Saturday, March 27, 2010

peace hour? who kill the peace?

1)peace ke? utk satu jam...ya, mungkin mende ni ada kesannya..untuk sejam kita akan menjimatkan berjuta-juta voltan elektrik, mungkin juga merendahkan suhu utk malam ini...dan malam ini kita akan merasakan suhu turun 2 darjah celcius...esoknya, golongan "tinggi" akan naikkan 6 darjah pulak...dah, ape kebendenya?utk positifnya, tindakan ini mungkin akan menyedarkan beberapa org...ya, mungkin ya, mungkin tidak, mungkin sejam atau dua jam, sama macam aku lepas blajar ESD....lepas tu esoknya, aku tgk balik org buat bangunan tinggi2, untuk "mereka"...dan orang macam "aku" mungkin x berpeluang hadir ke majlis perasmiannya..bukanlah di sini aku menentang pembangunan...tetapi teknologi,pembangunan ekonomi, mengubah aku dan kawanku terpisah...menjadi musuh selepas masing2 tamak dalam syer dan saham syarikat, selepas masing2 berusaha...kalau dulu org membangun bersama-sama, skang kalo aku jumpe duit pon aku makan sorang je...apa pendapat korang?

Saturday, March 20, 2010

Friday, March 19, 2010

-

kadang2 aku nasihat orang pandai...tapi aku pon tak buat...korang pernah terpikir tak apa yang aku pernah pikirkan macam ni?

1)aku bukan x nak nasihat orang, tapi aku pun 2 kali lima je...
2)aku nak nasihat orang tapi takut disalah anggap tunjuk baik..(niat ikhlas laa..)
3)aku mmg malas nak nasihat orang sebab aku x suka jaga tepi kain orang...

contoh paling best bile time assement laa...kepada orang yg menasihat dengan ikhlas dan berani melakukannya aku salute korang!

Thursday, March 4, 2010

pagi yang malas

Ini pagi yang malas,
matahari suram,
mata lelap dan kelam,
biar bertapa sampai malam.

Tak lagi ku ingat,
hidup dan impianku,
setelah keringat tersejat,
impian baru mekar lagi.

subuh ku terjaga,
kerut dahi nipisku,
ku terlupa lagi hidup semalam,
dan, "impian", seperti biasanya.

pelupa,
5 mac 2010, 12.51 a.m

Wednesday, March 3, 2010

ko x menghargai

kau dapat ape bende yang aku nak...
ape bende yang aku nak sangat..
masalahnya kau x hargai apa yang kau dah dapat..
Aku yang tengah berperang ape ke bende yang kau tau lahabau!?

Memang, aku gila ke bende tu,
dah apa masalah kau?
duduk bawah payung yang sama,
kau tolak aku keluar, biar aku basah..
bastard kau!

Ko ingat mende ni kelakar ke ha, sial?

Monday, March 1, 2010

bla...bla...bla...

smalam...aku borak ngan sorang member aku...borak kosong dan macam2 perkara kitorang borak.
Ade satu topik yang aku suka bila die cakap hidup ini penuh dengan membuat keputusan.Ye kan? Kita nak menyahtinja pon kene pikir dua tiga kali,nak berak skarang ke bila kan? Dan dia cakap jugak kat aku, dia nampak bahawa buat keputusan merupakan satu perkara yang indah dalam hidup dan bagi aku membuat keputusan itu berlaku bila berlakunya masalah atau konflik, tak kiralah dari sekecil-kecil masalah sampai ke besar bulan.

Jadi, kat sini dia beritahu aku, di dalam satu konflik yang sama antara dua orang individu, x semestinya jalan penyelesaian itu sama dan kita hormati perkara itu kerana pilihan terletak di tangan masing-masing.Dalam perkara ni aku terfikir, sesetengah orang mengatakan bahawa keputusan kadangkala dipengaruhi. Memang betul, ia memang dipengaruhi sama ada oleh orang lain ataupun situasi ataupun benda2 lain.Namun, apa yang aku bayangkan ialah, walaupun ia dipengaruhi, tapi siapa yang melaksanakan adalah kita.Perjuangan hidup adalah untuk kita kerana yang mengembara dalam dunia ni kita seorang, cuma di dalam "berkumpulan".Kumpulan ini hanya untuk sokongan kita dan dalam masa yang sama kita pon memberi sokongan kepada dia.

Jadi, walaupun ia dipengaruhi, yang melaksanakan adalah kita dan sekali kita melakukan tindakan tersebut, kita sudah bertanggungjawab ke atas setiap risiko yang kita akan ambil. Di sini, kepuasan dari tindakan kita akan dirasai oleh kita sama ada ia berjaya memuaskan hati atau tidak.

Dalam setiap kejayaan, tidak semestinya label kejayaan itu sama antara individu dengan individu lain. Label kejayaan bagi aku ialah apa yang kita puas dengannya. Sebagai contoh, aku dapat rembat kete honda sebijik, dan aku puas dengan perkara itu, dan orang lain mungkin tidak berpuas hati dengan sebijkik honda dan mungkin nak ferrari. Di sini, maksud kejayaan itu dah berbeza.

Apa yang bermain dalam otak kecik (kepala aku kecik) aku ni ialah dalam hidup ni, kita akan puas apabila kita puas seandainya kita tidak dikuasai oleh perasaan cemburu yang tidak bertempat, akan tetapi ingat, jikalau x de perasaan cemburu, kita tidak akan maju jugak, jadi, fkirlah setakat mana kepuasan yang kita mau, Jangan level dia terlampau rendah atau terlampau tinggi. (Sori, aku pening + ngantuk sket time tulis ni, kalo ade mase dan aku ingat aku akan tambah lagi)