Wednesday, September 1, 2010

desain....sapa perekanya?

pemberontak,
batu api,
soal ekonomi,
soal peribumi..

halau menghalau,
sini maki, sana hamun,
sana gertak, sini tunggu nak sepak,
sini bertempik, sana herdik.

yang di sini keluar isu,
yang ini melenting,
yang di sini cakap sikit,
yang ini bising..

cakap tak pernah sudah,
konon semua orang penting,
ambik batu,
hantuk ke dinding,

dah rasa pening,
sakit gering,
baru rasa miskin,
baru nak kenal hening.

ekonomi jadi batu api,
dulu, kini, sampai esok,
sampai malam, bawak ke pagi,
dari pagi bawak ke malam.

atok nenek ajar hidup sederhana,
trend itu buta, bawak celaka,
tak salah hidup kaya,
kalau tak cakap soal kasta.

3 comments:

  1. selamat hari merdeka....x habis psl isu negara...indon pulak kan? aduyai...betul la akhir zaman...

    ReplyDelete