash, black, death, heavy, grindcore...begitu juga reggae, ska, indipendent, folk, dan sebagainya. Saya belajar dari mereka cara-cara explore muzik sendiri. Kena selalu dengar lagu baru. Kena sentiasa berubah, tetapi perlu balik kepada asas. Saya tak lagi hanya mendengar satu band, kalau dulu hanya metallica, kini saya mengenali, megadeth, onslaught, slayer, dio, sodom,anthrax, ,tankard, sepultura, hirax, tankard, bywar, violator, kreator, sabbath, militant attack (malaysia), sil khannaz (malaysia), Hiding fear (malaysia), Humiliation (malaysia) , hereafter, (malaysia), silent death (malaysia) dan banyak lagi sebagai contoh. Walaupun dari segi asasnya saya masih kurang pengetahuan mengenai muzik dan cabangnya, saya seronok dengan apa yang saya tahu. kerana ia bukan hanya pengetahuan yang banyak sebab tak de exam untuk tanya kita berapa banyak band yang kau tahu? sejarah mereka?. Yang penting kau suka dengan apa yang cari. Dan saya berterima kasih kerana ada rakan-rakan walaupun tak rapat sudi kerana sudi berkongsi info atau saya tahu melalui majalah dan blog-blog.

Tidak hanya dalam satu genre, saya kini mengenali bob dylan, jimi hendrix,led zeppelin, lynrd skynrd, john lennon, iwan fals, ebiet g ade, meor (malaysia),bin jidan (malaysia), black (malaysia) dan banyak lagi yang bagi saya sangat bagus. Lirik-lirik mereka sering menyentuh kisah realiti kehidupan. Saya sendiri tak mengenali mereka dengan baik. Apa yang saya dapat nyatakan, teruskan usaha anda (kepada yang masih ada)..

Mungkin muzik merupakan perkara yang amat berharga bagi saya. Tapi saya harap tidaklah terlalu leka sehingga saya mengabaikan tujuan saya di muka bumi ini. Muzik bagi saya adalah satu satu cara mengubati jiwa. Cuba dalami muzik, fahami lirik, dan maksud. Ada sesuatu di sebaliknya. Walaupun tiada apa sumbangan saya terhadap bidang muzik, saya hanya mampu mengharapkan muzik yang jujur akan terus berada di muka bumi. Saya juga berharap jika saya pandai bermain muzik (masih perlu banyak dipelajari, terima kasih kepada rakan-rakan), saya akan laungkan sesuatu dari situ. Saya tidak mengharapkan saya hebat seperti steve ai, tatapi saya lebih mengharapkan sesuatu sampai kepada semua. Seperti bapak A.samad Said-puisi jadi senjata..

p/s : tidak semua moment dimasukkan ke dalam catatan ini..

sifu tongga- budak2 mrsm kuantan-azim, muk, mat pet, Mukhlis, lain2..
budak temerloh : farid, abe, cerah, boyan, duck, nuar, akem,usop,
arwah yazid (Al-Fatihah), yaser, dan lain2
geng2 mengajar : abu, napi, wak, e'ein dan lain2..
all local band malaysia, busker2 sejati, karisma magazine, rottw, pesta
jiwa hermyth zine,dan banyak lagi..

Thanx for the beautiful music!

Saturday, October 1, 2011

entah

mungkin kita tak seharusnya lama,
berada di barat,
berada di timur,
berada di uatara,
atau selatan..

mungkin tak seharusnya kita,
berada di situ lagi..
mungkin kita boleh pergi,
ke tempat asing..

asalkan kita punya,
kekuatan,

mungkin seharusnya,
lebih baik jika kita tiada perasaan,
tak kenal,
sedih,
gembira,
kecewa,
rasa..

sebab kita boleh sentiasa terus berlari,
tanpa menoleh lagi..

kadang-kadang aku meminta kepada tuhan,
supaya, aku dibutakan dari nafsu..
dan percintaan,
seperti binatang...

Entah..

Tuesday, September 27, 2011

perisa masa kini...satu anekdot tak berstruktur..puih!

waktu hampir terselamat dari kezaliman,
masa dan angin panas,
datang bergoncang,
dari sebelah timur dan barat..

mengkafir dan melaknat...
masing-masing punya sifat,

berterabur heroin dan kokain,
untuk orang miskin..
penuh menguasai data,
katanya ini sampah masyarakat-ahh...lanyak berita..

maka, diberi minuman keras,
untuk pelayan-pelayan pub dan bar..
maka tak disalahkan,
kerana itu tamadun..

lurah tersembul,
tersimpang siur..
terkangkang betina dek nikmat nota-nota kepuk lelaki gendut..
utuh..tersergam,kemudian layu.. belakang hotel-hotel mewah..

maka punya hakikat sang asyik,
maksiat si kaya tak akan jadi apa-apa,
kisah si miskin mencuri untuk makan dijaja-jaja..
nenek menjual dadah diburuk sangka..

bila ditanya-tanya, pada budak sekolah..
diajar pula bercita-cita kepada tanah dan harta..
jembalang si gendut terkentut, terberak menonton cerita..
petani tersadung duri di tanah sendiri..

mungkin tuhan disangkanya pendiam..
kala itu malaikat tenang mencatit..
.....(sunyi) kitab ku,
dan kitab mu tuan (sunyi)..

berlekuk-lekuk bumi tuhan,
menari-nari pemodal dengan curut mahal,
dijemput ke tv...sebarkan propaganda-(yang kononnya motivasi)...
"INILAH KEJAYAAN'-kertas ditabur, dilayang pada kamera..

kebebasan dilabur-labur,
dalam perdagangan bebas,
yang "ikhlas" membantu,
dalam iklan yang disebar depan rumah aku..

entah kenapa,
kita percaya pada situasi ini,
bukan pada mereka?
oh, mereka hanya watak picisan..

negara-negara dan bendera-bendera mula dicipta,
dalam perlumbaan tamadun bangsa,
seperti mana bangganya,
umat-umat itu..-ah, mana kitabku?

bila bersedihnya penyair gundah,
di tepi jalanan..
maka ketawalah si pemakai baju kemeja kemas,
dengan ketul-ketul emas..

Friday, September 23, 2011

tak ada motif...

hari ini gua rileks..
gua tak ada duit sebenarnya..
tapi gua rileks...

air sting perisa stroberi, pringle perisa bbq,
dan john murah..

haisy...

Sunday, September 11, 2011

cerita gua dengan mak gua dedulu..ha ha ha

adoi, angah kena ikut ke? alamak, problem ni... hajat nak melepak kat bawah pokok ujung taman rosak petang ni...getus hati gua...macam mana ni, tak kan nak bejalan ngan abah (sebut aboh) ngan mak (sebut mok)...tak rock la pulak... (sekitar 2005, 2006)

_________________________________________________________________________________________

kah kah kah, hal dulu2, gua tak segan mengaku terasa poyo kuda segan bejalan ngan mak ayah kat soping komplek lebih2 lagi masa nak beli baju sekolah...lagi tak syok kalau ada awek2 baya gua tengah jalan sesama member...itu dulu...sumpah gua tergelak ahaks ahaks sorang-sorang...dah, gua dah siap dah ni...mak gua nak pegi beli tudung, mak gua ajak pegi sekali..abah gua pegi keja..keje opis ni beliau lain sikit waktunya...waktu opis laa...8 jam...hehehe....

"aok dah siap belum? moh la" (mak gua panggil)...
"dah2..moh la..kang tutup kedai..mak beli tudung dah la lama..keh keh keh" gua jawab dengan gurau..
"la, aok ni ngapa pakai baju gambor tengkorok?" mak gua mempersoalkan baju Megadeth gua.
"kata rockers...keh keh keh" gua jawab tak ada gugup..

enjin pun di "start"...

Friday, September 9, 2011

Perkara semalam hanya akan diingat..satucatatan ringkas..

Hari rabu lepas, nenek (saya gelar wan) saya baru pulang menghadap Ilahi. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar tanpa masalah. Sakitnya ialah sakit tua. Jika tak salah saya, tahun ini umurnya sudah 71 tahun. Kini, kedua-dua atuk dan wan belah mak saya telah kembali ke pangkuan Ilahi. Al-Fatihah, semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Begitu juga kita sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara mara kita, orang yang kita sayangi. dan juga umat Islam sama ada kita kenal atau tak kerna Orang Islam itu bersaudara.
Setiap yang "dicipta" itu akan binasa. Itu janji Tuhan yang Maha Esa.

Jadi, sekeluarga kami telah pergi ke rumah pusaka arwah wan dan atuk saya di Temerloh untuk mengemaskini barang-barang di dalamnya untuk memastikan ia masih dijaga dengan baik.Risau dimakan anai-anai dan barang-barang yang lain rosak. Sebelum ini, arwah wan tinggal di rumah saya sehingga beliau pergi menghadap Ilahi. Dalam keadaan itu, terjumpa pelbagai kenangan, gambar-gambar dari album lama keluarga belah ibu saya. Saya dan sepupu masih ingat semasa kecil di rumah pusaka itu tempat kami berkumpul bila kami pulang ramai-ramai ke kampung. Main buaya-buaya, Polis tentri (ada sebut tantri), Lompat Tikus, galah panjang, masak-masak. Permainan ini sebenarnya masih lagi baru, bukan kerna ia berlaku semalam, tapi atas dasar hal masa itu yang cepat. Umur itu akan makin meningkat. Hidup dan mati, itu pasangannya. Cuma yang masih hidup perlu teruskan hidup.

Rumah itu kata saudara saya, sebenarnya pada pikirannya boleh jadi sebagai kenangan dan pedoman, dalam suatu keadaan ia ramai ahlinya, kemudian, semakin hilang ahlinya, dan kemudian akhir sekali akan kosong. Semuanya akan berlaku mengikut peringkat dalam proses yang ditentukan Nya. Seperti peringkat terciptanya roh, masuk ke jasad, alam rahim, kehidupan dan seterusnya. Pernah dahulu kawan saya berkata, dunia seperti tempat kau belajar, di mana ujian kau akan ditanya Munkar dan Nakir, kemudian ganjaran akan diberi dalam bentuk kebahagiaan atau kesengsaraan yang abadi. Tak akan ada ulangan lagi. Setiap perkara hanya sekali. Hidup dan mati hanya sekali.

Kini, masih lagi di sini (kita). Jalani hidup seperti biasa. Itu perlu. Adakala kita selalu lupa. Seperti saya juga. Banyak lalai dari mengingat. Dosa dan pahala pula bukan kerja kita dari segi hitungan. Apa yang lahir itu tak semestinya selari dengan yang batin kerna manusia biasa hanya mampu melihat dengan mata kasar melainkan ALlah dan makhluk yang diberi keistimewannya. Dan hanya zat Nya yang berhak menilai siapakah kita. Dan doa kita adalah syurga. Berharap agar satu hari nanti salam tuhan akan kita terima dengan penuh rahmat kerna itu sebaik-baik perkara. Sama-sama lah kita. Insya-Allah...

Thursday, September 1, 2011

Thursday, August 25, 2011

apa semalam....

waktu tu waktu berbuka,
kita sedang makan dan damai,
separuh gelojoh,
antara nafsu dan berkejaran waktu,

nah, pada waktu kenyang,
berasap-asap dinding dapur,
mana pinggan-pingan licin bersisa, (mungkin akan ku bagi pada burong2)..
ku tolak ke tepi..

dan airnya, Ahhh....nyaman kok..
tebunya, soya..
dan pada itu aku sedang sakit..
terasa asing pada badan..

semacam sesuatu bergayut di kepala,
mata pun rasa disembur api,
tekak aku di siat dengan parangnya dari kota seberang laut layaknya tikamman todak,
dan berair hidungnya, bah dari utara..

waktu tu aku ingatkan,
Nya..

Sunday, August 14, 2011

hoi..

HOI!
Orang tua dengan sebatang rokok,
bermundar-mandir,
di tengah-tengah kota..

antara surau,
disko,
tempat kerja,
office-office,
balai-balai,
bank,
taman-taman,
pinggir bandar,
rumah sewa,
rumah urut,

dan segala macam umat,
terkumat-kamit,
semasing membaca mentera,
sial..

uih......,
gaya pakaian,
dan kereta,
gadis-gadis genit..
dan kulit mulus..


bila masa,?

Saturday, August 6, 2011

saloon paka, (buat yang mengerti)

kedai gunting rambut tu bukanlah feveret gua. Tapi, kedai gunting rambut feveret gua tutup. Gua tak lah kisah sangat seperti selalu melainkan lecuturer gua dah sound. Katanya rambut panjang tak sesuai jadi cikgu. Gua rasa gua tak perlu menyelidik "hal" rambut panjang dan profesion skarang memandangkan rambut panjang tak akan membawa anda ke mana-mana menurut teori peradaban sekarang. Cis! Dan gua tak perlulah mengubas isu rambut panjang dan anda memandangkan walaupun gua memiliki lebih hujah, namun seringkali hujah gua tidak dikeluarkan atas dasar tidak relevan untuk sekarang. Belum lagi gua keluarkan isu mengapa mesti saya "berkolarkan" baju saya, atau mengapa perlu saya memakai seluar "licin" dan digosok sehingga tajam bucunya. Dan sampai akhirnya gua masuk ke kedai gunting rambut milik seorang Ah So yang gua gelar aunty seperti kebanyakan kita.

Ah So : mau gunting rambut?
Gua : ya ya..
Ah So : Sila duduk.

Kecup kecap kecup kecap.....(oh ya, gua suruh aunty tu gunting layer, mahu nipiskan saja).

Ah So : Lu masih belajar?
Gua : ya ya...Aunty sudah lama bukak ini saloon?
Ah So : Tak berapa lama laa...baru 6 tahun.
Gua : Sudah lama la tu aunty. Aunty orang sini ka? (lokasi kedai gunting rambut gua di Temerloh)
Ah So : Bukanla...Saya olang Jelantut. Datang sini ikut abang..
Gua : Waaa...aunty masih duduk dengan abang aunty ka?
Ah So : haiya, bukan maaa....itu "abang" laa...saya punya husband.
Gua : Oh...Husband aunty kerja sini ya?
Ah So : Dulu la...dia kerja sama itu balak punya company. Kerja talak duduk satu tempat. Masuk hutan sana, hutan sini. jaga itu balak.
Gua : oh, sekarang aunty punya husband tak ada sini ka?
Ah So : tak ada...sudah 3 bulan talak jumpa.
Gua : haiya, itu macam ka aunty?
Ah So : ya laa...itu macam kerja mana ada duduk rumah punya. Dulu saya selalu ikut..duduk dalam hutan, dalam itu kabin. banyak takut, sorang-sorang. Pagi pergi, petang baru balik.
Gua : Oh, tapi aunty duduk sorang-sorang sini tak da sunyi ka? anak aunty ramai?
Ah So : Aiya...saya mana ada anak..hahaha (tergelak kecil)
Gua : aiya, soli aa aunty...saya tak tau...abis tu, aunty tak bosan ka duduk sini sorang2? suami pun jauh ma.?
Ah So : sudah biasa maa..Lagipun saya lagi suka sini sorang2 dari duduk dalam itu hutan lama2..Dulu dia biasa saja, duduk ofis..Tak selalu duduk sana..tapi wang tak banyak la..tapi sudah naik pangkat, selalu banyak kerja. Tengok itu, tengok ini...sini mahu check, sana mahu check. Saya pun tak mau duduk dalam itu hutan lama2..hahaha...
Gua : (diam)....
Ah So : tapi betul laa...sudah lama tak jumpa sama saya punya cik abang.Lepas naik pangkat haa...wang pun makin banyak..Tiap-tiap bulan kasi masuk rm5000 dalam bank. Saya tau dia ada masuk itu Thailand kadang-kadang. Haiya, risau juga maa...takut dia ada perempuan lain. Tapi saya tak kisah. Asalkan saya suami isteri tarak gaduh2. U pun tau la kan. Kalau pergi Thailand, "macam2" u boleh dapat punya.
Gua : (tersengih)...
Ah So : Tapi talak apa laa...kalau dia sudah ada perempuan lain, apa boleh bikin. Lagipun saya tak kisah. U tau tak, kami suami isteri tak pernah gaduh. Kalau dia balik satu kali setahun pun, saya bikin macam biasa aja. macam biasa jumpa. Dia pun biasa saja. Saya pun tak mau la cakap apa-apa.
Gua : tak apa lah aunty, asalkan aunty happy.
Ah So : ya la....hahaha...

banyak lagi sebenarnya yang gua dan ah so tu borakkan, tapi sebab gua tulis ni pukul 6 pagi, dan gua malas. anggap ini satu petikan conversation yang gua pendekkan. Tapi sebelum gua keluar dari saloon tu, aunty tu tersenyum dan ada cakap kat gua. " Lu aa, bila lu sudah makin tua, makin banyak perkara yang lu perlu pilih..makin susah maa...hahahaha"..

P/S : isi kandungan cerita ini benar, melainkan dialog gua singkatkan dan mungkin ada beberapa perkara lagi gua tak tulis. pasal apa, pasa gua sudah mengantuk. ahaks.oh, ini juga boleh didpati di http://tong-geng.blogspot.com/

Friday, August 5, 2011

--------------------------------------

semalam dan esok,
kalau belum mati,
matahari sama kita kira,
sampai ia turun,

maka naiklah bulan,
bukan sinis, tapi penuh ikhlas,
ganti matahari,
katanya, "kau letih"?

maka sang awan pun gembira,
tak ada murung,
dan kerja seperti biasa,
turutkan kata tuhan..

dan semusim ada makhluk mengkaji-kaji,
kaji dan kaji, logikal,
tapi tidak sampai-sampai,
hanya kerana kau perlu pikir,

Kau bukanlah Tuhan,...

Dan bila aku begini,
aku pun tak mampu jadi itu dan ini,
sekadar memilih satu,
dan aku harap kau mengerti..

Semalam awan malam tak berbintang,
langit siang panas mendidih,
petang terasa sunyi,
malam terasa bosan..

Tuesday, July 26, 2011

kalau boleh tuhan,,,

brrrr...
"one message received"

"ya"
"no"
"i think so"
"ha ha ha"

pun sudah cukup,
buat kita senyum..
kalau aku tak tau,
realiti, dan terus...

berfantasi..

mahu saja aku,
tuliskan lagi,
kau mahu?
atau tak?

kalau boleh Tuhan,
esok aku mahu terima dua..
dia mulakan bicara,
dan bertanya perihal aku..

kalau boleh Tuhan,
esok mahu ku terima dua,
sebab aku mahu terus,
begini..

bukan untuk hanya imiganasi,
walaupun sebenarnya,
buat masa ini, lebih dari cukup,
untuk membuat aku lesu menunggu

esok..

Friday, July 15, 2011

mari diam-diam..

coba kau diam...
coba kau diam..
coba kau diam..
coba kau diam..

coba kau pikir-pikir,
kalau tak,
melayang-layang pun jadi..
melayang-layang pun jadi..

coba kau tenong,
dan lagi,
terus,
masuk ke dalam...

kalau kau mahu,
aku boleh beritahu,
semahu-mahu,
ana dan ente..

kan?

Saturday, July 9, 2011

berganja dengan bulan

pemaksaan positif
pemaksaan negatif..

suara negatif..
suara positif...

berdiri atas pagar yang bergerak..
ditarik-tarik segerombolan angin-angin..
lari-lari ke anak kecil..
lantas jatuh ke arah itu..

negatif..
postif..
kalau ia, tergantung di tengahnya..
kosong..

kalau kosong itu,
kau mahu,,
lantas, katalah,
itulah jawapanku..

kau tak akan hilang apa-apa,
kalau kau memandang kosong..
kalau itu biru kalau itu hijau..

-berganja dengan bulan-

Friday, July 1, 2011

aku punyai sahabat dan kau punyai teman

dua rakan yang bertemu di antara laut, bersama dalam senandung..

dua negeri, berlainan, dua sahabat lama...
dua negeri, berlainan, dua sahabat lama...
dua negeri, berlainan, dua sahabat lama...

dalam itu mereka mengerti, pun masih belum, dalam dianak-anakkan oleh kematangan yang asyik...maka, sahabat itu menyatakan kata-kata perdamaian..

"kalau itu satu perjanjian antara mereka, aku panggil itu pemecahan"..

kalau aku sadar awal, sejarah itu tidak hanya sejarah dan omong-omong guru-guru aku aja, tapi bisa jadi satu kenangan yang molek2..
ayuh BUNG dan ABANG, PAMAN-PAMAN dan PAKCIK-PAKCIK...bukan negara, kelompok itu satu...asal roh kita satu dalam jasad yang hanya satu untuk kita, semusim kita bersahabat dalam alam arwah dulu..

Sunday, June 26, 2011

Terima Kasih..

sekitar bukit bintang..dua orang lelaki kemas.

encik satu : kesiannya, nak makan pun susah..(memberi seringgit).
encik dua : buat apa kau bagi, sihat lagi badan dia tu...bukan tak boleh pergi kerja..
encik satu : alah, biarlah..ko bukan tau hidup dia macam mana..entah ada sakit ke apa ke..
encik dua : dah la..jom belah..(muka kerek lantas menghirup redbull suam)..

sekitar pejabat Dato' Kaya......

encik dua : terima kasih Dato' pasal projek haritu...ambiklah ni sikit.."ikhlas" dari kami..
Dato' Kaya : Hahahaha....terima kasih..kita hidup mesti tolong menolong..(mengambil duit tebal)..
encik satu : (memandang)..

p/s : ..................................................

Sunday, June 19, 2011

tanpa erti...

aku berdoa tanpa makna..
dan bahasa yang aku tak mengerti..

dalam hujan itu,
dia antara panggilan MU..
dalam hari-hari MU..
dalam waktu-waktu MU..

Tuhan,
engkau hidupkan aku..
engkau matikan aku antara sementara dan selamanya..
Tuhan sekalian alam...

Tuhan...
Kau telah hidupkan aku..
Aku terasa kini mati...
Dan seandainya ini sampai..

Maka Tuhan,
"hidupkan" aku..
Beri peluang aku..
Untuk melihat..

Dengan jelas dan nyata..


12.39-merintih di padang sempit..

Monday, June 13, 2011

mayat tak berkapan

antara kata,
dan kata,
dia tetap,
sudah pergi..

ke mana sahaja,
entah hilang,
ghaib,
dan ini amanat,

dari tuhan...

untuk kita tahu,
mati itu pasti,
omong-omong itu ada,
dan apakah ajaib kuasa tuhan..

apakah nanti,
akan ada upacara untuknya?
atau ada orang tangis-menangis? - lagi...
apakah terbina kepok dan nisan untuknya?

dan aku berdoa,
semoga tuan akan beroleh rahmat,
walau berkapan atau tak,
ia yang paling sampai...

p/s : doakan mangsa lemas di sungai pahang...semoga mayatnya dijumpai semula...insyaAllah..

Sunday, June 5, 2011

apa?

apa tanda seru itu bukti kau dan aku menjerit?
apa tanda soal itu bertul2 kau dan aku bertanya?
apa :) itu sememangnya kau dan aku tersenyum?
apa ha ha ha ha itu kau dan aku memang ketawa?

aku bertanya ni dengan menggunakan tanda baca yang betul..

apa minoriti itu tertindas?
atau kau tidak disukai?
atau kau berkuasa ?
atau kau ?

apa pelik itu kecantikan?
antara diterima atau tak,
kau berjudi,
dengan perasaan dan emosi orang lain...

apa kata keyakinan?
Ptuih!

Thursday, June 2, 2011

apakah?

apakah berhati-hati tu berpunca daripada syakwasangka?

heh, selekeh orang itu, pastinya orang gila...ataupun orang jahat...

hahahahahaha
hahahahahaha
hahahahahaha
hahahahahaha
hahahahahaha
hahahahahaha
hahahahahaha

kalau sudah di tahu dia orang jahat, kita perlu berhati-hati....
kalau tak tahu?

Tuhan, ilhamkan aku...
biar kita memahami,
nor menghakimi..

ambang sore semalam, yang pasti jika esok, pastinya terjadi semalam..

Tuesday, May 31, 2011

esok, siapa tahu...

ah...bertimbun buku-buku dalam bilik...entah dikutip dari mana...ada jugak dirembat dari almari masa kemas rumah dulu....tajuknya pun aku tak terbaca lagi, indeks, prakata (yang ni aku tak pernah buat lagi), sekadar konon2 rasa sedap hati, "hahaha, aku dan hobi aku dengan membaca"...hahaha....kononnya laa...masyarakat berjaya, masyarakat yang membaca..aku "terbaca" benda ni masa aku tengah tunggu lrt dan sewaktu melewati perpustakaan-perpustakaan di sekolah...

___________________________________________________________________

aku masih belum mula membaca lagi....haisy, pehal ni...cibai, fuck you, kalau bagi cerita "sedap", aku dah sign out lama dah....john sebatang, aku kepat-kepat mencari-cari lighter sambil sebelah tangan meraba-raba..pun masih belum..susah juga nak mulakan tabiat baru...profesor diraja Ungku Aziz, teringin jugak aku nak tanya...macam mana tuan mulakan tabiat membaca? dan ini, mungkin jawapan yang akan aku dengar...1-kau kene cintakan ilmu terlebih dahulu, 2-kau kene rajin, 3-buang sikap malas, dan berani mencuba.....andai tuan tahu,
diri saya, mungkin tuan akan keluarkan jawapan yang ketiga..

__________________________________________________________________

babai, kataku kepada tokoh tersohor, selepas bayangnya hilang....dari yang aku dengar, dia ni memang bagus, dan ikut dari apa yang aku borak-boark ngan dia tadi, memang aku suka caranya....penuh berilmu...penangan orang berilmu ni lain....

__________________________________________________________________

aku dah terjumpa lighter....ah lampu terpadam pulak, selesai isap rokok, aku terus memeluk bantal peluk dan angan-angankan puteri hang li po......azam kemudian ditanam, esok aku akan mula membaca....

Saturday, May 28, 2011

muka surat

ada satu perbincangan di meja bulat,
terkumat kamit bibir perbincangan,
dengan arahan,
dan ahli-ahli yang membenarkan..

dan ada satu lagi meja di sana,
juga di satu meja bulat,
juga itu,
dan itu...

ada pula, satu,
yang memerhati,
tak juga dipasti,
apa dia inti..

sarkastik,
provokatif,
demokrasi,
sosialis,
autoriti,
kuku besi,
media,
masa...

bentang...
bentang..
bentang...
bentang..

jin,
setan,
orang,
binatang,

"gentleman"
"ladies"

ada pula minoriti,
dan majoriti..

hahahahaa....
esok-esoknya kita berbogel,
seperti baru lahir,
kau dan aku saling berbogel..

suka dan tak suka
tak lagi semulajadi,
ia akan,
dipengaruhi..........

oleh,




Wednesday, May 18, 2011

3 notification...

lepas gua usya
pemadam,
kayu yang berisi grafit,
kertas kajang,
dan batang pena..

...................................

sebenarnya lama dah gua tau,
gua pasti...
ha ha ha...

--------------------------
gua memang tak kuat semangat..
pegang biawak pun tak mampu..

apatah menjawab soalan
hari akan datang..

----------------------------

gua rasa nak berak....

Monday, May 16, 2011

Sajak Hari guru...(sajak ke?)

anjing-anjing jalanan,
kucing-kucing gelendangan,
pinta-pinta sedekah,
di tepi jalan...

separuh dari aku,
mahal harganya,
mana aku,
mampu.......

------berhenti atau situasi lain-----------

bisikkan aku,
nyalak kau, dan ngiau..
"miow"!, "warf!"
aku tak paham..

ayuh, ceritakan saja...
kebinatangan.

kita?

Saturday, May 14, 2011

mencari pohon tuhan.

percayakah kau,
aku akan ke situ?

tak!
tak!
tak!
akan
percaya
LANGSUNG.

ha
ha
ha
ha.....

aku
tak
akan
kisah
lagi.

Petir menyambar lagi..
ayuh lekas, cari pohon-pohon
TUHAN

Wednesday, May 4, 2011

pesakit miskin.

siang yang mendung,
resah tanpa hujan,
malam yang sunyi begini,
aku dan engkau....

dalam ruang yang sempit,
kita membicarakan tentang nasib,
apakah kau masih ingat, ketika aku berbicara dengan kau,
sang langit?...

apakah doktor-doktor,
bisa rawati luka kecil ini?
sedangkan aku,
pesakit miskin..

Sunday, April 24, 2011

kau rasa ini apa?

aku masih mengamuk,
dan terus berkecamuk,
tanpa sebab,
dalam ruang yang semakin sempit,

semakin takut,
menggolekkan dadu,
berapa tapak aku harus ke hadapan,
aku takut ditelan ular ke bawah...

dalam suasana begini,
untuk memilih,
dimanipulasi,
atau memanipulasi...

keadaan itu,
keadaan itu,
keadaan itu,
keadaan itu,

ketawalah,
kalau kau rasa ini seperti filem porno murahan,
ketawalah,
kalau kau rasa ini perempuan bogel.

p/s ; tolong hentikan ini.

Saturday, April 16, 2011

lihat siapa tengok awak?

ada beberapa notification pasal who has viewed me? dalam facebook....gua pun tak tahu benda ni betul ke tak...tapi, kalau betul, ni yang gua cuak ni...gua kaki stalker...hahahahaha....dah gua suka tengok lu..nak buat macam mana...sebenarnya, isu malam ni macam ni...gua minta mark apekebenda namanya ntah, buat terus je la application ni...sebab nanti gua punya event kat tepi tu x la pelik2...tetiba banyak..baru gua ingat sepupu2 gua nak kawin ke, gua dah jadi teruja, alih2 terkeluar ayat..."who has viewed me?"...haiys...lantak hang laa...hahahahaha

suka
x suka
suka
x suka
suka
x suka

p/s : den gurau jo... :P

heh..

budak : saya tak pandai...(sedih)..
aku : kalau awak belajar, awak akan pandai.
budak : dah belajar pun tak pandai...
aku : tak pe..suatu hari nanti awak akan tahu pandai tu apa..(terpikir balik maksud ayat penyata aku dan maksud "A" dalam setiap subjek)....

-maka kedua-dua pun terpikir2, apa ke betul ayat tu-

p/s : -semoga suatu hari kita tau apa tu hidup..heh-

Monday, April 11, 2011

kepada waktu ke dua belas..

slot tv berputar-putar,
agendanya politik,
slot hidup berubah-ubah,
agenda kita manusia.

aku cintakan kau,
mengapa kau membisu,
oh, ya.... aku terlupa luahkan,
tapi sebenarnya aku takut..

sayang, umpannya telah mengena,
tak juga salah pemancing,
bukan juga salah ikan,
pemancing itu lapar, ikan juga begitu..

memang itu kan konsepnya....ikan itu rezeki...

nah, dicuri pula kucing belaan sendiri,
tak apa, ambillah, aku sayangkan kau,
ayam masih ada dalam peti sejuk..
ah, biarlah aja.....bukan aku lapar pun...

sementara aku menunggu,
aku buka itu,
buka ini,
aku pun bukan ada jadual waktu...

aku belek gambar kau,
mereka, dia, cuba pula bertanya-tanya,
oh, ini bukan soalan periksa..
tapi siksanya..mahu ku calling si ambulan...

datang pun akhirnya pemandu teksi,
ditanya pula aku mahu kemana,
hantarkan saja aku ke terminal bas,
sebab aku tak tahu ingin ke mana...kelak aku akan fikirkan..

kelak...
kelak...
kelak...
kelak...

akhirnya aku akan sampai juga...
biarlah.....
biarlah....tapi aku pikir-pikirkan juga..
sudahlah, itu kan masa hadapan?

Friday, April 8, 2011

sekolah.....

Saya mula belajar menjadi guru (praktikal). Dah 2 minggu lebih rasanya. Bersama rakan-rakan lain yang juga bakal menjadi cikgu tak lama lagi. Semoga kami sihat dikurniakan akal fikiran yang sihat dan tubuh badan sekali. Sebulan sahaja waktunya untuk sesi pertama ini. Banyak juga yang saya pelajari. Memang susah menjadi cikgu ni. Tapi, bukanlah saya cakap kerja lain tu mudah. Rata-rata orang sering menuding jari, "alah, kerja kau senang je, kau tak tau kerja aku macam mana, bagai nak rak". Hahahahaha... Saya "kadang-kadang" tak ambil peduli pun sebab saya tau tak ada kerja yang senang. Pembantu rumah, kerani, akauntan, pemain bola, perdana menteri, setiausaha kehormat, pembuat rumah dan apa-apa sahajalah. Semua susah sebenarnya melainkan kita pandai "curi tulang". Saya pun tengah praktikal, asal rasa letih sikit, mulalah tertidur di bilik saya dan kawan-kawan. Hahahahahaha. Saya kini sememangnya kabur apa saya akan menjadi cikgu yang baik atau tak nanti. Saya pun ditegur kerana konsep saya di dalam kelas masih kabur. Tak apa, saya tak kisah, lagipun saya sedang belajar. Saya pun banyak belajar dari rakan-rakan saya. Mereka rata-ratanya akan menjadi cikgu yang bagus. Saya yakin akan hal itu. Di sekolah, saya dapat lihat macam-macam pe'el budak-budak. Memang comel. Kadang-kadang saya pun tak mampu nak selesaikan masalah mereka. Kadang-kadang saya ada bercakap mengenai perkara-perkara yang mereka tak lalui lagi. Tentang dunia walaupun banyak yang saya tak tahu. Mereka tak faham pun sebenarnya, tapi saya biarkan. Saya harap suatu hari nanti, mereka akan faham. Apa-apa pun saya seronok di sekolah. Pasal hal2 yang saya kira sampingan, biarlah. Kah kah kah kah !

http://www.youtube.com/watch?v=b3bssqx2tnY

Saturday, April 2, 2011

atas tembok celah kota...

pokok generasi baru,
tak lagi kenal tanah,
cacing pula gayat-gayat..
sampai runtuh babylon..

berkali-kali pula memintal melodi,
yang sama..
sampai aku jumpa,
siang malamnya..oh, angin..

nanti aku akan beli..
belajar,
mengadap...
jumpa mahaguru..

mari... :)

Sunday, March 20, 2011

aku pendosa alam.

pandang ke kiri ditiup angin dari sebelah kanan,
pandang ke depan ditiup angin belakang,
pandang ke kanan ditiup angin sebelah kiri,
pandang ke belakang ditiup angin dari depan.

jangan kau salahkan lalang itu,
jangan kau cantas ia,
walau ia akibatkan kau gatal-gatal,
kerana ia bisa tolong kita dari gelongsornya tanah,

jangan kau salahkan pula kau salahkan tanah itu,
setelah kau pisahkan dari kekasihnya...
setia, cukup......sampai suatu hari,
ia diguna-guna.

pandang ke kiri ditiup angin dari sebelah kanan,
pandang ke depan ditiup angin belakang,
pandang ke kanan ditiup angin sebelah kiri,
pandang ke belakang ditiup angin dari depan.

jangan kau salahkan lalang itu,
kerana dia masih ada akarnya,
kerana dia pantas melihat siang dan malam,
dia tak pernah berubah sebenarnya..

-20 mac 2011, sebelum, sewaktu,selepas-

Tuesday, March 15, 2011

semua orang makin pandai...serius gua tak tipu...gua tak de fakta-fakta analisis ni, .gua tak buat sebabb gua yakinn lu orang tahu!

semakin banyak orang pandai buat......
buat.....
buatlah benda-benda...huuuuuuuu.....
hebat, pandai, canggih, cekap, gemilang!
orang makin pandai...

baca buku pun banyak...
pengetahuan pun banyak..
memang cekap...
semua tahu...

ambik la kau,
dress up kau la paling up to date....
taman perumahan kau bagus! (ada awek segar la DOH!)
kampung kau nyaman sekali, (uisy, hirup udara segar selalu, dah terkenal nanti x dapek dah, KAH KAH KAH)
daerah kau paling seksi!
negeri kaulah jata paling gempak!
negara kau bendera paling semat....
SEMUA KAU,
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!

keamanan dunia untuk sejagat?
HAK PTUIH!

semua pandai salah....
semua bodoh tak patut juga...
semua pandai tak nak mengalah...
semua bodoh, semua mengaku kalah...

lu tahu apa pasal gua MALAS?
Sebab GUA malas nak AMBIK TAHU...
tahu apa?
TAIK la SIAL!
BUNUH la lagi semua...
lu suka kan?

Saturday, March 5, 2011

gadis merah jambu

mencemburui,
merindui,
menyintai,
walau bayangmu..

melihat kau melintasi sebuah jalan yang sesak,
bersama payung merah jambu,
dengan hujan rintik yang makin syahdu,
apakah nanti aku mampu berada di situ?

pandangan itu sengaja aku kaburkan,
menerawang jauh bersama emosi yang berputar-putar,
ingin sekali aku bertanya,
"kau kah bidadari dunia kiriman tuhan?"

Bersama keluh kesah setiap putaran jam,
bersama persoalan-persoalan yang menyakitkan,
seluruh tubuh aku,
bergoncang lagi,

Ingin sekali aku bawa kau lari dari sini,
dan berkuda mencari hujung langit,
memintal-mintal awan menjadi sesuatu,
dan angin-angin menari riang..

sampailah satu saat,
aku cuba tanam kebencian palsu,
kerana aku tahu,
gadis merah jambu hanyalah impian.

-p/s-hujan rintik-rintik, hati bergelora-

Tuesday, March 1, 2011

tarian jiwa kosong...

Jalan-jalan semakin luas,
cepat-cepat pula kotak besi melintas,
selaju kilat, lawan semuanya,
tatkala nenek tua melintas dengan cucunya.

kepada paman-paman aku yang sudah tiada,
nota ringkasmu belum sempat aku tafsir,
belum pula kau ajarkan aku istilah kental,
dan apakah maksudnya hidup?

buangkan saja kalau itu bisa ganggu kamu,
angin, ribut, guruh berpusu-pusu menyapa,
bersaing-saing dengan ketawa liar,
sedangkan rumah itu baru dibina..

selepas rokok murah itu aku telan,
lepas sebatang, sebatang,
datanglah bumi ke sebelahku,
turut menangis bersama aku..

----------jangan diraikan sumpahan itu------------------

Thursday, February 24, 2011

haih...mungkin aku tak lagi siuman..

Dalam masa-masa yang lampau, sedang dan akan terjadi,banyak juga benda yang menerawang, longkos, masuk terjah tiba-tiba ke ruang akal. Tentang apa sahaja, perkara yang kita setuju dan tak setuju, yang kita suka dan tidak suka. Entah, aku pun tak tahu. Masa aku mandi bawah air, aku pun berpikir. Kadang-kadang ianya taklah masuk akal, tapi sebenarnya boleh.

Perkara-perkara yang pelik banyak terjadi. surat khabar yang hari-hari kita beli pun sampai sekarang tak mampu kita ingat semuanya. Bagi aku, semua perkara itu sama sahaja, berita yang baik dan tak baik. Kes rompak, rogol, curi, samun, kisah cinta orang sana sini, ekonomi, global, dunia, pemerintahan zalim, kisah menyayat hati, kejayaan orang itu, orang ini, sihat ke tak, mampus ke, kembali hidup ke, apa sahajalah. Letih juga sebenarnya kalau kita nak tahu semua benda. Belum lagi pasal kehidupan sehari. Dengan tekak yang makin kering, meminta-minta air, hilang dahaga, lapar pula, kita makan, kembali kepada kita yang sepatutnya, selepas itu kita tidur, rehat.

Mampu ke tak kita hidup untuk 20 tahun. Aku teringat satu topik yang diutarakan oleh seorang penyanyi jalanan yang aku kagumi, "kita kadang-kadang banyak memberi hukum dan tidak memahami". Aku kadang-kadang paham dengan perkara yang cuba disampaikan, tetapi ada juga yang aku tak mengerti. Tetapi, jujurnya, aku faham dengan pengisiannya. Aku pun kadang-kadang begitu, suka menghukum tanpa usul periksa. Itu juga tidak bagus. Mengapa dia buat begitu? Mengapa begini? Aku pun jarang-jarang ambil peduli.

Lagi satu, mengenai apa yang dipersetujui dan tidak, bergantung kepada situasilah. Pemikiran kita banyak bergantung kepada emosi. Aku akui (walaupun anda mungkin tidak, terserah kepada anda). Kepada siapa yang membaca blog ini, tahukah kau siapa dan tujuan apa yang kau ada sekarang ini. Bagi aku setakat ingin menjadi doktor, askar, polis, apa-apa sahajalah, ia hanya cita-cita yang perlu dijawab semasa kita kita ditanya cikgu-cikgu ataupun bakal-bakal bapa mertua nanti. Tujuan itu berlainan. Aku pun pernah terpikir untuk melakukan sesuatu yang sangat susah untuk aku lakukan. Ia akan meyalahi norma secara totalnya. Untuk melakukan sesuatu yang aku pikir, mau berterabur sistem. Aku harap ini bukanlah untuk kepentingan aku sahaja.

Mungkin kerana apa aku tak nak buat ya? silap2 ke muka pengadilan nanti...hahahaha

Monday, February 21, 2011

raise the witch

raise the dead witch,
on the dark land,
in a horror night,
on the dark mind side.

in the mind of the beast,
there's a hunger,
they, are the allies,
we totally care!

as the witch woke,
i helped her,
to regain her power,
and plan what is planned.

it's the new oder,
when there's no right or wrong,
this is not a demonic ritual,
it's only a hope the cure the disease.


p/s : this is not about whatever you think!

Friday, February 18, 2011

evil vs evil

human start to cry,
tears change to blood,
killing and murder was the game,
a bullet getting hunger.

evil vs evil
evil vs evil
evil vs evil
evil vs evil

baby evil was born,
human eye's turns red,
rain turns to blood
satan laugh above

evil vs evil
evil vs evil
evil vs evil
evil vs evil

Thursday, February 17, 2011

muzik

Di mana-mana ada muzik. Batu yang diketuk pada batu yang lain juga akan mengeluarkan bunyi-bunyian yang menarik jika diadun dengan baik.
Baik atau tidak baik, itu bergantung kepada individu masing-masing. Soal penerimaan, aku taklah kisah sangat. Cuma kadang-kadang aku terpikir kerana
rata-rata orang sering melihat kepada suara penyanyi yang menyanyikan lagu tersebut. Penerimaan mengenai suara ini bagi aku memang antara isi penting
dalam sesebuah lagu, kerana secara amnya, seni itu sendiri perlu mempunyai sifat-sifat yang indah. Indah itu bagi sifat semulajadi manusia adalah cantik.

Tapi, kebanyakan dari kita selalu lupa perihal "isi" lagu tersebut. Aku bersetuju dengan kenyataan seorang tokoh tanah air, (tak perlu aku nyatakan di sini),
mengenai seni untuk sesuatu perubahan. Cuma satu yang kurang di situ, beliau ada mengatakan tak payahla buat lagu pasal cinta. Kadang-kadang kita
juga perlukan lagu berkisarkan tentang cinta untuk meluahkan perasaan kasih sayang kepada orang yang kita sayang. tetapi, pada aku, tak perlulah semua
"track" dalam album pasal itu. Banyak lagi tema yang boleh kita isi. Mungkin masalahnya di sini, terlalu banyak "isu sensitif" yang tidak boleh dinyatakan
di dalam arus perdana yang mungkin akan membuatkan sesbuah lagu itu "tak akan NAIK". Terlalu banyak. Itu belum lagi kita persoalkan mengenai protokol.
Cuma yang peliknya, soal "glamorous" tidak pula hebat dipersoalkan. KENAPA?

Aku tidaklah cuba bercakap mengenai soal "underground" atau "mainstream" kerana bagi aku, banyak juga lagu di arus perdana yang bagus-bagus. Cuma
aku melihat dari sudut lain, lagu-lagu di dalam kancah "underground" ini lebih bebas dan isu yang diperkatakan itu adalah lebih "real". Bagi aku,
banyak lagu-lagu yang baik tidak diperdengarkan kepada masyarakat kerana mereka "tidak diberi peluang". Kerana sebab "pelbagai sekatan" seperti etika
"pemakaian", "rambut panjang", sesetengah dari mereka ini lebih selesa dengan konsep "underground".

Kenapa pula sesetengah dari artis luar boleh diberi masuk sehingga ke Genting Highland? dan ada yang tidak lepas? Ya, mungkin mereka tidak seksi.
Aku cuma berharap agar sesetengah daripada perkara boleh dilonggarkan. Come On Lah, mereka-mereka seperti Bob marley, Jimi Hendrix,
Iron Maiden, Megadeth,Dying fetus, Meor yusof, Nik bin jidan, Iwan Fals (orang-orang dulu, x banyak keluar dalam radio, mungkin sebab mereka "dah lama")
banyak memberi pengajaran menerusi lagu-lagu mereka. Jika anda rasa kadang-kadang mereka
ini seperti melampau, kaji dulu "pengisiannya". Jangan dihukum terus. Akan tetapi, ingatlah, bagi sesuatu itu "masih ada batasnya".

(bukanlah aku untuk menyatakan sesuatu itu baik dan tak baik, cuma hargailah mereka yang kadang-kadang ada juga kebaikannya. Aku juga bukanlah
orang "underground" tegar atau apa-apa pun. banyak juga yang aku tak tahu.Bukan bermaksud nak poyo atau apa-apa, cuma menyatakan pandangan aku sekadar-sekadar)


terima kasih!

Tuesday, February 15, 2011

01010101010101010101010101010101010101

terbuka
tertutup
terbuka
tertutup

pintu terbuka
pintu tertutup
pintu terbuka
pintu tertutup

belajar untuk apa?
kenapa?
sebab apa?
bukan menyalin buku ke atas buku nota..

ajarkanlah kami sebab apa..
untuk apa,
dan kenapa,
dan sebabnya.

KAMI MASIH KECIL


p/s : sekolah bukan penjara

Sunday, February 13, 2011

malam semalam 2.08 minit pagi

dalam dakapan malam,
untuk mata tertutup separuh,
tidur yang tidak nyenyak,
biarpun hari itu terlalu selesa,

asap nikotin menerawang bebas,
bersama sunyi yang betul-betul jelas,
ini bukan realiti,
bukan juga fantasi, keduanya.

bukan,
bukan,
bukan,
bukan itu yang aku mahu.

pondok itu pula telah roboh,
katanya,
tapi dia masih tegar,
katanya nipah itu masih lagi utuh.

menjeritlah,
menangislah,
tertawalah,
marahlah,

bila kau rasa perlu,
bila sampai waktu,

tafsirkan itu ini, tiap-tiapnya,
dalam kamar dari sederhana sifatnya,
semoga kita jauh dari bahangnya,
hari ini dan juga esok.


p/s : gua x kisah sgt pasal valentine, sebab kita memang disuruh hari2 mengingati "kekasih"

Wednesday, February 9, 2011

mata si kecil..

aku suka lihat anak-anak kecil.
itu sahaja..keh keh keh...

Monday, February 7, 2011

baik juga melepak ingat zaman dulu.


seperti sajian istana di zaman silam...bak kata iklan perencah no 1 Malaysia, Adabi..
setiap dari kita akan mempunyai masa-masa silam masing-masing..Aku, kau, dia, mereka, kamu, anda, tuan, puan, tuanku, patik, tuan hamba, Dato', Tan Sri...

Waktu-waktu senja macam ni biasalah, dengan asap yang menerawang naik ke angkasa dalam sebuah bilik yang sempit (aku masih bersyukur, Alhamdulillah), sering mengingati zaman-zaman aku membesar, dari aku kecil sampai la sesaat sebelum apa yang aku buat ni..

Selalu juga terpikir dulu, ingin kembali ke masa silam. Untuk merasai kembali dan ada juga untuk mengubah keadaan. Benda ni ada baik dan tak baiknya..bergantung kepada masing-masing mengikut waktu dan apa yang kita fikirkan. Sejarah tu boleh menjadi pedoman untuk kita, boleh jadi menyukarkan kita untuk pandang ke hadapan dan banyak lagi.

sampai la suatu hari, aku terfikir, kalau kita boleh balik ke zaman lampau, dunia ini tak akan habisnya. bagaimana pula dengan kita yang sering berpoya-poya. Asal silap, terus balik ke zaman silam. Dah tahu boleh balik ke zaman silam. Buat je la jahat, lepas tu, picit butang, balik semula. Tak boleh jadi jugak. Cuma kadang-kadang aku selalu mengingati zaman silam dan berangan-angan untuk balik semula walaupun ia tak akan terjadi kerana walaupun dengan mengingati zaman silam, aku mampu pula tersenyum.

p/s: gambar tu tak la cantik sangat...tapi......

Friday, February 4, 2011

Cinta dan kasih sayang.-AKu kata

Pernah dulu aku teringat satu artis mengatakan tentang lirik-lirik lagunya yang berkisar tentang cinta. Katanya, "lirik lagu saya ini bukan hanya bermaksud cinta antara lain jantina, tetapi kita kenlah tau, cinta itu universal, kepada tuhan, alam sekitar, dan apa-apa sahaja". MINTA MAAF, bukanlah aku ingin membantah, tetapi daripada lagu itupun, aku sudah tau "intinya" itu ditujukan kepada siapa, namun mungkin itu hanya pada pandangan aku. Siapa aku? Ya, sama seperti kalian semua, manusia, hamba kepada Sang Pencipta Yang Maha Agung.

1) Perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada (negara, orang tua, dll)
2) perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan.

Kebiasaannya, bagi orang yang biasa-biasa, perkataan "cinta" itu biasanya ditujukan kepada lawan jantinanya, walaupun ia datang dari perkataan "gewe", "kekasih", "my lover", "pacar", "balak", "pakwe", "makwe", atau lain-lain perkataan yang maksudnya adalah sama, "kekasihku".

Walaupun secara hipokritnya, kadang-kadang, aku pernah juga berkata, cintaku yang terulung hanyalah pada penciptaku, namun aku masih silap, walau pada hakikatnya, aku tahu melalui pengetahuan dengan pelbagai perantaraan, cinta pada Tuhan adalah cinta yang kekal abadi. Ya, aku faham, namun apabila orang seperti aku mengatakan begitu, kadangkala aku terasa ketidakjujuran dan ketidak ikhlasan berkata telah pun berlaku. Aku secara jujurnya masih belum sampai ke tahap itu, tapi dengan kudrat sebenar yang diberi aku masih lagi berusaha untuk mencapai ke arah itu. Itu adalah perkara yang sebetulnya. Bukan aku mengkhianati konsep ini, malah aku mengharap kesemua kita mencapai tahap cinta ini, oleh kerana itu aku cuba berkata pada awal bicaranya, walau dalam bicara mungkin ada yang menganggap aku tidak "bagus", dan itu sememangnya ya. Kadang-kadang, hanya mengingatinya pada waktu aku susah, sunyi dan rasa keseorangan. Mungkin juga kadang-kadang, perlunya waktu bersendirian untuk kita mengenali "cinta" sejati yang paling sukar untuk dimiliki, sedangkan cinta itu sudah lama diberi kepada kita, cuma kita yang masih belum mampu "membalasnya". Begitu juga kepada nabi kita yang merupakan kekasih-NYA. masih mengingati kita sewaktu baginda sedang berada di hujung nyawa. Masih kita, umat-umatnya yang diingati. Sedangkan aku sendiripun, berselawat kepada baginda sedikit sekali.

Kepada ibu bapa, siapa selepas itu? ibu tiga kali dan bapa. Sedangkan aku sendiri tidak pernah mengucapkan "saya sayang mak, ayah", mahupun pula perkataan cinta, dengan perkataan yang terbatas dengan ego yang semakin membesar, dan ia turut mengikuti perkataan semakin itu, sehingga sudahnya aku pun tak tahu, mungkin juga tak menyedari. Walau kadang-kadang aku malu untuk menyebutnya, hanya menunjukkan melalui perbuatan, mungkin tidak disedari, namun aku lebih selesa begini. Biarpun sedikit. Tak akan setimpal. Sampai bila-bila. Hanyalah aku berharapkan suatu hari nanti, walau hidup aku bagaimanapun, mungkin aku tidak akan bersenang lenang, tidak pula hidup di dalam istana besar, penuh dengan emas-emas yang sebenarnya dikorek dari dalam, hanya mampu hidup sederhana, orang tua ku mampu tersenyum, sekurang-kurangnya dan berbangga, aku telah melakukan "sesuatu" meskipun aku masih tidak pasti "sesuatu" itu apa dan bagaimana pula bentuk dan strukturnya, sama ada ia konkrit atau abstrak sama seperti keindahan angin waktu petang. Dan mahu pula aku lakukan "sesuatu" kerana keikhlasan dan kemahuan aku sendiri. Begitu juga ahli keluargaku, adik beradikku, tidak pernah juga aku ungkapkan perkataan secara zahirnya, walau aku sekadar hanya cuba mengingati atau membuat perlakuan, atau apa-apa sahaja selagi termampu.

Rakan-rakan, walau kadang-kadang aku juga terlepas pandang kepada subjek kejujuran dalam persahabatan. Adakah kadang-kadang aku mengambil kesempatan atas kepentingan, atau sebaliknya aku telah jujur dalam hal ini. Tapi, aku pasti aku berusaha untuk jujur dengan kawan-kawan aku sendiri. Cuma terserah kepada kalian untuk menilainya.

Kepada yang lain-lain, sesuatu cinta kepada mereka yang juga dicipta sama seperti kita. Namun tidak salah, kasih-sayang, perasaan cinta adalah satu nikmat yang tuhan beri kepada kita. Kepada kekasih yang berlainan jantina. Cinta jenis ini akan datang dari mata, biasanya yang cantik-cantik, dan mewah-mewah sahaja. Aku sendiri sukakakan perkara yang cantik, dan pernah juga jatuh cinta kepada seorang, mungkin dua, atau lebih gadis, samada aku pernah menyatakannnya atau pun tidak. Manis-manis pula mereka. Cuma kadang-kadang tersentuh dengan sterotaip, "kalau kau tidak ada duit, paras, kemahiran mengayat", tak usahla. Kadangkala, ada relevan juga perkara ini, namun kadang-kadang aku juga percaya kepada "magic". Hahahahaha. Ya, duit itu sebagai pelengkap hidup, untuk membahagiakan pasangan, seperti mana kita mengharap dengan kesenangan material ini, mampu menyebabkan kita lebih bahagia, itu realiti. Paras, siapa yang suka kepada perkara atau subjek yang hodoh, tapi aku percaya akan hal ini terserah kepada masing-masing sama kecantikan luaran, dalaman atau kedua-duanya sekali.

-selamat malam semua, semoga terus kekal bersama cinta-cinta yang semakin mekar-
5/2/2011 3.08 a.m, selepas membelek semula novel lama "Katerina"

Sunday, January 30, 2011

surat kepada saudara dan saudari di daerah bergolak

kepada saudara-saudari di perantauan,

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada saudara dan saudari yang sedangberada di perantauan yang mungkin sedang bergelumang dengan perasaan ketakutan yang amat hebat. keadaan kecoh berlaku di sana-sana, dan saya harapkan saudara saudari semua sentiasa dilindungi Allah S.W.T. Kami di sini hanya mampu berdoa agar keselamatan kalian sentiasa terjamin dan kami juga akan berdoa agar bantuan akan segera sampai.
Semua yang terjadi pasti ada sebabnya. Dan saya di sini, hanya mampu membaca dan melihat apa yang berlaku melalui tulisan-tulisan di media-media elektronik dan media cetak, serta beberapa gambar dan juga video. Sungguhpun begitu, sudah pasti kalian lebih mengetahui apa yang terjadi di sana dan lebih mengerti. Apalah yang ada pada kami di sini melainkan hanya memerhati dan berharap agar semuanya akan pulih.
Pergolakan itu berlaku akibat daripada sesuatu perbezaan dan mungkin diskriminasi di dalam sesuatu hal dan tidak mungkin ia hanya terjadi daripada satu sikap prejudis lagi, memandangkan hal ini boleh dilihat oleh semua orang. Keadaan semakin zalim dan meruncing, menyebabkan yang tidak bersalah akan menjadi mangsa. Bagi kita yang diberikan akal fikiran, mungkin boleh melihat setiap kezaliman itu akan terjadi kerana apa. Hanya kita kadang-kadang tidak mampu untuk meyuarakannya kerana kita tidak mempunyai kuasa.
Bagi saudara-saudari di sana, saya mengharapkan agar sekembalinya saudara dan saudari ke tanah air, bawalah pengalaman itu untuk ditunjuk ajarkan kepada generasi seterusnya tentang apa yang diperlukan untuk keharmonian yang sebetulnya. Mungkin tiada lagi konsep monopoli, tiada lagi istilah marhaen dan borjouis. Sebetulnya setiap perkara itu telah berlaku di dalam peristiwa-peristiwa yang lepas, cuma ia berlaku pada masa yang berlainan dan pada individu yang berbeza.
Akhir kata, sekali lagi saya mengharapkan saudara-dan saudari tabahkan hati dan mengambil itu sebagai pengalaman untuk diajarkan kepada kami yang tidak mengerti.
sekian terima kasih.
yang benar,
saudaramu

Saturday, January 22, 2011

Untuk Kita

untuk masa dan ketika
"ini"...."itu"..."kau"...aku"..."kita",
satu masa langit itu akan runtuh juga.

suatu ketika aku asyik memikirkan,
masa harmoni yang akan kembali..
dalam satu bilik yang kecil..
bersama dengan barang-barang asing.

memikirkan kita yang tak akan sudah-sudah,
mengapa dibiarkan saja tali terputus itu?
bila aku memikirkan tentang syurga..maka aku tertanya-tanya,
BUKANKAH BAIK SYURGA ITU DIHUNI BERSAMA?



p/s = hidup bukannya lakonan.

Monday, January 17, 2011

senja itu wangi, nikmatilah...

kibas lah kepak-kepak itu,
langit itu masih rumahmu,
aku tahu ia akan suram,
walau aku bersumpah ia tak akan padam!

tunjuklah kuasa kau,
larilah kau bebas,
ke laut lepas,
lupakan tangan celaka kami.

Tuhan,
ajarkan kami,
perihal alam,
sekali lagi.

senja wangi,
kampung belimbing dalam, Melaka,
7.05 petang, 14 januari, 2011

Saturday, January 15, 2011

apa kau nak lagi?

--------------------------------------------------------------------------------------

untuk kau yang hari-hari memaki,
hamun,
rusuh,
bising-bising,

runtuh pejabat,
habis tergendala,sial keadaan akal kau!
dengan surat-surat rasmi kau,
kejadah dengan dokumen rasmi kau?

untuk lima minit yang mengganggu kau,
untuk lima minit kosentrasi yang terganggu,
waktu pagi,
apa kau yakin kau sudah bagus?

Pergi mampus rengus celaka kau,
bila aku dengar kau dengan isu kebebasan kau!
dengan perkataan hak "individualistik" kau!
perengus sial..

hidup sama-sama kita?
dengan henyak-henyak bising kau?

(khas untuk perengus tak berguna yang bijak menggunakan kabel ORANG-ORANG BESAR)

Tuesday, January 4, 2011

pagi bangsat..

untuk sebuah pagi hitam...
yang aku, kau, dia, mereka, tuan hamba, tuanku,
tak akan mengerti,
tak akan faham,
dan atau apa lagi?

pagi itu lebih hitam dari yang lain,
bangsat!
siapa kau?
keadaan ini?
bangsat!

aku sayangkan padang itu,
ramai tapi sikit..
biar kita panas,
biar kita bebas..

dalam,
jauh,
aku merusuh..
tanpa suara..

BANGSAT!

(perhimpunan pagi-rasa dalam kota pedih)
7.30 pagi....