mencemburui,
merindui,
menyintai,
walau bayangmu..
melihat kau melintasi sebuah jalan yang sesak,
bersama payung merah jambu,
dengan hujan rintik yang makin syahdu,
apakah nanti aku mampu berada di situ?
pandangan itu sengaja aku kaburkan,
menerawang jauh bersama emosi yang berputar-putar,
ingin sekali aku bertanya,
"kau kah bidadari dunia kiriman tuhan?"
Bersama keluh kesah setiap putaran jam,
bersama persoalan-persoalan yang menyakitkan,
seluruh tubuh aku,
bergoncang lagi,
Ingin sekali aku bawa kau lari dari sini,
dan berkuda mencari hujung langit,
memintal-mintal awan menjadi sesuatu,
dan angin-angin menari riang..
sampailah satu saat,
aku cuba tanam kebencian palsu,
kerana aku tahu,
gadis merah jambu hanyalah impian.
-p/s-hujan rintik-rintik, hati bergelora-
Puisi terakhir
4 years ago
kat sekolah nant, yang pink tu mesti pengawas..heheheh
ReplyDeletekawan saya name glamer die gadesmerahjambu..:P
ReplyDeletehahahaha....doakan aku dengan cinta aku! terjiwang la pulak...macam g******
ReplyDeletesweet
ReplyDeletechill ~ tak lama dah abg paih nak nikohh .
ReplyDeletenikoh la cepat2..hehe c(=
ReplyDelete