Thursday, February 24, 2011

haih...mungkin aku tak lagi siuman..

Dalam masa-masa yang lampau, sedang dan akan terjadi,banyak juga benda yang menerawang, longkos, masuk terjah tiba-tiba ke ruang akal. Tentang apa sahaja, perkara yang kita setuju dan tak setuju, yang kita suka dan tidak suka. Entah, aku pun tak tahu. Masa aku mandi bawah air, aku pun berpikir. Kadang-kadang ianya taklah masuk akal, tapi sebenarnya boleh.

Perkara-perkara yang pelik banyak terjadi. surat khabar yang hari-hari kita beli pun sampai sekarang tak mampu kita ingat semuanya. Bagi aku, semua perkara itu sama sahaja, berita yang baik dan tak baik. Kes rompak, rogol, curi, samun, kisah cinta orang sana sini, ekonomi, global, dunia, pemerintahan zalim, kisah menyayat hati, kejayaan orang itu, orang ini, sihat ke tak, mampus ke, kembali hidup ke, apa sahajalah. Letih juga sebenarnya kalau kita nak tahu semua benda. Belum lagi pasal kehidupan sehari. Dengan tekak yang makin kering, meminta-minta air, hilang dahaga, lapar pula, kita makan, kembali kepada kita yang sepatutnya, selepas itu kita tidur, rehat.

Mampu ke tak kita hidup untuk 20 tahun. Aku teringat satu topik yang diutarakan oleh seorang penyanyi jalanan yang aku kagumi, "kita kadang-kadang banyak memberi hukum dan tidak memahami". Aku kadang-kadang paham dengan perkara yang cuba disampaikan, tetapi ada juga yang aku tak mengerti. Tetapi, jujurnya, aku faham dengan pengisiannya. Aku pun kadang-kadang begitu, suka menghukum tanpa usul periksa. Itu juga tidak bagus. Mengapa dia buat begitu? Mengapa begini? Aku pun jarang-jarang ambil peduli.

Lagi satu, mengenai apa yang dipersetujui dan tidak, bergantung kepada situasilah. Pemikiran kita banyak bergantung kepada emosi. Aku akui (walaupun anda mungkin tidak, terserah kepada anda). Kepada siapa yang membaca blog ini, tahukah kau siapa dan tujuan apa yang kau ada sekarang ini. Bagi aku setakat ingin menjadi doktor, askar, polis, apa-apa sahajalah, ia hanya cita-cita yang perlu dijawab semasa kita kita ditanya cikgu-cikgu ataupun bakal-bakal bapa mertua nanti. Tujuan itu berlainan. Aku pun pernah terpikir untuk melakukan sesuatu yang sangat susah untuk aku lakukan. Ia akan meyalahi norma secara totalnya. Untuk melakukan sesuatu yang aku pikir, mau berterabur sistem. Aku harap ini bukanlah untuk kepentingan aku sahaja.

Mungkin kerana apa aku tak nak buat ya? silap2 ke muka pengadilan nanti...hahahaha

Monday, February 21, 2011

raise the witch

raise the dead witch,
on the dark land,
in a horror night,
on the dark mind side.

in the mind of the beast,
there's a hunger,
they, are the allies,
we totally care!

as the witch woke,
i helped her,
to regain her power,
and plan what is planned.

it's the new oder,
when there's no right or wrong,
this is not a demonic ritual,
it's only a hope the cure the disease.


p/s : this is not about whatever you think!

Friday, February 18, 2011

evil vs evil

human start to cry,
tears change to blood,
killing and murder was the game,
a bullet getting hunger.

evil vs evil
evil vs evil
evil vs evil
evil vs evil

baby evil was born,
human eye's turns red,
rain turns to blood
satan laugh above

evil vs evil
evil vs evil
evil vs evil
evil vs evil

Thursday, February 17, 2011

muzik

Di mana-mana ada muzik. Batu yang diketuk pada batu yang lain juga akan mengeluarkan bunyi-bunyian yang menarik jika diadun dengan baik.
Baik atau tidak baik, itu bergantung kepada individu masing-masing. Soal penerimaan, aku taklah kisah sangat. Cuma kadang-kadang aku terpikir kerana
rata-rata orang sering melihat kepada suara penyanyi yang menyanyikan lagu tersebut. Penerimaan mengenai suara ini bagi aku memang antara isi penting
dalam sesebuah lagu, kerana secara amnya, seni itu sendiri perlu mempunyai sifat-sifat yang indah. Indah itu bagi sifat semulajadi manusia adalah cantik.

Tapi, kebanyakan dari kita selalu lupa perihal "isi" lagu tersebut. Aku bersetuju dengan kenyataan seorang tokoh tanah air, (tak perlu aku nyatakan di sini),
mengenai seni untuk sesuatu perubahan. Cuma satu yang kurang di situ, beliau ada mengatakan tak payahla buat lagu pasal cinta. Kadang-kadang kita
juga perlukan lagu berkisarkan tentang cinta untuk meluahkan perasaan kasih sayang kepada orang yang kita sayang. tetapi, pada aku, tak perlulah semua
"track" dalam album pasal itu. Banyak lagi tema yang boleh kita isi. Mungkin masalahnya di sini, terlalu banyak "isu sensitif" yang tidak boleh dinyatakan
di dalam arus perdana yang mungkin akan membuatkan sesbuah lagu itu "tak akan NAIK". Terlalu banyak. Itu belum lagi kita persoalkan mengenai protokol.
Cuma yang peliknya, soal "glamorous" tidak pula hebat dipersoalkan. KENAPA?

Aku tidaklah cuba bercakap mengenai soal "underground" atau "mainstream" kerana bagi aku, banyak juga lagu di arus perdana yang bagus-bagus. Cuma
aku melihat dari sudut lain, lagu-lagu di dalam kancah "underground" ini lebih bebas dan isu yang diperkatakan itu adalah lebih "real". Bagi aku,
banyak lagu-lagu yang baik tidak diperdengarkan kepada masyarakat kerana mereka "tidak diberi peluang". Kerana sebab "pelbagai sekatan" seperti etika
"pemakaian", "rambut panjang", sesetengah dari mereka ini lebih selesa dengan konsep "underground".

Kenapa pula sesetengah dari artis luar boleh diberi masuk sehingga ke Genting Highland? dan ada yang tidak lepas? Ya, mungkin mereka tidak seksi.
Aku cuma berharap agar sesetengah daripada perkara boleh dilonggarkan. Come On Lah, mereka-mereka seperti Bob marley, Jimi Hendrix,
Iron Maiden, Megadeth,Dying fetus, Meor yusof, Nik bin jidan, Iwan Fals (orang-orang dulu, x banyak keluar dalam radio, mungkin sebab mereka "dah lama")
banyak memberi pengajaran menerusi lagu-lagu mereka. Jika anda rasa kadang-kadang mereka
ini seperti melampau, kaji dulu "pengisiannya". Jangan dihukum terus. Akan tetapi, ingatlah, bagi sesuatu itu "masih ada batasnya".

(bukanlah aku untuk menyatakan sesuatu itu baik dan tak baik, cuma hargailah mereka yang kadang-kadang ada juga kebaikannya. Aku juga bukanlah
orang "underground" tegar atau apa-apa pun. banyak juga yang aku tak tahu.Bukan bermaksud nak poyo atau apa-apa, cuma menyatakan pandangan aku sekadar-sekadar)


terima kasih! video

Tuesday, February 15, 2011

01010101010101010101010101010101010101

terbuka
tertutup
terbuka
tertutup

pintu terbuka
pintu tertutup
pintu terbuka
pintu tertutup

belajar untuk apa?
kenapa?
sebab apa?
bukan menyalin buku ke atas buku nota..

ajarkanlah kami sebab apa..
untuk apa,
dan kenapa,
dan sebabnya.

KAMI MASIH KECIL


p/s : sekolah bukan penjara

Sunday, February 13, 2011

malam semalam 2.08 minit pagi

dalam dakapan malam,
untuk mata tertutup separuh,
tidur yang tidak nyenyak,
biarpun hari itu terlalu selesa,

asap nikotin menerawang bebas,
bersama sunyi yang betul-betul jelas,
ini bukan realiti,
bukan juga fantasi, keduanya.

bukan,
bukan,
bukan,
bukan itu yang aku mahu.

pondok itu pula telah roboh,
katanya,
tapi dia masih tegar,
katanya nipah itu masih lagi utuh.

menjeritlah,
menangislah,
tertawalah,
marahlah,

bila kau rasa perlu,
bila sampai waktu,

tafsirkan itu ini, tiap-tiapnya,
dalam kamar dari sederhana sifatnya,
semoga kita jauh dari bahangnya,
hari ini dan juga esok.


p/s : gua x kisah sgt pasal valentine, sebab kita memang disuruh hari2 mengingati "kekasih"

Wednesday, February 9, 2011

mata si kecil..

aku suka lihat anak-anak kecil.
itu sahaja..keh keh keh...

Monday, February 7, 2011

baik juga melepak ingat zaman dulu.


seperti sajian istana di zaman silam...bak kata iklan perencah no 1 Malaysia, Adabi..
setiap dari kita akan mempunyai masa-masa silam masing-masing..Aku, kau, dia, mereka, kamu, anda, tuan, puan, tuanku, patik, tuan hamba, Dato', Tan Sri...

Waktu-waktu senja macam ni biasalah, dengan asap yang menerawang naik ke angkasa dalam sebuah bilik yang sempit (aku masih bersyukur, Alhamdulillah), sering mengingati zaman-zaman aku membesar, dari aku kecil sampai la sesaat sebelum apa yang aku buat ni..

Selalu juga terpikir dulu, ingin kembali ke masa silam. Untuk merasai kembali dan ada juga untuk mengubah keadaan. Benda ni ada baik dan tak baiknya..bergantung kepada masing-masing mengikut waktu dan apa yang kita fikirkan. Sejarah tu boleh menjadi pedoman untuk kita, boleh jadi menyukarkan kita untuk pandang ke hadapan dan banyak lagi.

sampai la suatu hari, aku terfikir, kalau kita boleh balik ke zaman lampau, dunia ini tak akan habisnya. bagaimana pula dengan kita yang sering berpoya-poya. Asal silap, terus balik ke zaman silam. Dah tahu boleh balik ke zaman silam. Buat je la jahat, lepas tu, picit butang, balik semula. Tak boleh jadi jugak. Cuma kadang-kadang aku selalu mengingati zaman silam dan berangan-angan untuk balik semula walaupun ia tak akan terjadi kerana walaupun dengan mengingati zaman silam, aku mampu pula tersenyum.

p/s: gambar tu tak la cantik sangat...tapi......

Friday, February 4, 2011

Cinta dan kasih sayang.-AKu kata

Pernah dulu aku teringat satu artis mengatakan tentang lirik-lirik lagunya yang berkisar tentang cinta. Katanya, "lirik lagu saya ini bukan hanya bermaksud cinta antara lain jantina, tetapi kita kenlah tau, cinta itu universal, kepada tuhan, alam sekitar, dan apa-apa sahaja". MINTA MAAF, bukanlah aku ingin membantah, tetapi daripada lagu itupun, aku sudah tau "intinya" itu ditujukan kepada siapa, namun mungkin itu hanya pada pandangan aku. Siapa aku? Ya, sama seperti kalian semua, manusia, hamba kepada Sang Pencipta Yang Maha Agung.

1) Perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada (negara, orang tua, dll)
2) perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan.

Kebiasaannya, bagi orang yang biasa-biasa, perkataan "cinta" itu biasanya ditujukan kepada lawan jantinanya, walaupun ia datang dari perkataan "gewe", "kekasih", "my lover", "pacar", "balak", "pakwe", "makwe", atau lain-lain perkataan yang maksudnya adalah sama, "kekasihku".

Walaupun secara hipokritnya, kadang-kadang, aku pernah juga berkata, cintaku yang terulung hanyalah pada penciptaku, namun aku masih silap, walau pada hakikatnya, aku tahu melalui pengetahuan dengan pelbagai perantaraan, cinta pada Tuhan adalah cinta yang kekal abadi. Ya, aku faham, namun apabila orang seperti aku mengatakan begitu, kadangkala aku terasa ketidakjujuran dan ketidak ikhlasan berkata telah pun berlaku. Aku secara jujurnya masih belum sampai ke tahap itu, tapi dengan kudrat sebenar yang diberi aku masih lagi berusaha untuk mencapai ke arah itu. Itu adalah perkara yang sebetulnya. Bukan aku mengkhianati konsep ini, malah aku mengharap kesemua kita mencapai tahap cinta ini, oleh kerana itu aku cuba berkata pada awal bicaranya, walau dalam bicara mungkin ada yang menganggap aku tidak "bagus", dan itu sememangnya ya. Kadang-kadang, hanya mengingatinya pada waktu aku susah, sunyi dan rasa keseorangan. Mungkin juga kadang-kadang, perlunya waktu bersendirian untuk kita mengenali "cinta" sejati yang paling sukar untuk dimiliki, sedangkan cinta itu sudah lama diberi kepada kita, cuma kita yang masih belum mampu "membalasnya". Begitu juga kepada nabi kita yang merupakan kekasih-NYA. masih mengingati kita sewaktu baginda sedang berada di hujung nyawa. Masih kita, umat-umatnya yang diingati. Sedangkan aku sendiripun, berselawat kepada baginda sedikit sekali.

Kepada ibu bapa, siapa selepas itu? ibu tiga kali dan bapa. Sedangkan aku sendiri tidak pernah mengucapkan "saya sayang mak, ayah", mahupun pula perkataan cinta, dengan perkataan yang terbatas dengan ego yang semakin membesar, dan ia turut mengikuti perkataan semakin itu, sehingga sudahnya aku pun tak tahu, mungkin juga tak menyedari. Walau kadang-kadang aku malu untuk menyebutnya, hanya menunjukkan melalui perbuatan, mungkin tidak disedari, namun aku lebih selesa begini. Biarpun sedikit. Tak akan setimpal. Sampai bila-bila. Hanyalah aku berharapkan suatu hari nanti, walau hidup aku bagaimanapun, mungkin aku tidak akan bersenang lenang, tidak pula hidup di dalam istana besar, penuh dengan emas-emas yang sebenarnya dikorek dari dalam, hanya mampu hidup sederhana, orang tua ku mampu tersenyum, sekurang-kurangnya dan berbangga, aku telah melakukan "sesuatu" meskipun aku masih tidak pasti "sesuatu" itu apa dan bagaimana pula bentuk dan strukturnya, sama ada ia konkrit atau abstrak sama seperti keindahan angin waktu petang. Dan mahu pula aku lakukan "sesuatu" kerana keikhlasan dan kemahuan aku sendiri. Begitu juga ahli keluargaku, adik beradikku, tidak pernah juga aku ungkapkan perkataan secara zahirnya, walau aku sekadar hanya cuba mengingati atau membuat perlakuan, atau apa-apa sahaja selagi termampu.

Rakan-rakan, walau kadang-kadang aku juga terlepas pandang kepada subjek kejujuran dalam persahabatan. Adakah kadang-kadang aku mengambil kesempatan atas kepentingan, atau sebaliknya aku telah jujur dalam hal ini. Tapi, aku pasti aku berusaha untuk jujur dengan kawan-kawan aku sendiri. Cuma terserah kepada kalian untuk menilainya.

Kepada yang lain-lain, sesuatu cinta kepada mereka yang juga dicipta sama seperti kita. Namun tidak salah, kasih-sayang, perasaan cinta adalah satu nikmat yang tuhan beri kepada kita. Kepada kekasih yang berlainan jantina. Cinta jenis ini akan datang dari mata, biasanya yang cantik-cantik, dan mewah-mewah sahaja. Aku sendiri sukakakan perkara yang cantik, dan pernah juga jatuh cinta kepada seorang, mungkin dua, atau lebih gadis, samada aku pernah menyatakannnya atau pun tidak. Manis-manis pula mereka. Cuma kadang-kadang tersentuh dengan sterotaip, "kalau kau tidak ada duit, paras, kemahiran mengayat", tak usahla. Kadangkala, ada relevan juga perkara ini, namun kadang-kadang aku juga percaya kepada "magic". Hahahahaha. Ya, duit itu sebagai pelengkap hidup, untuk membahagiakan pasangan, seperti mana kita mengharap dengan kesenangan material ini, mampu menyebabkan kita lebih bahagia, itu realiti. Paras, siapa yang suka kepada perkara atau subjek yang hodoh, tapi aku percaya akan hal ini terserah kepada masing-masing sama kecantikan luaran, dalaman atau kedua-duanya sekali.

-selamat malam semua, semoga terus kekal bersama cinta-cinta yang semakin mekar-
5/2/2011 3.08 a.m, selepas membelek semula novel lama "Katerina"