Monday, February 8, 2010

lelaki berambut putih

ku lihat lelaki separuh abad itu,
lusuh mukanya,
kumisnya tidak lagi disentuh,
rambut gugur,
urat mukanya menampakkan ketuaannya.

Dia insan gagah,
bukan tubuh tapi akalnya,
Membayangkan modenisasi bukannya pada lahiriah,
yang diguna oleh si pemakai tali penjerut leher.

Dia yang menyatakan kepadaku,
bahawa keaslian itu mati dipijak peniruan,
Kita mengikut dari apa yang kita cipta,
Dari omong kosong pentauliahan yang bersyarat.

Jujur itu tiada lagi,
Yang dicari bukti tak bererti,
Celik mata pun dianggap tidur,
kalau bisa lidah mengatur .

Selasa, 2/9/2010
12.56 pagi

4 comments: