tadi aku lihat ramai orang,
sesak...
aku berlari ke arah keretapi,
nah, aku mencari sepi..
perlahan keretapi itu pergi,
seolah-olah tak memberi aku pergi..
apa mulut ini terkunci?
tak mahu aku bertanya lagi..
kah kah kah,
dekah Tok Aki,
katanya tak perlu lagi aku pergi,
ini bukan masanya untuk kau mati..
"pergilah kau nak"
"perjalanan ini bukan untukmu"
"hidup kau di luar sana"
"aku ini sudah menjadi sisa-sisa"
"aku tahu kau takut"
"aku tahu kau begitu"
"sungguh aku faham sikapmu"
"aku dulu pun begitu"
kata orang tua itu ada erti,
separuh jasad aku masih di sana,
cuma aku masih perlu sesuatu,
belajar....
Puisi terakhir
4 years ago
No comments:
Post a Comment