Friday, September 9, 2011

Perkara semalam hanya akan diingat..satucatatan ringkas..

Hari rabu lepas, nenek (saya gelar wan) saya baru pulang menghadap Ilahi. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar tanpa masalah. Sakitnya ialah sakit tua. Jika tak salah saya, tahun ini umurnya sudah 71 tahun. Kini, kedua-dua atuk dan wan belah mak saya telah kembali ke pangkuan Ilahi. Al-Fatihah, semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Begitu juga kita sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara mara kita, orang yang kita sayangi. dan juga umat Islam sama ada kita kenal atau tak kerna Orang Islam itu bersaudara.
Setiap yang "dicipta" itu akan binasa. Itu janji Tuhan yang Maha Esa.

Jadi, sekeluarga kami telah pergi ke rumah pusaka arwah wan dan atuk saya di Temerloh untuk mengemaskini barang-barang di dalamnya untuk memastikan ia masih dijaga dengan baik.Risau dimakan anai-anai dan barang-barang yang lain rosak. Sebelum ini, arwah wan tinggal di rumah saya sehingga beliau pergi menghadap Ilahi. Dalam keadaan itu, terjumpa pelbagai kenangan, gambar-gambar dari album lama keluarga belah ibu saya. Saya dan sepupu masih ingat semasa kecil di rumah pusaka itu tempat kami berkumpul bila kami pulang ramai-ramai ke kampung. Main buaya-buaya, Polis tentri (ada sebut tantri), Lompat Tikus, galah panjang, masak-masak. Permainan ini sebenarnya masih lagi baru, bukan kerna ia berlaku semalam, tapi atas dasar hal masa itu yang cepat. Umur itu akan makin meningkat. Hidup dan mati, itu pasangannya. Cuma yang masih hidup perlu teruskan hidup.

Rumah itu kata saudara saya, sebenarnya pada pikirannya boleh jadi sebagai kenangan dan pedoman, dalam suatu keadaan ia ramai ahlinya, kemudian, semakin hilang ahlinya, dan kemudian akhir sekali akan kosong. Semuanya akan berlaku mengikut peringkat dalam proses yang ditentukan Nya. Seperti peringkat terciptanya roh, masuk ke jasad, alam rahim, kehidupan dan seterusnya. Pernah dahulu kawan saya berkata, dunia seperti tempat kau belajar, di mana ujian kau akan ditanya Munkar dan Nakir, kemudian ganjaran akan diberi dalam bentuk kebahagiaan atau kesengsaraan yang abadi. Tak akan ada ulangan lagi. Setiap perkara hanya sekali. Hidup dan mati hanya sekali.

Kini, masih lagi di sini (kita). Jalani hidup seperti biasa. Itu perlu. Adakala kita selalu lupa. Seperti saya juga. Banyak lalai dari mengingat. Dosa dan pahala pula bukan kerja kita dari segi hitungan. Apa yang lahir itu tak semestinya selari dengan yang batin kerna manusia biasa hanya mampu melihat dengan mata kasar melainkan ALlah dan makhluk yang diberi keistimewannya. Dan hanya zat Nya yang berhak menilai siapakah kita. Dan doa kita adalah syurga. Berharap agar satu hari nanti salam tuhan akan kita terima dengan penuh rahmat kerna itu sebaik-baik perkara. Sama-sama lah kita. Insya-Allah...

6 comments:

  1. insyaAllah..
    takziah atas pemergian wan kau..

    ReplyDelete
  2. takziah dari aku juge. tuhan maha mendengar :)

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah... Rindunye kat Wan... Tak sempat tengok pun... Huuuu

    Memang banyak kenangan rumah tu... Teringat hiruk pikuk kite semua time kumpul ramai2... Btw, gamba2 yang dijumpai akan di scan... Tunggu la dalam dua tiga hari... I busy uols...

    ReplyDelete
  4. amy : tak pe..nanti kita kumpul sama2 lagi...and sedekahkan Al-Fatihah untuk wan n atok..

    ReplyDelete