Tuesday, September 27, 2011

perisa masa kini...satu anekdot tak berstruktur..puih!

waktu hampir terselamat dari kezaliman,
masa dan angin panas,
datang bergoncang,
dari sebelah timur dan barat..

mengkafir dan melaknat...
masing-masing punya sifat,

berterabur heroin dan kokain,
untuk orang miskin..
penuh menguasai data,
katanya ini sampah masyarakat-ahh...lanyak berita..

maka, diberi minuman keras,
untuk pelayan-pelayan pub dan bar..
maka tak disalahkan,
kerana itu tamadun..

lurah tersembul,
tersimpang siur..
terkangkang betina dek nikmat nota-nota kepuk lelaki gendut..
utuh..tersergam,kemudian layu.. belakang hotel-hotel mewah..

maka punya hakikat sang asyik,
maksiat si kaya tak akan jadi apa-apa,
kisah si miskin mencuri untuk makan dijaja-jaja..
nenek menjual dadah diburuk sangka..

bila ditanya-tanya, pada budak sekolah..
diajar pula bercita-cita kepada tanah dan harta..
jembalang si gendut terkentut, terberak menonton cerita..
petani tersadung duri di tanah sendiri..

mungkin tuhan disangkanya pendiam..
kala itu malaikat tenang mencatit..
.....(sunyi) kitab ku,
dan kitab mu tuan (sunyi)..

berlekuk-lekuk bumi tuhan,
menari-nari pemodal dengan curut mahal,
dijemput ke tv...sebarkan propaganda-(yang kononnya motivasi)...
"INILAH KEJAYAAN'-kertas ditabur, dilayang pada kamera..

kebebasan dilabur-labur,
dalam perdagangan bebas,
yang "ikhlas" membantu,
dalam iklan yang disebar depan rumah aku..

entah kenapa,
kita percaya pada situasi ini,
bukan pada mereka?
oh, mereka hanya watak picisan..

negara-negara dan bendera-bendera mula dicipta,
dalam perlumbaan tamadun bangsa,
seperti mana bangganya,
umat-umat itu..-ah, mana kitabku?

bila bersedihnya penyair gundah,
di tepi jalanan..
maka ketawalah si pemakai baju kemeja kemas,
dengan ketul-ketul emas..

Friday, September 23, 2011

tak ada motif...

hari ini gua rileks..
gua tak ada duit sebenarnya..
tapi gua rileks...

air sting perisa stroberi, pringle perisa bbq,
dan john murah..

haisy...

Sunday, September 11, 2011

cerita gua dengan mak gua dedulu..ha ha ha

adoi, angah kena ikut ke? alamak, problem ni... hajat nak melepak kat bawah pokok ujung taman rosak petang ni...getus hati gua...macam mana ni, tak kan nak bejalan ngan abah (sebut aboh) ngan mak (sebut mok)...tak rock la pulak... (sekitar 2005, 2006)

_________________________________________________________________________________________

kah kah kah, hal dulu2, gua tak segan mengaku terasa poyo kuda segan bejalan ngan mak ayah kat soping komplek lebih2 lagi masa nak beli baju sekolah...lagi tak syok kalau ada awek2 baya gua tengah jalan sesama member...itu dulu...sumpah gua tergelak ahaks ahaks sorang-sorang...dah, gua dah siap dah ni...mak gua nak pegi beli tudung, mak gua ajak pegi sekali..abah gua pegi keja..keje opis ni beliau lain sikit waktunya...waktu opis laa...8 jam...hehehe....

"aok dah siap belum? moh la" (mak gua panggil)...
"dah2..moh la..kang tutup kedai..mak beli tudung dah la lama..keh keh keh" gua jawab dengan gurau..
"la, aok ni ngapa pakai baju gambor tengkorok?" mak gua mempersoalkan baju Megadeth gua.
"kata rockers...keh keh keh" gua jawab tak ada gugup..

enjin pun di "start"...

Friday, September 9, 2011

Perkara semalam hanya akan diingat..satucatatan ringkas..

Hari rabu lepas, nenek (saya gelar wan) saya baru pulang menghadap Ilahi. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar tanpa masalah. Sakitnya ialah sakit tua. Jika tak salah saya, tahun ini umurnya sudah 71 tahun. Kini, kedua-dua atuk dan wan belah mak saya telah kembali ke pangkuan Ilahi. Al-Fatihah, semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Begitu juga kita sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara mara kita, orang yang kita sayangi. dan juga umat Islam sama ada kita kenal atau tak kerna Orang Islam itu bersaudara.
Setiap yang "dicipta" itu akan binasa. Itu janji Tuhan yang Maha Esa.

Jadi, sekeluarga kami telah pergi ke rumah pusaka arwah wan dan atuk saya di Temerloh untuk mengemaskini barang-barang di dalamnya untuk memastikan ia masih dijaga dengan baik.Risau dimakan anai-anai dan barang-barang yang lain rosak. Sebelum ini, arwah wan tinggal di rumah saya sehingga beliau pergi menghadap Ilahi. Dalam keadaan itu, terjumpa pelbagai kenangan, gambar-gambar dari album lama keluarga belah ibu saya. Saya dan sepupu masih ingat semasa kecil di rumah pusaka itu tempat kami berkumpul bila kami pulang ramai-ramai ke kampung. Main buaya-buaya, Polis tentri (ada sebut tantri), Lompat Tikus, galah panjang, masak-masak. Permainan ini sebenarnya masih lagi baru, bukan kerna ia berlaku semalam, tapi atas dasar hal masa itu yang cepat. Umur itu akan makin meningkat. Hidup dan mati, itu pasangannya. Cuma yang masih hidup perlu teruskan hidup.

Rumah itu kata saudara saya, sebenarnya pada pikirannya boleh jadi sebagai kenangan dan pedoman, dalam suatu keadaan ia ramai ahlinya, kemudian, semakin hilang ahlinya, dan kemudian akhir sekali akan kosong. Semuanya akan berlaku mengikut peringkat dalam proses yang ditentukan Nya. Seperti peringkat terciptanya roh, masuk ke jasad, alam rahim, kehidupan dan seterusnya. Pernah dahulu kawan saya berkata, dunia seperti tempat kau belajar, di mana ujian kau akan ditanya Munkar dan Nakir, kemudian ganjaran akan diberi dalam bentuk kebahagiaan atau kesengsaraan yang abadi. Tak akan ada ulangan lagi. Setiap perkara hanya sekali. Hidup dan mati hanya sekali.

Kini, masih lagi di sini (kita). Jalani hidup seperti biasa. Itu perlu. Adakala kita selalu lupa. Seperti saya juga. Banyak lalai dari mengingat. Dosa dan pahala pula bukan kerja kita dari segi hitungan. Apa yang lahir itu tak semestinya selari dengan yang batin kerna manusia biasa hanya mampu melihat dengan mata kasar melainkan ALlah dan makhluk yang diberi keistimewannya. Dan hanya zat Nya yang berhak menilai siapakah kita. Dan doa kita adalah syurga. Berharap agar satu hari nanti salam tuhan akan kita terima dengan penuh rahmat kerna itu sebaik-baik perkara. Sama-sama lah kita. Insya-Allah...

Thursday, September 1, 2011