Friday, December 31, 2010

buat jam-jam yang sudah berlalu....

khas untuk aku,
selepas aku hidup dengan jam-jam yang sudah lalu,
angin itu mustahil untuk aku hirup semula,
dan tanah-tanah yang telah aku derhakakan..

Aku,
maka dibuaikan lagi pohon-pohon dan hajat-hajat,
dengan tangan-tangan hitam yang kadang-kadang menadah,
bila aku teringatkan-NYA, hanya semasa aku rasa tubuh ini hina...
jadikanlah diriku namrud yang diterima oleh yang maha Agung..

Sampaikah suatu masa nanti,
bila aku tak akan lagi dibohong,
oleh segala macam perasaan,
semuanya...

maka aku bertanya,
kenapa tidak dijadikan aku lautan sahaja?,
dan untuk semua nikmat yang pernah aku dustakan,
janganlah kiranya kau pergi satu demi satu..

aku lemas dalam semua situasi,
bukan sesuatu yang konkrit,tak juga abstrak...
bila masa setiap saat itu sudah menjadi sejarah..
bukankah itu hanyalah masa?

Tuhan,
balikkan aku ke masa dulu,
beri aku peluang..
untuk aku membesar sekali lagi...

Saturday, December 25, 2010

gua bukan gila seks...tapi gua suka skodeng skirt lu...serius gua cakap.

jaga tepi kain, seluar orang..

ok, gua bukan gila sex...gua cuma nak beri pendapat sedikit pasal benda nih..
jaga tepi kain orang..ok, gua x pasti maksud yang tepat mengikut buku...sebab buku peribahasa gua
masa sekolah rendah dah hilang...tapi lebih kurang seperti "MENGAMBIL TAHU PASAL ORANG LAIN" kalau salah
atau tak tepat bolehlah tolong betulkan..gua ok je..

AMBIL TAHU PASAL ORANG LAIN..bagi gua perlu..lebih2 lagi dalam kehidupan bermasyarakat..lantakla lu duduk kampung
ke, taman permainan ke, Bukit Beruntung, Tanjung Batu, Paya Luas, hatta Hokaida dan juga Yokohama...kenapa?
bagi gua, ambil tahu pasal orang lain, penting sebagai tanda kita hargai perkenalan dengan orang sekeliling kita tu
walaupun orang yang gua atau lu sendiri tak kenal...jiran, member lu, sedara lu, mak bapak lu, awek lu, balak lu,
tok imam kampung lu ke hapa ke, gua tak kisah laa...

Tapi, apa benda yang lu, gua, kita biasa nak ambik tahu pasal orang sekeliling? Awek lu pakai spender kaler
benda? orang tu pakai baju jenama TOPMEN? kenapa lu beli DINDANG, tak pula membeli TORA? berapa banyak syiling
kat celah kangkang lu?

Satu benda yang gua nampak, kadang2 banyak benda yang tak perlu tahu, nak diambil tahu. Sekali lagi, gua tekankan,
sikap ambil berat, ambil tahu pasal orang sekeliling ni bagus, dengan ni antaranya mengeratkan persahabatan,
dan paling penting soal kebajikan antara lu dengan gua akan terjamin...gua sakit lu boleh antar gua pegi klinik depan
sana...gua tak makan lu belanja gua melantak di Restoran Ghani depan sana...

Satu lagi, bila mengatakan kesalahan orang lain...cukup hebat..gua pon sama...
Bila orang mengandung luar nikah la paling best...ni contoh je laa...dikutuknya sahaja, entah budak tu kena rogol,
lu apa tau? kalau betul budak tu berzina?hudud tak reti pulak nak buat...senang, orang tu pun terlepas dari dosa dia...kan?
apa pengajaran, iktibar yang gua, lu, kita dapat?


ni je kot...gua pon mcm ni jugak....kadang-kadang mulut terlepas jugak...kadang-kadang ada benda yang aku ingin cakap
lagi, tapi sangkut..banyak faktor, masa, keadaan...apa lah..gua ni pon penakut jugak...kalau gua buat salah tegur
gua elok2...jangan maki hamun gua...

Saturday, December 18, 2010

gua dan anak-anak gua...40 tahun lagi....

keh keh keh...semalam birthday member gua...ada makan2 utk party member gua ni..
gua x nak tulis banyak...thread utk blog gua mlm ni adalah utk kegembiraan dan berbau sweet.

.
(ini mangsa kekejaman)


gua x nak banyak, gua harap masa gua 40 tahun nanti gua boleh bawak anak-anak gua yang kiut main kejar-kejar lagi...

Sunday, December 12, 2010

ikut setan! -dia katalah....

tonggeng-tonggong..
kah kah kah,
di "bukit" atas nun sana...
tinggi melampai,
sejuk...

tonggeng-tonggong,
kah kah kah,
atas sana sejuk,
gadis cantik-cantik belaka..
"sangat hot"

ini pula lagu setan
kata beliau,
oho, durjana..
jangan ikut,
rosak kau nanti..

manipulasi,
terdedah sana-terdedah sini,
katalah mari-mari!!!
wow, saya suka..
saya sudah tak perlu lagi kaca mata..

ini pula, tiada apa,
bingit-bingit saja..
kacau orang mau tidur sebelah..
"macam manalah cikgu moral budak-budak ni?"

guna kita sebelum tarikh luputnya....

peniaga 1 : kau kenal Dato' ni kan?
peniaga 2: kenal, apa pasal?
peniaga 1: err, bolehla cari lubang untuk aku masuk...hehehe

__________________________________________________________________

pemuzik 1: kau kenal si polan ni kan?
pemuzik 2: kenal, otai tu, skang dah jadi organizer...
pemuzik 1: ok la tu, boleh melepak sekali nanti

__________________________________________________________________

student 1: kelas kita boleh menang ke?
student 2: alah, pengadil dia cikgu kita, kompom laa kan?
student 1: betul jugak tu

__________________________________________________________________

pemain bola 1: x sangka kita menang tadi..
pemain bola 2: hahahaha....rilek la, semua budak2 kita yang jaga tadi...
pemain bola 1: ooooo....

p/s : jangan risau, ini perkara normal....aku pun begini..

Friday, December 10, 2010

aku duduk seorang hari ini

tanpa siapa-siapa,
tanpa apa-apa,
dan bukan untuk siapa-siapa juga,

lemas atas sofa,
warnanya kunig,
sejak tengah hari,
dan berkain tuala,
selepas buang air besar

huruf rumi aku tatap dari tadi,
tanpa lagi aku toleh makna,
walau sekilas,
walau sesaat,
walau ia ditaip, bukan lagi ditulis,
masih boleh dibaca...bukankah itu pengertiannya masih ada?

pemadam, aku tak lagi perlu,
seperti dulu,
tutup,
supaya aku tak lagi malu.

3.36 tengah hari sabtu, bersama nasi lemak sejuk pemberian ibu bapa.

Wednesday, December 1, 2010

hari ni kita gembira dan hari ni kita bersedih...

hari ni 1 disember tahun 2011 masihi..
aku berumur 21 tahun pukul 12 malam tadi...

pagi2 lagi aku terdengar bunyi mesej, lantaran aku biarkan sahaja, (mungkin ni ucapan selamat hari lahir dr kawan2 aku)...jadi aku biarkan sahaja...
then, bunyi telepon pulak, aku rasa ini dah lain macam...x de hal orang tiba2 nak wish birthday aku sampai talipon lebih2 lagi aku bukannya ada kekasih...

"Bear Cokey", tu nama yang tertera kat skrin, aku angkat..."ah cai, ayoh jeff meninggal pagi tadi"
"haa??" aku dalam keadaan masih pana (blur), dapat pulak berita mcm ni..aku trus ke bilik mak aku, aku cakap kat mak aku apa yang dah terjadi..patutnya aku pergi rumah wan aku, tapi mak aku cakap delay je laa...petang boleh pergi..so, aku siap2, mandi dan pergi ke rumah member aku ni dengan sorang member aku..member2 aku yang lain dah ada kat sana...

selepas selesai pengebumian arwah ayah member aku ni, satu lagi hal yang berlaku..mak dia pulak menyusul mengikut arwah ayahnya....hilang mak dan ayah bukan perkara kecik bagi aku..
aku x tau apa perasaan diorang, memang sedih, tapi tahap kesedihan itu x sama dengan kita yang hanya memerhati walaupun kita berkongsi perasaan sama-sama itu..berbaur-baur mungkin, bercampur aduk, hitam, putih....mainan hidup..

aku sendiri tak pasti aku ini anak yang mcm mana...kadang2 aku rasa ego remaja aku ni x abes2 lagi...aku sendiri rasa segan nak cakap "i luv u, mak, abah"...aku ambil jalan mudah, aku tunjuk dengan perlakuan walaupun bukan secara terang-terangan...

untuk member aku, walaupun aku taklah rapat dengan dia..aku rasa baru sekali dua aku melepak dengan dia...tapi aku tahu hati dia baik, dan aku sangat pasti, tak ada ragu-ragu...mungkin betul orang selalu cakap, orang yang baik ni selalu dapat dugaan...untuk dia, ucapan takziah aku ucapkan..

p/s: terima kasih kepada yang ingat akan hari jadi aku...doakan aku jadi orang yang baik2...tapi aku harap aku dijauhkan dari dugaan yang aku x bisa lalu...

Monday, November 29, 2010

Langit biru itu luas! episod satu

Sabtu 27 November 2010, 4 petang-8.30 malam- Pekan DUTA (terima kasih abah, mak sebab kejut dan hantar ke stesen bas)

"BUY NOTHING DAY"
MAKAN, love letter, illegal advice, lukis potret sambil tutup mata, penerangan mengenai GUTAI (seni pelik melibatkan pergerakan tubuh salsa dance, menari pelik orang perancis, confession, sajak pelik berbau lucah oleh sorang mamat inggeris (err, tergelak kecil), pergi ke tandas
tengok-tengok lukisan lawa, melihat mini gig, melihat anak dara mahupun bukan yang lawa.

1)Aku tak mahu cakap mengenai aktiviti yang sepanjang aku berada di majlis tersebut, tapi apa yang aku dapat. Mengenai apa yang seharusnya kita terikat dan apa yang seharusnya kita bebas. Dalam satu slot "illegal advice" sorang member aku cakap kat akak tu yang dia ni nak buat satu perkara yang ingin dia buat, tapi dia tak dapat buat sekarang sebab dia masih lagi terikat dengan kontrak pembelajaran. Perlu ke dia blah sekarang? Apa yang dijawab akak
tu mengenai cadangannya kepada member aku ni sama dengan apa yang aku fikirkan malah sama dengan apa yang difikirkan oleh dua orang lagi teman aku. Tak berbaloi untuk tinggalkan sekarang. Ya, timbul persoalan dalam otak aku ni iaitu kebebasan dalam hidup kita. Bagi aku kita memang "terikat" dalam hidup kita sebab kita dipilih untuk menjalankan tanggungjawab oleh-NYA dan dalam masa yang sama aku merelakan ikatan itu kerana hanya dengan
merasa terikat dengannya, kita akan merasakan kebebasan yang sebenar-benarnya. Hati kau akan lapang. Percayalah cakap aku. Masalah sebenarnya (menurut pendapat aku yang hina ni) kita banyak terikat dengan sistem yang dicipta oleh makhluk yang setaraf dengan kita dan bukan dari-NYA. Apa yang kita takut sebenarnya? Dan kita sememangnya terpaksa. Bagi aku, hanya orang yang betul-betul kuat gagah berani baru boleh lepas dari belenggu ini. Tiada
duit, kita perlukan duit untuk keluarga, hidup, kita perlukan pasangan untuk kita lempiaskan nafsu yang sememangnya ada dalam setiap dari kita. Teman aku selalu menasihati aku hidup kita ini perlukan bingkai. Bingkai ni yang akan menyekat kita dari segala keburukan. Macam lukisan. Sebesar mana lukisan kita, kita perlukan bingkai untuk menjaga lukisan itu supaya tak terlebih, tak pula berkurang. Cukup lengkap. dan aku suka nasihatnya itu. Tetapi kadang
aku merasakan hidup aku ni sememangnya tak berbingkai, tapi tersekat dengan kain kanvas yang diberi oleh orang lain yang koyak, kerusut atau dah pun berlumpur, kotor dengan sambal. Aku banyak tersekat dengan persekitaran aku sendiri. Aku bukan ingin menyalahkan sistem manusia yang ada, sebab kalau aku diberi peluang untuk mencipta sesuatu sistem mengikut corak aku, aku sendiri tak pasti mampu ke aku cipta dunia yang aku nak. None of us are perfect kecuali keistimewaan yang diberi kepada yang dipilih-NYA. Sebab tulah adanya pahala dan dosa. Itu hukum yang perlu kita fahami. Tapi, untuk sistem yang kita sendiri cipta, kita perlukan pembaharuan, untuk hidup kita. Kita berhak untuk mendapatkan kebebasan, bergerak secara kreatif, lakukan apa yang kita mahukan, berhak mendapatkan kertas yang baik untuk kita lukiskan apa-apa yang kita mahu dan ikatan antara Maha Pencipta itulah bingkai kita dan bukannya lukisan orang lain. Berkongsilah berus-berus cat, idea, warna-warna kita untuk lukisan kita dan suatu hari aku pasti kesemua lukisan kita akan tersenyum.

2)Aku bukanlah ahli seni atau seorang seniman, pejuang seni atau sebagainya. Seandainya aku melukis satu titik hitam pun, orang ramai akan bertanya kembali, "betul ke kau lukis titik hitam"?. Untuk sesetengah bidang seni, aku memang minat tapi biasa-biasa aja. Aku tak menyalahan bakat yang aku tak ada. Tetapi sejak kebelakangan ni, aku mula belajar satu perkara yaitu belajar terima hakikat kejadian mereka yang lain. Aku mula cuba untuk
menghargai apa yang orang lain buat melainkan mereka buat-buat. Namun, aku sememangnya tak pandai menilai sesuatu perkara itu sebenarnya. Aku belajar sedikit sebanyak dari orang yang berada disekeliling aku, buatlah apa yang kau nak, tapi ingatlah mana yang kau patut
berhenti. Mungkin, sebab setiap perkara ada perhentiannya, ada tempat persemadiannya, melainkan kehidupan selepas kehidupan dan Maha Pencipta. Setiap perkara kat dunia ni menarik kalau kita minat. Dan ia tak akan jadi menarik bagi yang tak minat melainkan
bagi mereka yang telah "tertarik" dan bukannya "dipaksa tarik". Menghargai setiap dari kita bagi aku sangat indah dan setiap perkara yang kita kongsi itu menjadikan dua perkataan yang mempunyai sifat bersatu padu iaitu "kita" dan "kami".

Nota Tambahan:
satu) terima kasih kepada member aku yang ajak aku dan tempat penginapan malam tu.
dua) terima kasih kepada member yang ikut aku.
tiga)terima kasih kepada member aku yang jemput dan antar aku
empat) ada part 2 pulak.-aktiviti seterusnya.

Sunday, November 28, 2010

buat pengalaman kita

buat rakan-rakan ku yang pernah pergi,
aku sampaikan burung berwarna warni,
untuk aku sampaikan longgokan peristiwa,
waktu kau masih di sini..

tuhan, sampaikan hajat aku,
ke syurga, dengan orang-orang yang aku sayang,
kerna doa hanya satu permintaan,
dari aku dan kami..

mati-itu pasti-

-pagi-pagi lagi-

Thursday, November 25, 2010

buang aku ke daerah yang selamat...

kosong-

buang aku ke daerah yang selamat..

planet lain...ada ke?

oksigen?.......................

JAUH SANGAT,

NEGERI? NAK PERGI NAIK APA? JALAN KAKI?

3000 watt letrik menyentap....

dub dab dub dab bunyi jantung...macam yang aku belajar masa kelas anatomi dulu...

faham ke aku?

sedar-SEDAR aku "TERtulis" 2 entri malam ni....

isinya x de pon....apa mesej aku?

macam lagu-LAGU kat DI KOTAK MUZIK BERDAFTAR?

pukul 2.57 pagi...

aku cari cerita menarik..

JUMPA...AKU BERHENTI, HARAP-HARAP AKU SERONOK MALAM NI!

berbicara tanpa suara.

izinkan aku tuhan,
untuk aku berlari,
walau aku tetap di sini,
di tempat ini.

izinkan aku tuhan,
untuk aku menangis,
supaya aku terlupakan dia,
supaya aku terlupakan dia,

walau tak aku fahami,
aku sendiri tidak mengerti,
sejauh mana hakikat manusia,
di padang itu tempat aku berfikir.

aku selami hitam,
hitam,
itu lebih baik,
dari putih yang bernanah

semoga aku dapat lupa,
tanpa aku rasa seksa

AKU TAK PASTI KAU BACA ATAU TAK
HARAP KAU BERMIMPI
AKU MELODIKAN SAJAK SAMPAH
DARI SAMPAH MACAM AKU
UNTUK BIDADARI MACAM KAU

Sunday, November 21, 2010

bawa aku pulang

bawa aku pulang,
sewaktu aku masih menangis,
kesat hingus di bajuku,
waktu lukisan masih di dinding.

bawa aku pulang,
sewaktu aku riang berlari,
ke rumah sebelah,
main-main masak lodeh.

bawa aku pulang,
ke tempat yang paling aku rindu,
yang tempat itu sendiri,
sudah tidak mengenali aku.

bawa aku pulang,
ke tempat yang paling aku rindu,
yang mana tempat itu berwarna warni
dari lukisan kita sendiri.

bawa aku pulang,
kepada tempat yang paling aku rindu,
waktu aku belum kenal apa-apa,
tapi nyata aku sangat berani!

Thursday, November 4, 2010

aku bukan anti-teknologi....aku juga mahu kaya..

Minta maaf...aku bukan manusia yang menentang teknologi, bahkan aku juga teringin untuk kaya.
Aku tak banyak tahu tentang teknologi terkini, trend-trend, tapi aku juga tahu teknologi itu banyak sumbangannya kepada manusia..Teknologi mengikut Heinich, Molenda & Russel (1993), teknologi bukan semata-mata peralatan mesin sahaja tetapi merangkumi idea dan proses. Empangan, kereta, bangunan, laptop, pc, kamera, bla2...mungkin ini teknologi. Tapi bisakah kita mengenali keperluan teknologi, yang mana keperluan dan mana trend? Yang mana akan tersepit, yang mana akan gah dengan kononnya aku miliki segala-galanya.

Beribu-ribu model handphone dikeluarkan hari-hari dengan fungsinya diubah sedikit, teksnya lebih menarik, tambahan pada keypadnya yang lebih selesa..Gembira tak kita tengok budak2 sekolah berlumba-lumba untuk memiliki handphone yang baru dengan mencuri duit bapaknya?
Trend itu lahir tanpa melihat bapaknya yang sudah tak tertanggung mengejar kelincahan anaknya. Sudah, aku tak nak hurai pasal ini banyak-banyak, aku tak tahu sangat pasal teknologi terkini.

Sokonglah teknologi itu seadanya. Teknologi itu perlu, memang sangat perlu. Namun pada yang perlu, ia sudah cukup untuk kita. Aku pun selalu lemas dengan barang-barang baru yang aku tak tau sama ada memang untuk menolong manusia ataupun "menolong" manusia.

Sekali lagi aku tulis, aku bukan penentang teknologi, kecanggihan, aku juga mahu hidup senang. Malah aku teringat suatu ketika dahulu, aku ada membaca satu cerita, Nabi meminta sahabat pergi ke China untuk belajar membuat mercun, kertas, dan ada lagi, aku x ingat.maafkan aku. Kita disuruh untuk maju untuk kepentingan sesama kita. Aku sokong yang ini. tapi kalau dengan sesetengah cara, aku memilih untuk biasa-biasa sahaja. Bukan untuk berlumba.

Terlalu banyak yang aku tak tahu. Ini dari hati aku sahaja. Kepada yang terlintas di halaman ini, tegur-tegurlah, jangan keras, tetapi kenyal, yakni tidak akan putus walau ditarik, supaya aku ingat selama-lamanya. terima kasih.

Tuesday, November 2, 2010

bunga kembang pagi~

aku bangun tengah hari,
awal dari biasa,
selepas semalam bersama dosa,
tak perlu lah kau tahu..

tilam usang dan selimut koyak kutinggalkan,
air sejuk dan sabun wangi yang masih berbaki sedikit,
aku guna...tengah hari itu..
sudah suci kah aku?

aku pasang angan-angan lagi,
langit cantik hari ini,
burung pun banyak,
matahari pun berdedikasi,

aku tahu sedikit masa lagi,
malam akan datang,
selepas senja melepasi petang,
aku mahu hari ini aku menang..

Thursday, October 28, 2010

belum mati...

tadi aku lihat ramai orang,
sesak...
aku berlari ke arah keretapi,
nah, aku mencari sepi..

perlahan keretapi itu pergi,
seolah-olah tak memberi aku pergi..
apa mulut ini terkunci?
tak mahu aku bertanya lagi..

kah kah kah,
dekah Tok Aki,
katanya tak perlu lagi aku pergi,
ini bukan masanya untuk kau mati..

"pergilah kau nak"
"perjalanan ini bukan untukmu"
"hidup kau di luar sana"
"aku ini sudah menjadi sisa-sisa"

"aku tahu kau takut"
"aku tahu kau begitu"
"sungguh aku faham sikapmu"
"aku dulu pun begitu"

kata orang tua itu ada erti,
separuh jasad aku masih di sana,
cuma aku masih perlu sesuatu,
belajar....

Sunday, October 24, 2010

io-oi

I like this song....

Living with the sin, a dirty world all around
Another missile speech, as they preach with no leash
Seven nations threatening the world with a bomb
Seven sins creating a world from the whomb
Show me a way, I can live and I'll grow
There is a way, that we can learn for ourselves
Written in your eyes the answer is ill
The anger builds a fire within
Every lie the system is stained
A minefield of egos, opinions and words... no more
Show me the way, I can change, I'll grow
Show me a road, where I can reach, where I can reach the light
Light at the end of the road
In this new world, painted black
Sloth and pride and envious anger
In this new world, another mark
Excess and lust with arrogance
In this new world, without a past
Atomic shit to fuck with our heads
In this new world, that's full of crack
Our children cry, they're lost and mad
We're lost!
Show me the way - I need to know - show me the road

Tuesday, October 19, 2010

kelah dan Lemmy?

not at the right time and place-Lemmy (motorhead punya tukang lalak)....

macam ikan kelah, depa ni (cuba kata utagha), berenang lawan arus..ade sorang member aku la cakap..dia ni memang kaki pancing, walaupun dia dapat ikan besar-beesar 2 jari, tapi aku tau ni memang kaki pancing yang kental..tapi kesian gak, memang time dia ni x kene...kalau dapat ikan baung tu memang gila la beliau, silap-silap dia ni tag gambar presiden zimbabwe sebab kejayaan dia mendapat seekor anak sulung baung (kira besar jugaklah kan)..

oh, balik pulak pasal ikan kelah tadi..spesis depa (lagi skali cuba menyebutnya) ni memang dah tak banyak, memang rare la kalo nak jumpa, se rare-rare kasut aliph, rare lagi nak cari kelah ni..hahahahaha...lagi satu hal, dah la kelah ni rare nak jumpa, dapat pulak sekor tu kelah yang cacat sikit..tak sempurna ekor dia, hidung dia besar sikit..hahaha....(menggunakan kelemahan diri sendiri untuk membuat contoh) dah x jadi semat...hadoi, kesian ko kelah, menentang arus sorang-sorang, walaupun sama matlamat ngan puak2 ko yang lain, tapi ko berenang sorang2...
kadang-kadang ada la jumpa sekor dua, tu pon cacat jugak, telinga besar laa pulak..tapi, kira ok la, at least ada jugak kawan..

tapi, naseb ko la kelah, sekurang-kurangnya ko berbangga ko jadi geng-geng kelah, tapi satu hal aku respek ngan ko, ko hanya hidup di air yang bersih... vs

Friday, October 15, 2010

HITAM

Hitam itu warna jahat...(milah cakap)
Hitam itu warna negatif..(wak korjo punya pendapat)
Hitam itu menawan (lagu cakap macam tu)
Hitam itu keunggulan (syarikat rokok cakap)
Hitam itu elegan (tengok kete besor-besor, kot mahal-mahal,ni orang kaya cakap)
Hitam itu bukan warna (orang seni cakap)
Aku suka hitam (aku cakap)

lagi pasal hitam?

Monday, October 11, 2010

lagi lagi

ah,
hari sudah malam,
rasanya baru lagi,
aku terjaga dari mimpi,

baru petang tadi aku lihat burung menyanyi,
dan mengerti sunyi malam yang sepi,
mengerti berjuta perasaan sakit tak terperi,
malu aku jadi begini..

Wednesday, October 6, 2010

lirik hari ni..

There's a lady who's sure
All that glitters is gold
And she's buying a stairway to heaven

When she gets there she knows
If the stores are all closed
With a word she can get what she came for

Ooh, ooh, ooh, ooh, ooh
And she's buying a stairway to heaven

There's a sign on the wall
But she wants to be sure
'Cause you know sometimes words have
Two meanings

In a tree by the brook
There's a songbird who sings
Sometimes all of our thoughts are
Missgiven

(stairway to heaven-led zeppelin)

Friday, September 17, 2010

silent

there's an evil..
passed by,
over a black road,
under the black light..

it was there,
i closed the window,
checking the front door,
and shut the mouth..

scared,
living there,
and it was the day of the silent night..
but i'll fight

i can't stand,
and lastly, i ran..
----over the wall----

Wednesday, September 1, 2010

desain....sapa perekanya?

pemberontak,
batu api,
soal ekonomi,
soal peribumi..

halau menghalau,
sini maki, sana hamun,
sana gertak, sini tunggu nak sepak,
sini bertempik, sana herdik.

yang di sini keluar isu,
yang ini melenting,
yang di sini cakap sikit,
yang ini bising..

cakap tak pernah sudah,
konon semua orang penting,
ambik batu,
hantuk ke dinding,

dah rasa pening,
sakit gering,
baru rasa miskin,
baru nak kenal hening.

ekonomi jadi batu api,
dulu, kini, sampai esok,
sampai malam, bawak ke pagi,
dari pagi bawak ke malam.

atok nenek ajar hidup sederhana,
trend itu buta, bawak celaka,
tak salah hidup kaya,
kalau tak cakap soal kasta.

Saturday, August 28, 2010

isu global...

hahahaha....assalamualaikum...tajuk macam gempak...tapi x de la best sangat kot...
baru2 ni atau dah lama, kita digemparkan dengan isu freemason dan juga iluminati..
memang isu ni sensitif sebab ia berkait rapat dengan akidah kita, terutamanya bagi kita yang beragama islam..

mintak maaf, aku x reti sangat nak explain bab freemason, iluminati dan sebagainya..

tetapi (thanx to sorang member aku ni, sebab bagi buah fikiran dan sedikit pendapat berkait isu ni), ada satu perkara yang menarik minat aku untuk tulis pasal isu ni..berkait dengan konsep asas..
aku suka dengan pendapat member aku (rujuk penerangan di atas), dan pendapat dia sama ngan aku.."kita perlu cari balik asal usul kita"...apa yang perlu dan paling penting..buat apa yang wajib..ilmu dalam agama, dan juga ilmu-ilmu dunia yang lain..kalo kita dok asyik kutuk2 freemason, apo semuo, smayang x jugak x de guna kan? mintak maaflah, aku pon bukan lah alim sangat, sekadar terfikirkan benda ni...aku ni banyak cacat celanya...semayang subuh pon slalu kantoi..lambat jugak..hehehe

berbalik psl isu tadi, bagi aku, ada perlunya kita kene tahu tindak tanduk orang yang memperlekehkan islam sebab kita berjuang atas nama Islam..sebabnya kita orang islam..kita kene tahu apa strategi diorang nak menjatuhkan islam, taktik mereka, akan tetapi dalam masa yang sama, asas kita dalam islam pun kene ada..then everythung will be complete...kalau kita ada asas yang kukuh, insya-Allah, mudah-mudahan kita akan dijauhkan daripada kesesatan..

sila komen topik ni, segala cacat cela harap segera diperbaiki... :P

Tuesday, August 24, 2010

terima kasih kawan...

malam ni aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan serumah sebab buat aku happy...
dan ucapan selamat hari lahir kepada housemate ku... :)

2 ayat je...tp aku tulis dengan hati yg gembira!

Thursday, August 19, 2010

kata kau? kata aku?

kata kau...mister potato lagi sedap..
kata aku..pringles lagi best..

kata kau..air soya buat hilang dahaga..
kata aku..air gatorade bagi aku tenaga..

kata kau..nasi ayam lengkap..
kata aku..nasi goreng ada udang..sayur..nasi

kata kau..aku suka Rexona..
kata aku..erm, aku lebih prefere Dashing..

kata kau..wali band..
kata aku..aku lagi suka slayer \m/..

kita masih sama, makan sama-sama, beli kerepek sama-sama..pergi beli air sama-sama, beli ubat ketiak sama-sama..
apa masalahnya?

"SEBAB KITA TAK FAHAM"

......................................................................................................................................................................

apa lagi kita nak risau pasal "warna","keturunan"?
sapa yang nak hidup sengkek?
siapa yang tak mahu membaca?
siapa tak mahu dengar berita?
hanya satu "perjuangan" yang buat kita jadi "sama"..
seperti beberapa ketua memegang "hujungnya", menaikkannya "bersama-sama"..

Monday, August 16, 2010

setor simpan jahanam

kapal bergoncang sejak pagi,
menyambung ribut semalam,

sungguh kurindukan senyuman kanak-kanak yang luhur,
dan tangisan yang menjadikan aku turut lara..

Dan mengapa ada dia?
Mereka?
Untuk siapa?

maafkan aku tok guru,
kerna aku x berdaya..

maafkan aku kawan,
bukan aku mau jadi lawan,
cuma kita pada lain landasan..

Friday, August 13, 2010

de setori with ending of samah... (this is not setori ebaut budu k?)

8.30 malam: Nak dijadikan cerita pada tanggal 3 Ramadhan, (mungkin dah masuk 4 Ramadhan sebab berlaku lepas maghrib), aku dan budak umah aku merancangla untuk masak nasi untuk sahur dan berbuka puasa...arakian diceritakan bahawa kicap dan telur maka soldadu-soldadu single warisan putri telah bersedia untuk memprogramkan rancangan masak-memasak untuk bulan ini.

bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla
4.30 pagi : Maka menyetatlah aktiviti memasak nasi nasi..Kung kang kung kang bunyi beras, pinggan, telor dipecahkan, air diprepare, maka tinggal nak bukak suis periuk nasi je..

4.31 pagi : Seminit berlalu.....keadaan periuk nasi yang tidak menyala mula menimbulkan tanda tanya sekaligus keputusan sebulat suara telah dicapai

broom broom broom broom broom

5.10 pagi: sampaila di mamak depan maktab...tunggu je la nasi goreng...hahahahahahaaahahahaha....sabau je lah...

5.30 pagi : Kene balik awal sikit ni, telor hancur tadi x habis makan lagi, rugi pulak..Alkisah maka tersebutlah kisah (Taiyib, jawab jiran sebelah)..harga nasi aku yang harus dibayar "tunai" ialah RM 3.50....Gua pon hulur la RM10....Lepas tu mamak tersebut boleh tanya aku ada lima posen x? Gila ke? Dalam hati aku mengscreamo! Kalau dua posen lu boleh lagi tanya customer...Gua pon cakap la x de...Ha..jeng jeng jeng, scene lepas ni yang buat aku panas.....mamak tersebut paksa aku amik gula-gula lima posen...cibai! Gua cakap la dengan nada biasa (gua x reti nak marah2 sebab gua takut) hahahaha..."Apehal pulak aku kene amik gula-gula sampai lima posen?"....Mamak tersebut dengan selamba beruang madu cakap, "x de duit kecik la"....

5.32 pagi : Nak x nak gua kene ambik la jugak...nak wat cmne kan? Nak kejar telor tak abes lagi kat umah...hahahaha....aku pon belah dengan kati berdetup kencang sekencang lagu Bestial Invasion nyanyian Destruction.....Ikutkan hati aku kalo aku reti abugik mmg aku dah destruction kan kedai mamak tu dah...hahahahahaha

samah setori ending.... (lepas makan telor, basuh baju, berak, mandi, semayang, gua tido..)



tak pasal2 diorang kat bawah ni terlibat...hahahaha


Wednesday, August 11, 2010

suatu hari nanti

aku berdoa,
walaupun aku x tahu sampai kemana..
aku harap dia bersamaku..
moga suatu hari nanti dia diberi petunjuk.
walau dia bukan hak aku..

Wednesday, August 4, 2010

panji-panji

berjuta panji dibina..
katanya kerjasama..
antara janji sang panglima...
pacaklah akar kata "bersama"

dalam bersama itu,
lahirlah panji,
kuatnya lambang,pengaruh,
dan namanya..

nama itu semakin besar,
menindas yang kecil,
mana kata saksama?
tunjang asas sang panglima?.

kata kau panglima bersaudara,
keadilan di bawa sang puaka..
kata kau dia bersalah,
air muka tidak bersalah..

akhirnya bersemukalah dua panji,
keris songsang menoda janji,
luhur itu terbelah terbahagi,
atas nama berani mati..

untuk apa kau bina panji?
bawa bersama janji-janji..
supaya mati di bawah panji?
darah yang sama kau dustai?

Monday, August 2, 2010

for u and for me

i know it is for us..
but i can't take it anymore..
well i want to use my own method..
but the fucking system stop it..

i'm not good in english..
but i'll try..
what is the theory?
i want it practically..

i want it for my child.
for your grandson..
arghh!
i fuck all the system!

Tuesday, July 27, 2010

Saturday, July 17, 2010

aku mungkin,malah pasti...bukanlah seorang insan,manusia yang bagus..
kadang-kadang aku tak tahu apa yang aku fikirkan..
tapi aku pasti aku tau apa yang aku inginkan..
cuma aku nak,harap sangat..tolonglah,
pedulikanlah benda-benda kecil..

aku tak tau,mungkin aku ada masalah yang macam member aku penah tunjuk kat aku, masalah emosi..emosi aku memang cepat naik turun..kadang-kadang benda kecik boleh buat aku naik angin..dengan cara aku,aku tak suka ambil tahu pasal orang lain yang sepatunya tidak perlu aku tahu..walaupun aku akan menjadi seorang guru nanti, apa yang aku nampak, aku bukanlah seorang yang bijak berkomunikasi..bukan maksud aku bila tak bercakap,aku tak concern pasal orang tu, cuma aku tak mahu lebih-lebih, dalam kata yang tepat, aku tidak mahu mereka nampak yang aku ambil tahu pasal orang lain..kadang tu aku buat-buat je macam tak tahu..pedulikkanla...

Bukan aku tak ingin untuk selalu berbual-bual dengan orang lain, tapi cuma kadang-kadang, aku takut dan aku yakin, mereka tak akan paham cara aku..sumpah! aku tau, memang salah aku..aku tak pandai cari topik, membosankan, tak pandai ambil hati, (kadang-kadang bolehla)..Aku rasa kadang-kadang aku berada di tempat yang salah..Aku tak pandai nak create suasana macam orang lain, boleh jadikan suasana happy bila kita happy, dan bila sedih orang lain turut sedih.Hahahaha.....emo la plak sial..

Aku jarang dapat buat perkara yang aku suka..Nak main muzik,bakat tak de, member pon tak ramai...ya, memang betul,bukanlah aku menyalahkan sesiapa dan yang paling penting,bukanlah maksud aku untuk salahkan takdir,cuma aku harapkan suatu hari nanti aku berjaya..aku minta suatu hari nanti, aku ni sekuat-kuat orang..then, bila orang cakap pasal apa yang aku buat, aku dengan selambanya boleh cakap..FUCK YOU! I gill u my full respect, then Show me YOURS!!! Got It BASTARD?

Wednesday, June 30, 2010

kerapak

semut api,
semut hitam,
anai-anai,
keluarga apakah?

awalnya baik,
tengahnya indah,
hujungnya pecah,
mulanya gulana

kanan buaya,
kiri besi,
di depan perut kosong,
belakang kecewa

Wednesday, June 23, 2010

buat la suka hati kau

kita suka dendam...kalo orang sebelah buat apebenda kat kita...esok kita balas balik..aku pon macam tu..kalau orang sebelah letak satu sampah kat tempat aku,esok dengan tong-tong sampah aku bagi..

kadang-kadang aku terpikir, aku rasa patutnya, kita sebagai orang islam seharusnya tau, apa yang dibuat akan ada balasannya..jadi, tak perlulah kita balas lagi..apa yang menghalangnya? perasaan tak sabar lah..kalo orang cepuk kepala kita, misti nak tengok kepala orang tu pecah balik kene cepuk kan? memang puas hati tengok balasan orang yang pernah menyusahkan kita.

aku pernah terfikirkan pepatah "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali"..hmm..aku sukakan perkataan yang kedua, "buat jahat jangan sekali"..memang x patut buat jahat..tapi yang pertama tu, buat baik berpada-pada..pada aku buatlah baik selagi mana yang kau boleh buat baik..x kisahlah kalau orang pijak kita diatas kebaikan..TETAPI, baik tu mestilah betul-betul baik, macam tolong orang merompak bukannya baik, tolong setan kot..hahaha..maknanya di sini, macam mana persepsi kita atas "kebaikan" itu..berbincangla untuk melakukan kebaikan..x ke gitu? bukankah setiap kebaikan tu akan dibalas baik? (pahala insya-Allah)

tapi, kalo berterusan kita baik, dibalasnya taik,kita tegur haram pelek,aku x tau nak buat apa la pulak...heh

Thursday, June 17, 2010

sunset

there's no problem when there's no light..
when we don't know each other,
but, we still hold each other,
to find the sun..

i hate to live when there's a bright,
no need to hold each other,
when everybody's got their path,
it just like a big home for two kids.

but, i really love,
when we appreciate the lights,
where we sit close and tight,
and share the night

Tuesday, June 15, 2010

baru smalam..

hari semalam aku melepak ngan member aku...mula2 ngeteh di kedai jamil...x de la tgk bola sgt pon..topik die yang paling best ialah pasal result member aku yg jadi teka-teki...hahaha...kesian gek member aku..cuak gek bila dapat tau kene repeat sem + 3 paper..heh, pengalaman aku masa sem 1 dulu dah cukup bagi aku azab kot..lepas abes ngeteh berturut pulok ke port kedai botok..dari cerita pocong (gampang tul budok ni cerita antu, koi cuak gek, tapi koi buat2 maintain steady, x metal lah kalo takut pocong ye dak?hahahaha) sampai la ke part yg paling buat koi cirit ikan keli smalam iaitu, jeng jeng jeng, benok 3... (part ini bukan utk difahami)

persoalan di sini..ialah best..best tu buat aku happy..happy tu buat aku bahagia..untuk 4 jam aku lupa lumut2 yang melekat kat otak aku..well, topik kali ini sebenanya aku nak dedicate kat member2 gua x kira la di mana2 sahaja..di temerloh,maktab,sekolah2 dulu,member2 kebetulan jumpe yang berada di tumpat, gua musang, kinabalu, miri, kerowok, tambulang, wa nak ucap selamat hari jadi..eh, tenkiu!!!

Wednesday, June 9, 2010

thanx TC!

entah kenapa..hari itu,
aku cemburukan laut,
tidak kutembus rahsianya,
melainkan ku jejak dasarnya.

entah kenapa..hari itu,
aku cemburu pada seekor burung helang,
kulihat kepak kecilnya gagah,
pengalamannya langsung antara benua.

entah,kenapa..hari itu,
aku cemburu pada seorang pelukis,
yang bisa mencoret tatapan matanya,
ke atas sebuah kanvas.

lain pula hari ini,
aku cemburu pada seorang gadis,
yang baru rasanya kutatap seminit tadi,
atas alasan rindu.

Friday, May 28, 2010

cerita sakit...ikut otak aku..

maybe tajuk ni ade lebih kurang ngan sorang member aku...tapi x pe, aku cuba gunakan pendekatan yang berlainan..hahaha...

sorang member aku sakit (sama plak ngan citer member aku)...hahaha...pastu kami bawak la member aku tu gi spital...smpai sana ada la sorang apek (pegawai perubatan) tu..dia tanye member aku yang sakit tu, sakit apa...tu aku leh terima...tapi bila paksa bukak mata, paksa bangun sindri dari bangun kete, rasa aku nak bagi sebijik kat mata apek tu plak...nasib baik x de spike dalam poket aku...hahaha

pastu, sorang member aku ni gi la teman member aku yang sakit ni..n aku x tau sgt ape yg jadi kat dlm tu, sebab aku ngan member aku yang sorang lagi tengah cari port nak isap rokok...hehehe...tapi, balik je dari ngepam, aku tgk member aku tgh dok atas kerusi roda tu lagi.. sekali x sampai giliran lagi daa...nak kata angin, angin gak, tapi memandangkan ilmu anatomi aku x cukup sifat tambah badan aku yang cekeding, aku biar je laa...harap2 x de ape yang berlaku..tambah pulak, sakit dada member aku tu bukannya serangan jantung...

then, jeng jeng jeng....sorang brader a.k.a brader baju hijau dtg kat tempat kitorang mlepak ni ha..die pon pelik apsal x masuk2 lagi...maka, dengan selambanya, brader tersebut menerjah ke pintu pak doktor sambil berkata "x kan nak tunggu smpai mati kot?" dengan suara seakan-akan tom araiya vokalis slayer (marah la maksudnya tu)!...lepas tu, macam ada karpet merah terbang dengan sendirinya menjemput member aku yang sedang kronik tu...pergh, gila otai brader hijau tersebut..aku ngan member aku lepas tu dengan segan-segan muka budak-budak comel kene buli pergi la ucap ribuan terima kasih kat brader tadi..aku tengok dia dah mcm IPMAN dah...menjaga kepentingan rakyat setempat..cuma dia x tau tumbuk 12 kali laju2 je...tembak bertalu2 mungkin dia tau...

berbalik pulak kejadian kat spital tadi, lepas member aku kluar, kene enjet semua, aku tgk brader hijau tadi x masuk2 lagi...dah la anak kecik dia yang sakit, sat lagi aku tengok ada la apek ditemani amoi yang kebal sejuk masuk ke bilik doktor,...padahal baru sampai kot...tengok pulak luka beliau mcm kene hiris lalang je dah...gila aku cakap...x sistematik langsung...kesian pulak aku tgk brader hijau tadi...tapi nak buat camne..naseb baek la dia cool je..kalo x selatan thai le spital tersebut...

....................................................................................................................................................................

pukul 6 pagi, aku masih terjaga...layan fb smpai ke pagi..(ngan citer sket2) hahaha...aku nak gi berak jap, aku tgk member aku yang sakit tadi dah bangun nak pegi surau...bukan ckp dia dah sihat mehat, tapi aku nampak mata beliau merah, dengan jalan teresot2..lemah gila..still pegi surau..dan x silap aku dia yang azan aku rasa..terasa jauh je aku ngan dia (kat sini aku rasa korang tau "kuat x kuat beliau!"..ape2 hal pon aku harap beliau trus sukses...


p/s- for member2 kat seremban..scene ari ni ngan scene dlu (acap) tunjuk kat aku yang budak2 kat soromban ni mmg cekap, x reti penting diri sendiri la!..walau aku x reti nak tunjuk aku kagum kat korang n x tau ape nak tolong korang, aku nak lu orang tau gua respek sama lu orang!

Thursday, May 27, 2010

aku x de idea...nak tulis..nanti sambung kat umah la...hahaha

Friday, May 14, 2010

kucar lana

jam pasir,
jam digital,
jam tangan,
jam dalam handphone,
jam kat menara teluk intan,

kalau masanya pkul 8.30 mlm...x semestinya semua jam 8.30 mlm...

tapi sekurang-kurangnya kita tahu hari sudah "malam"....

bila pagi esok, bangun kucar lana, satu hapah tak siap lagi...aku mengadu kepada-NYA...apa yang aku lakukan semalam? waktu tu aku memohon untuk balik semula ke semalam...

tapi, apabila semalam aku lalui dengan gembira..aku lupa berterima kasih kepada-NYA hari ni..

-aku memang teruk-

Thursday, May 6, 2010

adoi...

2 minggu lagi nak pekse dah..mlm ni azam esok nak study gila bapak...

esok pon bangun lambat lagi..terkejar sana sini, nak makan lagi, apa semua, nak mandi lagi, nak itu, nak ini,

lepas makan...sampailah pukul 4.30....

alamak!!! spongebob dah nak mula, kene pegi bilik T.V dulu..adoyai...

pukul 5.30 datang...(pikir dulu, nak main bola ke nak lepak baca conan takim or nak layan gitar jap?)

pukul 7.45 baru nak mandi...

abes pukul 8 nak pegi makan....masak dlu, x pon makan luar...kata nak jimat..haha cinabeng tul, ikut aku la..rajin aku masak, mls gua makan luar..

abes makan, lepak2 jap, ade movie best pulak dah!!!pengaruh member aku yg dok Raub tgk citer Korea...(jap lagi kene study ni, aku rase mata aku lambat lagi nak tutup nih!aku tgk member aku sorang mamat dari Kedah rilek je, misti sama ngan aku nak study malam buta nih!)

Dengan berbekalkan motivasi belajar malam2 baru masyuk, pukul 1.30 start bukak buku, dengan air milo yang aku pow dari member aku yg dtg dari melaka...woo, ini rupanya teori kewujudan negara.....1, teori kudus atau ketuhanan..pastu.............................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................................




sedar2 dah pukul 2 tengahari dah...adoyai!!!!lapar pulak ni, pegi mandi, makan dulu...HAHAHAHAHA!!!!

Saturday, April 17, 2010

JUJUR?

jujur...suatu perkataan yang ada maknanya. Tak semua orang tahu definisi sebenar jujur mengikut kamus dewan atau apa sahaja definisi dari tokoh-tokoh terkenal namun itu adalah pada teorinya. Secara praktikalnya, semua orang tahu apa itu jujur. Ketidakjujuran pula adalah sifat yang bertentangan dengan jujur. Aku pasti setiap masyarakat di dunia ini mengangkat jujur sebagai satu nilai-nilai yang baik dalam dunia ini. Mengapa ramai kalangan kita masih tidak jujur? Satu contoh yang baik untuk aku katakan ialah ramai antara kita menganggap sifat jujur itu satu kebodohan. "Terlalu jujur, kau akan dipijak nanti". Biasa kan kita dengar orang cakap macam ni. Kenapa pulak kita akan dipijak kerana sentiasa jujur? Sebab adanya orang yang tidak jujur. Sebab ada org x jujur, maka orang yang jujur akan dipijak. Nak-nak pulak dalam hidup zaman kita ni, ramai yang tidak jujur sanggup buat apa sahaja demi wang. Hidup mewah, dijulang orang, diangkat tinggi, kawin dengan super babe, kete terbang, semua laa....Dah tu, yang sentiasa jujur akan maintain slow je. Ya, memang pembalasan baik itu akan dapat kepada orang yang jujur di atas sifat kesabarannya. Tetapi jika tidak? mampuke semua orang bersabar jika dia dipijak? Bila aku tgk orang yang hilang sabar aku terbayang masa gilanya Marty Friedman tengah menggila dengan solo dia...hahahahaha. Yang aku cakap ni adalah berkaitan dengan tidak jujur yang negatif. Dalam kejujuran yang negatif ini bagi aku adanya unsur-unsur mementingkan diri sendiri.

Ada pulak ke yang tidak jujur positif?. Pada pandangan aku ada. maksud aku ialah ketidak jujuran yang membawa ke arah kebaikan. Contoh, "ko x sehat je Jep?" "x de la, aku ok je." Padahal budak ni punya la sakit. Atas sebab dia x mahu menyusahkan member dia atau tidak mahu member beliau susah hati, dia tidak menjawab pertanyaan tadi dengan jujurnya. Tak pon, bila ayah aku tanye "ade duit ke x?" Aku pun jawab ade je, padahal x de...hehehe (nak gak letak contoh tu...hehehehe) Kebaikan kan? So, kebaikan tu biasanya positif. Tapi, kesudahannya, akan membawa keburukan jika orang yang ditipu tadi mengetahui perkara sebenarnya.

p/s : aku mengharapkan aku boleh menjadi sejujur-jujurnya.

kejujuran Marty Friedman dalam solo membuatkan aku mengagumi beliau (nada jujur+dengki..hehehehe)

Wednesday, April 14, 2010

minta maaf....

I'm sorry...
I just hope that I can hide my eyes...
Seeing you wasn't hurt..sometimes...
I can't stop blaming the time, situation, place...
we met, but doesn't talk...
i could see you, you too right?..
In a time between a piece of glass..

If you know me,
I bet you won't hurt me anymore,
As you know that i won't hurt you..
And yes..I didn't mean that..

I just want to look at you like a rainbow...
Yes , i do...

Friday, April 9, 2010

nak rambut pendek mane lagi?

adoyai...masuk HEP kene tegor rambut panjang..
nak pendek mane lagi? koi bukan askor...hahahaa

Saturday, March 27, 2010

peace hour? who kill the peace?

1)peace ke? utk satu jam...ya, mungkin mende ni ada kesannya..untuk sejam kita akan menjimatkan berjuta-juta voltan elektrik, mungkin juga merendahkan suhu utk malam ini...dan malam ini kita akan merasakan suhu turun 2 darjah celcius...esoknya, golongan "tinggi" akan naikkan 6 darjah pulak...dah, ape kebendenya?utk positifnya, tindakan ini mungkin akan menyedarkan beberapa org...ya, mungkin ya, mungkin tidak, mungkin sejam atau dua jam, sama macam aku lepas blajar ESD....lepas tu esoknya, aku tgk balik org buat bangunan tinggi2, untuk "mereka"...dan orang macam "aku" mungkin x berpeluang hadir ke majlis perasmiannya..bukanlah di sini aku menentang pembangunan...tetapi teknologi,pembangunan ekonomi, mengubah aku dan kawanku terpisah...menjadi musuh selepas masing2 tamak dalam syer dan saham syarikat, selepas masing2 berusaha...kalau dulu org membangun bersama-sama, skang kalo aku jumpe duit pon aku makan sorang je...apa pendapat korang?

Saturday, March 20, 2010

Friday, March 19, 2010

-

kadang2 aku nasihat orang pandai...tapi aku pon tak buat...korang pernah terpikir tak apa yang aku pernah pikirkan macam ni?

1)aku bukan x nak nasihat orang, tapi aku pun 2 kali lima je...
2)aku nak nasihat orang tapi takut disalah anggap tunjuk baik..(niat ikhlas laa..)
3)aku mmg malas nak nasihat orang sebab aku x suka jaga tepi kain orang...

contoh paling best bile time assement laa...kepada orang yg menasihat dengan ikhlas dan berani melakukannya aku salute korang!

Thursday, March 4, 2010

pagi yang malas

Ini pagi yang malas,
matahari suram,
mata lelap dan kelam,
biar bertapa sampai malam.

Tak lagi ku ingat,
hidup dan impianku,
setelah keringat tersejat,
impian baru mekar lagi.

subuh ku terjaga,
kerut dahi nipisku,
ku terlupa lagi hidup semalam,
dan, "impian", seperti biasanya.

pelupa,
5 mac 2010, 12.51 a.m

Wednesday, March 3, 2010

ko x menghargai

kau dapat ape bende yang aku nak...
ape bende yang aku nak sangat..
masalahnya kau x hargai apa yang kau dah dapat..
Aku yang tengah berperang ape ke bende yang kau tau lahabau!?

Memang, aku gila ke bende tu,
dah apa masalah kau?
duduk bawah payung yang sama,
kau tolak aku keluar, biar aku basah..
bastard kau!

Ko ingat mende ni kelakar ke ha, sial?

Monday, March 1, 2010

bla...bla...bla...

smalam...aku borak ngan sorang member aku...borak kosong dan macam2 perkara kitorang borak.
Ade satu topik yang aku suka bila die cakap hidup ini penuh dengan membuat keputusan.Ye kan? Kita nak menyahtinja pon kene pikir dua tiga kali,nak berak skarang ke bila kan? Dan dia cakap jugak kat aku, dia nampak bahawa buat keputusan merupakan satu perkara yang indah dalam hidup dan bagi aku membuat keputusan itu berlaku bila berlakunya masalah atau konflik, tak kiralah dari sekecil-kecil masalah sampai ke besar bulan.

Jadi, kat sini dia beritahu aku, di dalam satu konflik yang sama antara dua orang individu, x semestinya jalan penyelesaian itu sama dan kita hormati perkara itu kerana pilihan terletak di tangan masing-masing.Dalam perkara ni aku terfikir, sesetengah orang mengatakan bahawa keputusan kadangkala dipengaruhi. Memang betul, ia memang dipengaruhi sama ada oleh orang lain ataupun situasi ataupun benda2 lain.Namun, apa yang aku bayangkan ialah, walaupun ia dipengaruhi, tapi siapa yang melaksanakan adalah kita.Perjuangan hidup adalah untuk kita kerana yang mengembara dalam dunia ni kita seorang, cuma di dalam "berkumpulan".Kumpulan ini hanya untuk sokongan kita dan dalam masa yang sama kita pon memberi sokongan kepada dia.

Jadi, walaupun ia dipengaruhi, yang melaksanakan adalah kita dan sekali kita melakukan tindakan tersebut, kita sudah bertanggungjawab ke atas setiap risiko yang kita akan ambil. Di sini, kepuasan dari tindakan kita akan dirasai oleh kita sama ada ia berjaya memuaskan hati atau tidak.

Dalam setiap kejayaan, tidak semestinya label kejayaan itu sama antara individu dengan individu lain. Label kejayaan bagi aku ialah apa yang kita puas dengannya. Sebagai contoh, aku dapat rembat kete honda sebijik, dan aku puas dengan perkara itu, dan orang lain mungkin tidak berpuas hati dengan sebijkik honda dan mungkin nak ferrari. Di sini, maksud kejayaan itu dah berbeza.

Apa yang bermain dalam otak kecik (kepala aku kecik) aku ni ialah dalam hidup ni, kita akan puas apabila kita puas seandainya kita tidak dikuasai oleh perasaan cemburu yang tidak bertempat, akan tetapi ingat, jikalau x de perasaan cemburu, kita tidak akan maju jugak, jadi, fkirlah setakat mana kepuasan yang kita mau, Jangan level dia terlampau rendah atau terlampau tinggi. (Sori, aku pening + ngantuk sket time tulis ni, kalo ade mase dan aku ingat aku akan tambah lagi)

Tuesday, February 23, 2010

sumpah

Apa ada dengan sumpah jika ku setia padamu?
Jika sumpahku hanya untuk hari ini?

Saturday, February 20, 2010

The Past King

I feel living in the past of two hundred years ago,
Well, that man owe my respect,
I gave him so I lose mine,
Now I live in a world created by him.

It's an unfair thing that I could tell when I lose my power,
No, I'm not losing it, just can't use it,
As I try telling to my people, "we're dead!"
I wish I can help.

The propaganda he made, a mistaken, (well we know),
Bravo! we just shut up our mouth.
Keep it up, It is good for him,
A torture is better than kill.

Yeah, we live in a freedom world,
A freedom when he cut my leg and hand!
Bowing everyday for his order,
But, the fight are there inside.

One day, shall we untie this together?
Not just you and me, all of "us",
And write him to our true history,
that he was the past king!

live in our way, 1.53 a.m

Friday, February 12, 2010

dreaming how he die!

(pedulikkan tatabahasa!) hahaha
A prison dragged from his bed...
entwined with a fiery chain,
brought there by black old man,
crawled over prickly floor.

The guard cannot compromise him,
from slaughtering his head,
without any reason,
world blame him, no it wasn't!

Blood spread around his neck,
he cannot run~that's for sure,
spreading out his trachea,
found himself no eyes.

Brother, please wake up him,
from a frightening nightmare,
i see him can't breath,
from a dream of how he die!

Wednesday, February 10, 2010

melodi

dari not c,d,e,f,g,a,b balik semula ke c ada 7
dari zaman dulu, berpuluh juta lagu tercipta..

beras dari padi yang sama,
nasi goreng, nasi minyak rasa berbeza, bergantung pada rencahnya.

otak itu isinya sama,
penggunaannya membezakan keputusan.

manusia dilihat dari fikiran,
tak dikeluarkan, sapa yang mampu melihat dengan mata kasar?

Batang pancing, umpan dibeli bersama,
ikan kau lebih besar kenapa?

Kita diberi peluang untuk menjawab peperiksaan yang sudah ada jawapan,
Tapi kita masih meniru orang sebelah yang terlupa jawapannya.

Monday, February 8, 2010

lelaki berambut putih

ku lihat lelaki separuh abad itu,
lusuh mukanya,
kumisnya tidak lagi disentuh,
rambut gugur,
urat mukanya menampakkan ketuaannya.

Dia insan gagah,
bukan tubuh tapi akalnya,
Membayangkan modenisasi bukannya pada lahiriah,
yang diguna oleh si pemakai tali penjerut leher.

Dia yang menyatakan kepadaku,
bahawa keaslian itu mati dipijak peniruan,
Kita mengikut dari apa yang kita cipta,
Dari omong kosong pentauliahan yang bersyarat.

Jujur itu tiada lagi,
Yang dicari bukti tak bererti,
Celik mata pun dianggap tidur,
kalau bisa lidah mengatur .

Selasa, 2/9/2010
12.56 pagi

Monday, January 25, 2010

angry again

kependaman kemarahan aku mcm air yang disejat...x turun sikit2 sebab nanti ujan rintik2..aku lagi suka bagi lebat biar banjir trus..x pon ilang trus tempat tu...masalahnya, aku x suka awan tu makin berat...sakit woo...

Saturday, January 23, 2010

=

u want it and i give u..
wat i want, u said u can't,
i'll set in my mind ur name,
did u?

u didn't care us when we cry..
when i just gave u full of respect,
I'm not ruin ur life...
but then, shall i'll give u a name from a word?
"TAMAK!"

Friday, January 15, 2010

taun ni 2010

bese la kan...rambut sama itam lain-lain hentam...
aku ade cakap satu lukisan tu semat gile..budak ni cakap macam bangang je...yang die cakap semat aku cakap skema sangat...betul jugak, kalo semua orang kat dunia ni selera makan nasi, kaya la taukeh beras...hahahaha!!!
(contoh ilustrasi)

lu apehal?

gua buat keje gua, lu dudok diam2....

gua buat homework gua, tp lu cakap gua x buat..

I did it man, but it doesn't work!

Rambut sama hitam lain-lain hentam..

gua x cakap lu sombong, tapi gua yang penakut...

gua x cakap lu serius, tapi gua yang kalut...

gua mencarut lu cakap gua kurang sopan? kalau gua kutuk lu guna bahasa baku pon lu cakap gua sopan ke?