Sabtu 27 November 2010, 4 petang-8.30 malam- Pekan DUTA (terima kasih abah, mak sebab kejut dan hantar ke stesen bas)
"BUY NOTHING DAY"
MAKAN, love letter, illegal advice, lukis potret sambil tutup mata, penerangan mengenai GUTAI (seni pelik melibatkan pergerakan tubuh salsa dance, menari pelik orang perancis, confession, sajak pelik berbau lucah oleh sorang mamat inggeris (err, tergelak kecil), pergi ke tandas
tengok-tengok lukisan lawa, melihat mini gig, melihat anak dara mahupun bukan yang lawa.
1)Aku tak mahu cakap mengenai aktiviti yang sepanjang aku berada di majlis tersebut, tapi apa yang aku dapat. Mengenai apa yang seharusnya kita terikat dan apa yang seharusnya kita bebas. Dalam satu slot "illegal advice" sorang member aku cakap kat akak tu yang dia ni nak buat satu perkara yang ingin dia buat, tapi dia tak dapat buat sekarang sebab dia masih lagi terikat dengan kontrak pembelajaran. Perlu ke dia blah sekarang? Apa yang dijawab akak
tu mengenai cadangannya kepada member aku ni sama dengan apa yang aku fikirkan malah sama dengan apa yang difikirkan oleh dua orang lagi teman aku. Tak berbaloi untuk tinggalkan sekarang. Ya, timbul persoalan dalam otak aku ni iaitu kebebasan dalam hidup kita. Bagi aku kita memang "terikat" dalam hidup kita sebab kita dipilih untuk menjalankan tanggungjawab oleh-NYA dan dalam masa yang sama aku merelakan ikatan itu kerana hanya dengan
merasa terikat dengannya, kita akan merasakan kebebasan yang sebenar-benarnya. Hati kau akan lapang. Percayalah cakap aku. Masalah sebenarnya (menurut pendapat aku yang hina ni) kita banyak terikat dengan sistem yang dicipta oleh makhluk yang setaraf dengan kita dan bukan dari-NYA. Apa yang kita takut sebenarnya? Dan kita sememangnya terpaksa. Bagi aku, hanya orang yang betul-betul kuat gagah berani baru boleh lepas dari belenggu ini. Tiada
duit, kita perlukan duit untuk keluarga, hidup, kita perlukan pasangan untuk kita lempiaskan nafsu yang sememangnya ada dalam setiap dari kita. Teman aku selalu menasihati aku hidup kita ini perlukan bingkai. Bingkai ni yang akan menyekat kita dari segala keburukan. Macam lukisan. Sebesar mana lukisan kita, kita perlukan bingkai untuk menjaga lukisan itu supaya tak terlebih, tak pula berkurang. Cukup lengkap. dan aku suka nasihatnya itu. Tetapi kadang
aku merasakan hidup aku ni sememangnya tak berbingkai, tapi tersekat dengan kain kanvas yang diberi oleh orang lain yang koyak, kerusut atau dah pun berlumpur, kotor dengan sambal. Aku banyak tersekat dengan persekitaran aku sendiri. Aku bukan ingin menyalahkan sistem manusia yang ada, sebab kalau aku diberi peluang untuk mencipta sesuatu sistem mengikut corak aku, aku sendiri tak pasti mampu ke aku cipta dunia yang aku nak. None of us are perfect kecuali keistimewaan yang diberi kepada yang dipilih-NYA. Sebab tulah adanya pahala dan dosa. Itu hukum yang perlu kita fahami. Tapi, untuk sistem yang kita sendiri cipta, kita perlukan pembaharuan, untuk hidup kita. Kita berhak untuk mendapatkan kebebasan, bergerak secara kreatif, lakukan apa yang kita mahukan, berhak mendapatkan kertas yang baik untuk kita lukiskan apa-apa yang kita mahu dan ikatan antara Maha Pencipta itulah bingkai kita dan bukannya lukisan orang lain. Berkongsilah berus-berus cat, idea, warna-warna kita untuk lukisan kita dan suatu hari aku pasti kesemua lukisan kita akan tersenyum.
2)Aku bukanlah ahli seni atau seorang seniman, pejuang seni atau sebagainya. Seandainya aku melukis satu titik hitam pun, orang ramai akan bertanya kembali, "betul ke kau lukis titik hitam"?. Untuk sesetengah bidang seni, aku memang minat tapi biasa-biasa aja. Aku tak menyalahan bakat yang aku tak ada. Tetapi sejak kebelakangan ni, aku mula belajar satu perkara yaitu belajar terima hakikat kejadian mereka yang lain. Aku mula cuba untuk
menghargai apa yang orang lain buat melainkan mereka buat-buat. Namun, aku sememangnya tak pandai menilai sesuatu perkara itu sebenarnya. Aku belajar sedikit sebanyak dari orang yang berada disekeliling aku, buatlah apa yang kau nak, tapi ingatlah mana yang kau patut
berhenti. Mungkin, sebab setiap perkara ada perhentiannya, ada tempat persemadiannya, melainkan kehidupan selepas kehidupan dan Maha Pencipta. Setiap perkara kat dunia ni menarik kalau kita minat. Dan ia tak akan jadi menarik bagi yang tak minat melainkan
bagi mereka yang telah "tertarik" dan bukannya "dipaksa tarik". Menghargai setiap dari kita bagi aku sangat indah dan setiap perkara yang kita kongsi itu menjadikan dua perkataan yang mempunyai sifat bersatu padu iaitu "kita" dan "kami".
Nota Tambahan:
satu) terima kasih kepada member aku yang ajak aku dan tempat penginapan malam tu.
dua) terima kasih kepada member yang ikut aku.
tiga)terima kasih kepada member aku yang jemput dan antar aku
empat) ada part 2 pulak.-aktiviti seterusnya.
Puisi terakhir
4 years ago
entah..
ReplyDeletehehehe..
bagi aku..sume benda ada hikmah..ada positif..ada negatif..
cuma mana y bnyk, mana y skik..
n
y pntg..
mn y kita pilih..hehehe...
cri mn y berbaloi...
hehehe...betul bos! :)
ReplyDelete