hari ni 1 disember tahun 2011 masihi..
aku berumur 21 tahun pukul 12 malam tadi...
pagi2 lagi aku terdengar bunyi mesej, lantaran aku biarkan sahaja, (mungkin ni ucapan selamat hari lahir dr kawan2 aku)...jadi aku biarkan sahaja...
then, bunyi telepon pulak, aku rasa ini dah lain macam...x de hal orang tiba2 nak wish birthday aku sampai talipon lebih2 lagi aku bukannya ada kekasih...
"Bear Cokey", tu nama yang tertera kat skrin, aku angkat..."ah cai, ayoh jeff meninggal pagi tadi"
"haa??" aku dalam keadaan masih pana (blur), dapat pulak berita mcm ni..aku trus ke bilik mak aku, aku cakap kat mak aku apa yang dah terjadi..patutnya aku pergi rumah wan aku, tapi mak aku cakap delay je laa...petang boleh pergi..so, aku siap2, mandi dan pergi ke rumah member aku ni dengan sorang member aku..member2 aku yang lain dah ada kat sana...
selepas selesai pengebumian arwah ayah member aku ni, satu lagi hal yang berlaku..mak dia pulak menyusul mengikut arwah ayahnya....hilang mak dan ayah bukan perkara kecik bagi aku..
aku x tau apa perasaan diorang, memang sedih, tapi tahap kesedihan itu x sama dengan kita yang hanya memerhati walaupun kita berkongsi perasaan sama-sama itu..berbaur-baur mungkin, bercampur aduk, hitam, putih....mainan hidup..
aku sendiri tak pasti aku ini anak yang mcm mana...kadang2 aku rasa ego remaja aku ni x abes2 lagi...aku sendiri rasa segan nak cakap "i luv u, mak, abah"...aku ambil jalan mudah, aku tunjuk dengan perlakuan walaupun bukan secara terang-terangan...
untuk member aku, walaupun aku taklah rapat dengan dia..aku rasa baru sekali dua aku melepak dengan dia...tapi aku tahu hati dia baik, dan aku sangat pasti, tak ada ragu-ragu...mungkin betul orang selalu cakap, orang yang baik ni selalu dapat dugaan...untuk dia, ucapan takziah aku ucapkan..
p/s: terima kasih kepada yang ingat akan hari jadi aku...doakan aku jadi orang yang baik2...tapi aku harap aku dijauhkan dari dugaan yang aku x bisa lalu...
Puisi terakhir
4 years ago
innalillah
ReplyDeleteserentak pulak tu
semoga roh mereka ditempatkan dlm golongan org beriman :)
al-fatihah~ semoga member ang lbh tabah..kita xtaw pon bla ajal tu dtg menjemput..
ReplyDeleteanyway, happy birthday M. Faizuddin...may Allah bless u..
semua ad hikmahnya..amin..
ReplyDelete