Di mana-mana ada muzik. Batu yang diketuk pada batu yang lain juga akan mengeluarkan bunyi-bunyian yang menarik jika diadun dengan baik.
Baik atau tidak baik, itu bergantung kepada individu masing-masing. Soal penerimaan, aku taklah kisah sangat. Cuma kadang-kadang aku terpikir kerana
rata-rata orang sering melihat kepada suara penyanyi yang menyanyikan lagu tersebut. Penerimaan mengenai suara ini bagi aku memang antara isi penting
dalam sesebuah lagu, kerana secara amnya, seni itu sendiri perlu mempunyai sifat-sifat yang indah. Indah itu bagi sifat semulajadi manusia adalah cantik.
Tapi, kebanyakan dari kita selalu lupa perihal "isi" lagu tersebut. Aku bersetuju dengan kenyataan seorang tokoh tanah air, (tak perlu aku nyatakan di sini),
mengenai seni untuk sesuatu perubahan. Cuma satu yang kurang di situ, beliau ada mengatakan tak payahla buat lagu pasal cinta. Kadang-kadang kita
juga perlukan lagu berkisarkan tentang cinta untuk meluahkan perasaan kasih sayang kepada orang yang kita sayang. tetapi, pada aku, tak perlulah semua
"track" dalam album pasal itu. Banyak lagi tema yang boleh kita isi. Mungkin masalahnya di sini, terlalu banyak "isu sensitif" yang tidak boleh dinyatakan
di dalam arus perdana yang mungkin akan membuatkan sesbuah lagu itu "tak akan NAIK". Terlalu banyak. Itu belum lagi kita persoalkan mengenai protokol.
Cuma yang peliknya, soal "glamorous" tidak pula hebat dipersoalkan. KENAPA?
Aku tidaklah cuba bercakap mengenai soal "underground" atau "mainstream" kerana bagi aku, banyak juga lagu di arus perdana yang bagus-bagus. Cuma
aku melihat dari sudut lain, lagu-lagu di dalam kancah "underground" ini lebih bebas dan isu yang diperkatakan itu adalah lebih "real". Bagi aku,
banyak lagu-lagu yang baik tidak diperdengarkan kepada masyarakat kerana mereka "tidak diberi peluang". Kerana sebab "pelbagai sekatan" seperti etika
"pemakaian", "rambut panjang", sesetengah dari mereka ini lebih selesa dengan konsep "underground".
Kenapa pula sesetengah dari artis luar boleh diberi masuk sehingga ke Genting Highland? dan ada yang tidak lepas? Ya, mungkin mereka tidak seksi.
Aku cuma berharap agar sesetengah daripada perkara boleh dilonggarkan. Come On Lah, mereka-mereka seperti Bob marley, Jimi Hendrix,
Iron Maiden, Megadeth,Dying fetus, Meor yusof, Nik bin jidan, Iwan Fals (orang-orang dulu, x banyak keluar dalam radio, mungkin sebab mereka "dah lama")
banyak memberi pengajaran menerusi lagu-lagu mereka. Jika anda rasa kadang-kadang mereka
ini seperti melampau, kaji dulu "pengisiannya". Jangan dihukum terus. Akan tetapi, ingatlah, bagi sesuatu itu "masih ada batasnya".
(bukanlah aku untuk menyatakan sesuatu itu baik dan tak baik, cuma hargailah mereka yang kadang-kadang ada juga kebaikannya. Aku juga bukanlah
orang "underground" tegar atau apa-apa pun. banyak juga yang aku tak tahu.Bukan bermaksud nak poyo atau apa-apa, cuma menyatakan pandangan aku sekadar-sekadar)
terima kasih!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
metallica and slayer xde
ReplyDeletedamn...
metallica dah biasa org dengar.....lagipun koi dah tulis...(yg terlintas)....well, support koi utk perubahan!
ReplyDeleterockers dan metaller berambut panjang berseluar koyak dipandang hina daripada gadis² popstar yang dadanye terbukak dan skirt terselak...
ReplyDeleteya...itu realiti zaman sekarang..cuma sekarang, koi bukanlah nak kata apa, pengisian tu penting...x kisahla, indie ke, hip hop, rap, dangdut....pasal genre tu hak masing2 la kan?
ReplyDeleteaku suka baju lama...lebih manusia...X)
ReplyDeleteinikan aku yang berambut gimbal , lagilah dipandang hina oleh masyarakat yang takutkan revolusi ke revolusi . protokol wang semata .
ReplyDelete