Minta maaf...aku bukan manusia yang menentang teknologi, bahkan aku juga teringin untuk kaya.
Aku tak banyak tahu tentang teknologi terkini, trend-trend, tapi aku juga tahu teknologi itu banyak sumbangannya kepada manusia..Teknologi mengikut Heinich, Molenda & Russel (1993), teknologi bukan semata-mata peralatan mesin sahaja tetapi merangkumi idea dan proses. Empangan, kereta, bangunan, laptop, pc, kamera, bla2...mungkin ini teknologi. Tapi bisakah kita mengenali keperluan teknologi, yang mana keperluan dan mana trend? Yang mana akan tersepit, yang mana akan gah dengan kononnya aku miliki segala-galanya.
Beribu-ribu model handphone dikeluarkan hari-hari dengan fungsinya diubah sedikit, teksnya lebih menarik, tambahan pada keypadnya yang lebih selesa..Gembira tak kita tengok budak2 sekolah berlumba-lumba untuk memiliki handphone yang baru dengan mencuri duit bapaknya?
Trend itu lahir tanpa melihat bapaknya yang sudah tak tertanggung mengejar kelincahan anaknya. Sudah, aku tak nak hurai pasal ini banyak-banyak, aku tak tahu sangat pasal teknologi terkini.
Sokonglah teknologi itu seadanya. Teknologi itu perlu, memang sangat perlu. Namun pada yang perlu, ia sudah cukup untuk kita. Aku pun selalu lemas dengan barang-barang baru yang aku tak tau sama ada memang untuk menolong manusia ataupun "menolong" manusia.
Sekali lagi aku tulis, aku bukan penentang teknologi, kecanggihan, aku juga mahu hidup senang. Malah aku teringat suatu ketika dahulu, aku ada membaca satu cerita, Nabi meminta sahabat pergi ke China untuk belajar membuat mercun, kertas, dan ada lagi, aku x ingat.maafkan aku. Kita disuruh untuk maju untuk kepentingan sesama kita. Aku sokong yang ini. tapi kalau dengan sesetengah cara, aku memilih untuk biasa-biasa sahaja. Bukan untuk berlumba.
Terlalu banyak yang aku tak tahu. Ini dari hati aku sahaja. Kepada yang terlintas di halaman ini, tegur-tegurlah, jangan keras, tetapi kenyal, yakni tidak akan putus walau ditarik, supaya aku ingat selama-lamanya. terima kasih.
Puisi terakhir
4 years ago
sokong!! skrg org berlumba2 nk tunjuk kehebatan dgn adanya gadget2 trkini....
ReplyDeletetp itu suma kehendak, bkn keperluan..
cntohnya: hp cukupla sekadar ada, asal boleh digunakan, boleh menghubungi dan dihubungi da boleh menghantar dan menerima sistem pesanan ringkas...kan itu fungsi utamanya...
kadang2 manusia ni bangga bila ada lebih dr org laen...tgk saja bdk2 sekolah zaman sekarang ni, suma nya mahu yg cnggih, sampaikan snggup mencuri bg merika yg tggl diasrama semata2 mahu memiliki sesuatu yg diinggini..tdk sdrkah mereka, itu suma kehendak nafsu semata2...jgn takut dikatakan kolot, asalkan kta tau kemampuan kita...
bak kata pepatah, ukur baju dibadan sendri...
kpd penulis blog ini, sy sokong idea yg kamu nyatakan diataa..cukup berguna kepada manusia dizaman sekarang...
salam..

terima kasih banyak2...hahahaha...terharu aku...tapi tu la, aku ni setakat sini je laa...aku ni penakut sebanarnya.. :)
ReplyDelete