aku bangun tengah hari,
awal dari biasa,
selepas semalam bersama dosa,
tak perlu lah kau tahu..
tilam usang dan selimut koyak kutinggalkan,
air sejuk dan sabun wangi yang masih berbaki sedikit,
aku guna...tengah hari itu..
sudah suci kah aku?
aku pasang angan-angan lagi,
langit cantik hari ini,
burung pun banyak,
matahari pun berdedikasi,
aku tahu sedikit masa lagi,
malam akan datang,
selepas senja melepasi petang,
aku mahu hari ini aku menang..
Puisi terakhir
4 years ago
No comments:
Post a Comment