sejak dari sekolah rendah, terus terang saya memang meminati muzik..muzik ada di mana-mana...asalkan ada bunyi-bunyian, ombak, air terjun, angin, puting beliung, taufan, pada saya yang belum mempunyai apa2 sijil formal berkaitan seni dan bunyi-bunyian masih menganggap itu adalah muzik. Bunyi-bunyian tidak akan bergerak sendiri bagi saya. Saya masih ingat bahawa guru saya pernah menyatakan bahawa bunyi terhasil daripada getaran udara. Cukup sampai itu yang saya ingat. Saya tidak ingat bagaimanakah cara mengukur frekuensi, berapa db (saya tidak ingat simbolnya), pertembungan bunyi yang mewujudkan titik lenyap dan banyak lagi. Mungkin itu salah satu kelemahan saya, tidak punyai semangat kental untuk belajar.
Dulu sewaktu saya di darjah dua, abang saya ada membeli cd metallica semasa persembahan mereka di san francisco (tak silap saya) bersama symphony orchestra..S&M (Symphony & Metallica) serta album black dan reload. Pada masa itu, minat saya terhadap muzik makin bertambah. Ada juga teringin bermain muzik juga. Tetaapi waktu itu masa belum sampai, kebetulan di rumah saya tiada alat muzik, dan kawan saya yang minat muzik tidak ada. Cuma saya masih ingat kenangan saya, saya sempat belajar bermain drum dengan seorang guru muzik di sekolah rendah saya (tetapi saya masih tidak pandai...ha ha ha...) dan meminjam cd dengan rakan saya iaitu show metallica di seattle tahun 1989 (rasanya lah).. Kemudian, minat itu rasanya agak terpadam.
Di sekolah menengah rendah, saya masih lagi mendengar muzik yang saya suka. Saya meminati muzik rock, dan metal aja. Masa itu saya hanya tahu band metallica untuk metal dan gun n roses untuk rock. Kemudian, semasa menengah atas, ramai rakan-rakan saya meminati muzik. Dari situ saya kenal beberapa band...butterfingers, muck, corumn 80's, cradle, cromok, the strokes, system of a down, kompilasi radio malay (album),bob marley dan lain2 yang bukan hanya terperuk dlm satu genre saja..Semasa sekolah saya memetik gitar untuk kali pertama..
Selepas spm, saya kembali melepak dengan rakan2 sekolah rendah (sebelum ini saya tak rapat sangat sebab selalu keluar). Saya respek mereka. Rata2 mereka pandai bermain alat muzik. Jadi, bermula pada saat itu, banyaklah tok guru-tok guru saya dalam bermain gitar(namun kini masih tidak pandai, mungkin jari pengkang). Mereka bawa saya melihat suasana jamming yang bagi saya mereka sangat COOL! serius..saya tak akan lupakan moment itu. Ingin sekali saya ucapkan kepada mereka yang mengajar saya erti muzik dari saat saya di sekolah, di kampung, dan sekarang. Kemudian, rakan saya merangkap tok guru kata, muzik bukan hanya untuk cool, ia lebih dari memahami apa kau rasa, tentang apa yang kau nak katakan..cubalah untuk memahami sekadar kau mampu..
Kini, semakin banyak tok guru saya dalam bidang muzik. Dari belajar bermain gitar, harmonika, dan lain-lain. Tambahan lagi, saya banyak terdedah kepada lagu-lagu baru. Dari metal, saya mengetahui apa itu thrash, black, death, heavy, grindcore...begitu juga reggae, ska, indipendent, folk, dan sebagainya. Saya belajar dari mereka cara-cara explore muzik sendiri. Kena selalu dengar lagu baru. Kena sentiasa berubah, tetapi perlu balik kepada asas. Saya tak lagi hanya mendengar satu band, kalau dulu hanya metallica, kini saya mengenali, megadeth, onslaught, slayer, dio, sodom,anthrax, ,tankard, sepultura, hirax, tankard, bywar, violator, kreator, sabbath, militant attack (malaysia), sil khannaz (malaysia), Hiding fear (malaysia), Humiliation (malaysia) , hereafter, (malaysia), silent death (malaysia) dan banyak lagi sebagai contoh. Walaupun dari segi asasnya saya masih kurang pengetahuan mengenai muzik dan cabangnya, saya seronok dengan apa yang saya tahu. kerana ia bukan hanya pengetahuan yang banyak sebab tak de exam untuk tanya kita berapa banyak band yang kau tahu? sejarah mereka?. Yang penting kau suka dengan apa yang cari. Dan saya berterima kasih kerana ada rakan-rakan walaupun tak rapat sudi kerana sudi berkongsi info atau saya tahu melalui majalah dan blog-blog.
Tidak hanya dalam satu genre, saya kini mengenali bob dylan, jimi hendrix,led zeppelin, lynrd skynrd, john lennon, iwan fals, ebiet g ade, meor (malaysia),bin jidan (malaysia), black (malaysia) dan banyak lagi yang bagi saya sangat bagus. Lirik-lirik mereka sering menyentuh kisah realiti kehidupan. Saya sendiri tak mengenali mereka dengan baik. Apa yang saya dapat nyatakan, teruskan usaha anda (kepada yang masih ada)..
Mungkin muzik merupakan perkara yang amat berharga bagi saya. Tapi saya harap tidaklah terlalu leka sehingga saya mengabaikan tujuan saya di muka bumi ini. Muzik bagi saya adalah satu satu cara mengubati jiwa. Cuba dalami muzik, fahami lirik, dan maksud. Ada sesuatu di sebaliknya. Walaupun tiada apa sumbangan saya terhadap bidang muzik, saya hanya mampu mengharapkan muzik yang jujur akan terus berada di muka bumi. Saya juga berharap jika saya pandai bermain muzik (masih perlu banyak dipelajari, terima kasih kepada rakan-rakan), saya akan laungkan sesuatu dari situ. Saya tidak mengharapkan saya hebat seperti steve ai, tatapi saya lebih mengharapkan sesuatu sampai kepada semua. Seperti bapak A.samad Said-puisi jadi senjata..
p/s : tidak semua moment dimasukkan ke dalam catatan ini..
sifu tongga- budak2 mrsm kuantan-azim, muk, mat pet, Mukhlis, lain2..
budak temerloh : farid, abe, cerah, boyan, duck, nuar, akem,usop,
arwah yazid (Al-Fatihah), yaser, dan lain2
geng2 mengajar : abu, napi, wak, e'ein dan lain2..
all local band malaysia, busker2 sejati, karisma magazine, rottw, pesta
jiwa hermyth zine,dan banyak lagi..
Thanx for the beautiful music!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku juga bermula dengan itu semua.tapi aku pilih untuk lebih mengenali puisi-puisi dan nyanyian jiwa yang menguatkan semangat perjuangan.ia bagai nyalaapi dalam nyalahujan.ia satu musik yang agak halus.aku dulu percaya kalau musik2 keras itu merupakan satu protes yang berhasil,tapi sayang, akhirnya aku tak rasa apa2 dari.mungkin jiwa dan cara berbeda.
ReplyDeleteapa sekalipun musik yang kita dengari dan hayati,ia hanya perlu dinikmati.
ya...aku minat juga pada lagu berbentuk puisi...cuba mengimbangkannya...kadang2 lagu metal juga ada isinya seperti Agent orange dari band sodom menceritakan suasana perang di vietnam...muzik itu sendiri satu dari cabang seni..selain puisi, aku juga sukakan lukisan, teater, drama, gutai, apa2 saja asalkan seni hatta melihat burung hinggap di tepi tingkap...asalkan bagi aku ia jujur, aku akan terima seadanya...dalam muzik pula bidang yang aku paling suka...cuba menerapkan puisi ke dalam muzik...sayang, aku hanya mampu merasa..tapi aku bersyukur diberi peluang untuk merasa dan menghargainya... :)
ReplyDeleteKenape nama saya ada?wakakaka.papepon tenkiu sbb ade nama gua.lu skang da hebat da.sume orng respek lu.cume rezeki xde lg.jgn putus asa.semoga berjaya :)
ReplyDeletemuzik atau bunyian sebenarnya?
ReplyDeletearwah abah aku hadiahkan kaset original raihan yang pertama..hehehe..sayang gila:)
ReplyDeletelu memang rockk!!
ReplyDeletecerah : sebab koi hargai aok..
ReplyDeletekepal : dua-dua
cryclown : simpan pemberian itu...lagunya bagus!
namumora : heh, poyo kuda.
aku suka disagree. slow je. macam aku jugak. haha.
ReplyDeletemungkin muzik kita berbeza.
tapi seni itu tetap sama.
teruskan main muzik.
dah pandai nanti boleh kau perform sebelum kita habis belajar nanti.
disagree? best...suicide not, angle orchestra, crumb..layan juga... :)
ReplyDeletesejarah hidup kau yg sungguh bermakna acai.. kau talented dan humble. teruskan perjuangan, kita bukan sendirian di muka bumi ni..
ReplyDeletep/s: Peh Ghost Writer, lu penulis buku Bin kan. lu mmg legend. wa respect sama lu beb. heheh ;D