Sunday, January 30, 2011

surat kepada saudara dan saudari di daerah bergolak

kepada saudara-saudari di perantauan,

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada saudara dan saudari yang sedangberada di perantauan yang mungkin sedang bergelumang dengan perasaan ketakutan yang amat hebat. keadaan kecoh berlaku di sana-sana, dan saya harapkan saudara saudari semua sentiasa dilindungi Allah S.W.T. Kami di sini hanya mampu berdoa agar keselamatan kalian sentiasa terjamin dan kami juga akan berdoa agar bantuan akan segera sampai.
Semua yang terjadi pasti ada sebabnya. Dan saya di sini, hanya mampu membaca dan melihat apa yang berlaku melalui tulisan-tulisan di media-media elektronik dan media cetak, serta beberapa gambar dan juga video. Sungguhpun begitu, sudah pasti kalian lebih mengetahui apa yang terjadi di sana dan lebih mengerti. Apalah yang ada pada kami di sini melainkan hanya memerhati dan berharap agar semuanya akan pulih.
Pergolakan itu berlaku akibat daripada sesuatu perbezaan dan mungkin diskriminasi di dalam sesuatu hal dan tidak mungkin ia hanya terjadi daripada satu sikap prejudis lagi, memandangkan hal ini boleh dilihat oleh semua orang. Keadaan semakin zalim dan meruncing, menyebabkan yang tidak bersalah akan menjadi mangsa. Bagi kita yang diberikan akal fikiran, mungkin boleh melihat setiap kezaliman itu akan terjadi kerana apa. Hanya kita kadang-kadang tidak mampu untuk meyuarakannya kerana kita tidak mempunyai kuasa.
Bagi saudara-saudari di sana, saya mengharapkan agar sekembalinya saudara dan saudari ke tanah air, bawalah pengalaman itu untuk ditunjuk ajarkan kepada generasi seterusnya tentang apa yang diperlukan untuk keharmonian yang sebetulnya. Mungkin tiada lagi konsep monopoli, tiada lagi istilah marhaen dan borjouis. Sebetulnya setiap perkara itu telah berlaku di dalam peristiwa-peristiwa yang lepas, cuma ia berlaku pada masa yang berlainan dan pada individu yang berbeza.
Akhir kata, sekali lagi saya mengharapkan saudara-dan saudari tabahkan hati dan mengambil itu sebagai pengalaman untuk diajarkan kepada kami yang tidak mengerti.
sekian terima kasih.
yang benar,
saudaramu

Saturday, January 22, 2011

Untuk Kita

untuk masa dan ketika
"ini"...."itu"..."kau"...aku"..."kita",
satu masa langit itu akan runtuh juga.

suatu ketika aku asyik memikirkan,
masa harmoni yang akan kembali..
dalam satu bilik yang kecil..
bersama dengan barang-barang asing.

memikirkan kita yang tak akan sudah-sudah,
mengapa dibiarkan saja tali terputus itu?
bila aku memikirkan tentang syurga..maka aku tertanya-tanya,
BUKANKAH BAIK SYURGA ITU DIHUNI BERSAMA?



p/s = hidup bukannya lakonan.

Monday, January 17, 2011

senja itu wangi, nikmatilah...

kibas lah kepak-kepak itu,
langit itu masih rumahmu,
aku tahu ia akan suram,
walau aku bersumpah ia tak akan padam!

tunjuklah kuasa kau,
larilah kau bebas,
ke laut lepas,
lupakan tangan celaka kami.

Tuhan,
ajarkan kami,
perihal alam,
sekali lagi.

senja wangi,
kampung belimbing dalam, Melaka,
7.05 petang, 14 januari, 2011

Saturday, January 15, 2011

apa kau nak lagi?

--------------------------------------------------------------------------------------

untuk kau yang hari-hari memaki,
hamun,
rusuh,
bising-bising,

runtuh pejabat,
habis tergendala,sial keadaan akal kau!
dengan surat-surat rasmi kau,
kejadah dengan dokumen rasmi kau?

untuk lima minit yang mengganggu kau,
untuk lima minit kosentrasi yang terganggu,
waktu pagi,
apa kau yakin kau sudah bagus?

Pergi mampus rengus celaka kau,
bila aku dengar kau dengan isu kebebasan kau!
dengan perkataan hak "individualistik" kau!
perengus sial..

hidup sama-sama kita?
dengan henyak-henyak bising kau?

(khas untuk perengus tak berguna yang bijak menggunakan kabel ORANG-ORANG BESAR)

Tuesday, January 4, 2011

pagi bangsat..

untuk sebuah pagi hitam...
yang aku, kau, dia, mereka, tuan hamba, tuanku,
tak akan mengerti,
tak akan faham,
dan atau apa lagi?

pagi itu lebih hitam dari yang lain,
bangsat!
siapa kau?
keadaan ini?
bangsat!

aku sayangkan padang itu,
ramai tapi sikit..
biar kita panas,
biar kita bebas..

dalam,
jauh,
aku merusuh..
tanpa suara..

BANGSAT!

(perhimpunan pagi-rasa dalam kota pedih)
7.30 pagi....