Pernah dulu aku teringat satu artis mengatakan tentang lirik-lirik lagunya yang berkisar tentang cinta. Katanya, "lirik lagu saya ini bukan hanya bermaksud cinta antara lain jantina, tetapi kita kenlah tau, cinta itu universal, kepada tuhan, alam sekitar, dan apa-apa sahaja". MINTA MAAF, bukanlah aku ingin membantah, tetapi daripada lagu itupun, aku sudah tau "intinya" itu ditujukan kepada siapa, namun mungkin itu hanya pada pandangan aku. Siapa aku? Ya, sama seperti kalian semua, manusia, hamba kepada Sang Pencipta Yang Maha Agung.
1) Perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada (negara, orang tua, dll)
2) perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan.
Kebiasaannya, bagi orang yang biasa-biasa, perkataan "cinta" itu biasanya ditujukan kepada lawan jantinanya, walaupun ia datang dari perkataan "gewe", "kekasih", "my lover", "pacar", "balak", "pakwe", "makwe", atau lain-lain perkataan yang maksudnya adalah sama, "kekasihku".
Walaupun secara hipokritnya, kadang-kadang, aku pernah juga berkata, cintaku yang terulung hanyalah pada penciptaku, namun aku masih silap, walau pada hakikatnya, aku tahu melalui pengetahuan dengan pelbagai perantaraan, cinta pada Tuhan adalah cinta yang kekal abadi. Ya, aku faham, namun apabila orang seperti aku mengatakan begitu, kadangkala aku terasa ketidakjujuran dan ketidak ikhlasan berkata telah pun berlaku. Aku secara jujurnya masih belum sampai ke tahap itu, tapi dengan kudrat sebenar yang diberi aku masih lagi berusaha untuk mencapai ke arah itu. Itu adalah perkara yang sebetulnya. Bukan aku mengkhianati konsep ini, malah aku mengharap kesemua kita mencapai tahap cinta ini, oleh kerana itu aku cuba berkata pada awal bicaranya, walau dalam bicara mungkin ada yang menganggap aku tidak "bagus", dan itu sememangnya ya. Kadang-kadang, hanya mengingatinya pada waktu aku susah, sunyi dan rasa keseorangan. Mungkin juga kadang-kadang, perlunya waktu bersendirian untuk kita mengenali "cinta" sejati yang paling sukar untuk dimiliki, sedangkan cinta itu sudah lama diberi kepada kita, cuma kita yang masih belum mampu "membalasnya". Begitu juga kepada nabi kita yang merupakan kekasih-NYA. masih mengingati kita sewaktu baginda sedang berada di hujung nyawa. Masih kita, umat-umatnya yang diingati. Sedangkan aku sendiripun, berselawat kepada baginda sedikit sekali.
Kepada ibu bapa, siapa selepas itu? ibu tiga kali dan bapa. Sedangkan aku sendiri tidak pernah mengucapkan "saya sayang mak, ayah", mahupun pula perkataan cinta, dengan perkataan yang terbatas dengan ego yang semakin membesar, dan ia turut mengikuti perkataan semakin itu, sehingga sudahnya aku pun tak tahu, mungkin juga tak menyedari. Walau kadang-kadang aku malu untuk menyebutnya, hanya menunjukkan melalui perbuatan, mungkin tidak disedari, namun aku lebih selesa begini. Biarpun sedikit. Tak akan setimpal. Sampai bila-bila. Hanyalah aku berharapkan suatu hari nanti, walau hidup aku bagaimanapun, mungkin aku tidak akan bersenang lenang, tidak pula hidup di dalam istana besar, penuh dengan emas-emas yang sebenarnya dikorek dari dalam, hanya mampu hidup sederhana, orang tua ku mampu tersenyum, sekurang-kurangnya dan berbangga, aku telah melakukan "sesuatu" meskipun aku masih tidak pasti "sesuatu" itu apa dan bagaimana pula bentuk dan strukturnya, sama ada ia konkrit atau abstrak sama seperti keindahan angin waktu petang. Dan mahu pula aku lakukan "sesuatu" kerana keikhlasan dan kemahuan aku sendiri. Begitu juga ahli keluargaku, adik beradikku, tidak pernah juga aku ungkapkan perkataan secara zahirnya, walau aku sekadar hanya cuba mengingati atau membuat perlakuan, atau apa-apa sahaja selagi termampu.
Rakan-rakan, walau kadang-kadang aku juga terlepas pandang kepada subjek kejujuran dalam persahabatan. Adakah kadang-kadang aku mengambil kesempatan atas kepentingan, atau sebaliknya aku telah jujur dalam hal ini. Tapi, aku pasti aku berusaha untuk jujur dengan kawan-kawan aku sendiri. Cuma terserah kepada kalian untuk menilainya.
Kepada yang lain-lain, sesuatu cinta kepada mereka yang juga dicipta sama seperti kita. Namun tidak salah, kasih-sayang, perasaan cinta adalah satu nikmat yang tuhan beri kepada kita. Kepada kekasih yang berlainan jantina. Cinta jenis ini akan datang dari mata, biasanya yang cantik-cantik, dan mewah-mewah sahaja. Aku sendiri sukakakan perkara yang cantik, dan pernah juga jatuh cinta kepada seorang, mungkin dua, atau lebih gadis, samada aku pernah menyatakannnya atau pun tidak. Manis-manis pula mereka. Cuma kadang-kadang tersentuh dengan sterotaip, "kalau kau tidak ada duit, paras, kemahiran mengayat", tak usahla. Kadangkala, ada relevan juga perkara ini, namun kadang-kadang aku juga percaya kepada "magic". Hahahahaha. Ya, duit itu sebagai pelengkap hidup, untuk membahagiakan pasangan, seperti mana kita mengharap dengan kesenangan material ini, mampu menyebabkan kita lebih bahagia, itu realiti. Paras, siapa yang suka kepada perkara atau subjek yang hodoh, tapi aku percaya akan hal ini terserah kepada masing-masing sama kecantikan luaran, dalaman atau kedua-duanya sekali.
-selamat malam semua, semoga terus kekal bersama cinta-cinta yang semakin mekar-
5/2/2011 3.08 a.m, selepas membelek semula novel lama "Katerina"
Puisi terakhir
4 years ago
novel belaka..
ReplyDeleteperbuatan zahir perlu seiring dengan percakapan zahir...kadang2 kite memperlakukan(perbuatan,perlakuan,treating) dgn baik..tapi kite lupe untuk menzahirkan dgn kata2...xlengkapkan..?lelaki mmg suke menzahirkan dengan perbuatan tapi tidak dengan percakapan..
ReplyDeleteerr.batin2...xnak komen..hahaha
~tuk mak ayah..hanta meseg pun cukup kalau segan sangat..."syg mak!"..bg adiah pun xsalah.adiahkan kereta vios sebijik.
adek beradik bg kad..adiah ke..
kawan-kawan..gathering yang meriah pun da cukup menzahirkan kaseh sayang..x gitu?~
kepala manchiss : ini bukan novel, in betul-betul (bujang lapok punya cerita)
ReplyDeletenuri merah : yup!, terima kasih banyak2 sekiranya anda mengerti! :)
entri yang bagus sebab buat aku berfikir.
ReplyDeletepersoalan lain :
adakah kau sedang dilamun cinta?
tidak sama sekali! hahaha
ReplyDeletehari hari anda teramatlah indah serikan dengan madah madah puitis .
ReplyDelete