Monday, March 1, 2010

bla...bla...bla...

smalam...aku borak ngan sorang member aku...borak kosong dan macam2 perkara kitorang borak.
Ade satu topik yang aku suka bila die cakap hidup ini penuh dengan membuat keputusan.Ye kan? Kita nak menyahtinja pon kene pikir dua tiga kali,nak berak skarang ke bila kan? Dan dia cakap jugak kat aku, dia nampak bahawa buat keputusan merupakan satu perkara yang indah dalam hidup dan bagi aku membuat keputusan itu berlaku bila berlakunya masalah atau konflik, tak kiralah dari sekecil-kecil masalah sampai ke besar bulan.

Jadi, kat sini dia beritahu aku, di dalam satu konflik yang sama antara dua orang individu, x semestinya jalan penyelesaian itu sama dan kita hormati perkara itu kerana pilihan terletak di tangan masing-masing.Dalam perkara ni aku terfikir, sesetengah orang mengatakan bahawa keputusan kadangkala dipengaruhi. Memang betul, ia memang dipengaruhi sama ada oleh orang lain ataupun situasi ataupun benda2 lain.Namun, apa yang aku bayangkan ialah, walaupun ia dipengaruhi, tapi siapa yang melaksanakan adalah kita.Perjuangan hidup adalah untuk kita kerana yang mengembara dalam dunia ni kita seorang, cuma di dalam "berkumpulan".Kumpulan ini hanya untuk sokongan kita dan dalam masa yang sama kita pon memberi sokongan kepada dia.

Jadi, walaupun ia dipengaruhi, yang melaksanakan adalah kita dan sekali kita melakukan tindakan tersebut, kita sudah bertanggungjawab ke atas setiap risiko yang kita akan ambil. Di sini, kepuasan dari tindakan kita akan dirasai oleh kita sama ada ia berjaya memuaskan hati atau tidak.

Dalam setiap kejayaan, tidak semestinya label kejayaan itu sama antara individu dengan individu lain. Label kejayaan bagi aku ialah apa yang kita puas dengannya. Sebagai contoh, aku dapat rembat kete honda sebijik, dan aku puas dengan perkara itu, dan orang lain mungkin tidak berpuas hati dengan sebijkik honda dan mungkin nak ferrari. Di sini, maksud kejayaan itu dah berbeza.

Apa yang bermain dalam otak kecik (kepala aku kecik) aku ni ialah dalam hidup ni, kita akan puas apabila kita puas seandainya kita tidak dikuasai oleh perasaan cemburu yang tidak bertempat, akan tetapi ingat, jikalau x de perasaan cemburu, kita tidak akan maju jugak, jadi, fkirlah setakat mana kepuasan yang kita mau, Jangan level dia terlampau rendah atau terlampau tinggi. (Sori, aku pening + ngantuk sket time tulis ni, kalo ade mase dan aku ingat aku akan tambah lagi)

7 comments:

  1. klu ak dpt bsikl carbon, group set ultegra, ngn rim dura ace pun dah puas hati...hahahahaha....hujan dan...
    tp gua respek sm anep ngan wak...lu ble lagi...huhuhuhu...

    ReplyDelete
  2. aku? terus terang aku lebih sukakan bermain dalam band...and kalau nak main sorang2 aku lebih sukakan suasana yang x formal macam busking. aku suka kalau dapat perform lagu Cuai-Butterfingers.. \m/

    ReplyDelete
  3. aku nak tau,,,ngan sape ko borak tu. sunnguh berilmiah topiknya!

    ReplyDelete
  4. aku bukan tanya ape nama blog ko (ntah),,, aku tnya ngan saper ko sembang tu

    ReplyDelete
  5. erm,kadang kadang hidop ini memang penuh dgan dugaan...
    jadi disebabkan dugaan jugak kita akan cuba mencari konklusi...
    oleh itu seblum menghuraikan sesuatu kesimpulan,bialah direnung2kan...
    pikir dulu sbelum buat..

    ReplyDelete
  6. nyong:ala, budak tu x kasi tau...hehe..sori..

    al-iblissy: yup...kadang2 cara gua x sama ngan cara lu... :)

    ReplyDelete