Friday, May 28, 2010

cerita sakit...ikut otak aku..

maybe tajuk ni ade lebih kurang ngan sorang member aku...tapi x pe, aku cuba gunakan pendekatan yang berlainan..hahaha...

sorang member aku sakit (sama plak ngan citer member aku)...hahaha...pastu kami bawak la member aku tu gi spital...smpai sana ada la sorang apek (pegawai perubatan) tu..dia tanye member aku yang sakit tu, sakit apa...tu aku leh terima...tapi bila paksa bukak mata, paksa bangun sindri dari bangun kete, rasa aku nak bagi sebijik kat mata apek tu plak...nasib baik x de spike dalam poket aku...hahaha

pastu, sorang member aku ni gi la teman member aku yang sakit ni..n aku x tau sgt ape yg jadi kat dlm tu, sebab aku ngan member aku yang sorang lagi tengah cari port nak isap rokok...hehehe...tapi, balik je dari ngepam, aku tgk member aku tgh dok atas kerusi roda tu lagi.. sekali x sampai giliran lagi daa...nak kata angin, angin gak, tapi memandangkan ilmu anatomi aku x cukup sifat tambah badan aku yang cekeding, aku biar je laa...harap2 x de ape yang berlaku..tambah pulak, sakit dada member aku tu bukannya serangan jantung...

then, jeng jeng jeng....sorang brader a.k.a brader baju hijau dtg kat tempat kitorang mlepak ni ha..die pon pelik apsal x masuk2 lagi...maka, dengan selambanya, brader tersebut menerjah ke pintu pak doktor sambil berkata "x kan nak tunggu smpai mati kot?" dengan suara seakan-akan tom araiya vokalis slayer (marah la maksudnya tu)!...lepas tu, macam ada karpet merah terbang dengan sendirinya menjemput member aku yang sedang kronik tu...pergh, gila otai brader hijau tersebut..aku ngan member aku lepas tu dengan segan-segan muka budak-budak comel kene buli pergi la ucap ribuan terima kasih kat brader tadi..aku tengok dia dah mcm IPMAN dah...menjaga kepentingan rakyat setempat..cuma dia x tau tumbuk 12 kali laju2 je...tembak bertalu2 mungkin dia tau...

berbalik pulak kejadian kat spital tadi, lepas member aku kluar, kene enjet semua, aku tgk brader hijau tadi x masuk2 lagi...dah la anak kecik dia yang sakit, sat lagi aku tengok ada la apek ditemani amoi yang kebal sejuk masuk ke bilik doktor,...padahal baru sampai kot...tengok pulak luka beliau mcm kene hiris lalang je dah...gila aku cakap...x sistematik langsung...kesian pulak aku tgk brader hijau tadi...tapi nak buat camne..naseb baek la dia cool je..kalo x selatan thai le spital tersebut...

....................................................................................................................................................................

pukul 6 pagi, aku masih terjaga...layan fb smpai ke pagi..(ngan citer sket2) hahaha...aku nak gi berak jap, aku tgk member aku yang sakit tadi dah bangun nak pegi surau...bukan ckp dia dah sihat mehat, tapi aku nampak mata beliau merah, dengan jalan teresot2..lemah gila..still pegi surau..dan x silap aku dia yang azan aku rasa..terasa jauh je aku ngan dia (kat sini aku rasa korang tau "kuat x kuat beliau!"..ape2 hal pon aku harap beliau trus sukses...


p/s- for member2 kat seremban..scene ari ni ngan scene dlu (acap) tunjuk kat aku yang budak2 kat soromban ni mmg cekap, x reti penting diri sendiri la!..walau aku x reti nak tunjuk aku kagum kat korang n x tau ape nak tolong korang, aku nak lu orang tau gua respek sama lu orang!

Thursday, May 27, 2010

aku x de idea...nak tulis..nanti sambung kat umah la...hahaha

Friday, May 14, 2010

kucar lana

jam pasir,
jam digital,
jam tangan,
jam dalam handphone,
jam kat menara teluk intan,

kalau masanya pkul 8.30 mlm...x semestinya semua jam 8.30 mlm...

tapi sekurang-kurangnya kita tahu hari sudah "malam"....

bila pagi esok, bangun kucar lana, satu hapah tak siap lagi...aku mengadu kepada-NYA...apa yang aku lakukan semalam? waktu tu aku memohon untuk balik semula ke semalam...

tapi, apabila semalam aku lalui dengan gembira..aku lupa berterima kasih kepada-NYA hari ni..

-aku memang teruk-

Thursday, May 6, 2010

adoi...

2 minggu lagi nak pekse dah..mlm ni azam esok nak study gila bapak...

esok pon bangun lambat lagi..terkejar sana sini, nak makan lagi, apa semua, nak mandi lagi, nak itu, nak ini,

lepas makan...sampailah pukul 4.30....

alamak!!! spongebob dah nak mula, kene pegi bilik T.V dulu..adoyai...

pukul 5.30 datang...(pikir dulu, nak main bola ke nak lepak baca conan takim or nak layan gitar jap?)

pukul 7.45 baru nak mandi...

abes pukul 8 nak pegi makan....masak dlu, x pon makan luar...kata nak jimat..haha cinabeng tul, ikut aku la..rajin aku masak, mls gua makan luar..

abes makan, lepak2 jap, ade movie best pulak dah!!!pengaruh member aku yg dok Raub tgk citer Korea...(jap lagi kene study ni, aku rase mata aku lambat lagi nak tutup nih!aku tgk member aku sorang mamat dari Kedah rilek je, misti sama ngan aku nak study malam buta nih!)

Dengan berbekalkan motivasi belajar malam2 baru masyuk, pukul 1.30 start bukak buku, dengan air milo yang aku pow dari member aku yg dtg dari melaka...woo, ini rupanya teori kewujudan negara.....1, teori kudus atau ketuhanan..pastu.............................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................................




sedar2 dah pukul 2 tengahari dah...adoyai!!!!lapar pulak ni, pegi mandi, makan dulu...HAHAHAHAHA!!!!

Wednesday, April 28, 2010

Saturday, April 17, 2010

JUJUR?

jujur...suatu perkataan yang ada maknanya. Tak semua orang tahu definisi sebenar jujur mengikut kamus dewan atau apa sahaja definisi dari tokoh-tokoh terkenal namun itu adalah pada teorinya. Secara praktikalnya, semua orang tahu apa itu jujur. Ketidakjujuran pula adalah sifat yang bertentangan dengan jujur. Aku pasti setiap masyarakat di dunia ini mengangkat jujur sebagai satu nilai-nilai yang baik dalam dunia ini. Mengapa ramai kalangan kita masih tidak jujur? Satu contoh yang baik untuk aku katakan ialah ramai antara kita menganggap sifat jujur itu satu kebodohan. "Terlalu jujur, kau akan dipijak nanti". Biasa kan kita dengar orang cakap macam ni. Kenapa pulak kita akan dipijak kerana sentiasa jujur? Sebab adanya orang yang tidak jujur. Sebab ada org x jujur, maka orang yang jujur akan dipijak. Nak-nak pulak dalam hidup zaman kita ni, ramai yang tidak jujur sanggup buat apa sahaja demi wang. Hidup mewah, dijulang orang, diangkat tinggi, kawin dengan super babe, kete terbang, semua laa....Dah tu, yang sentiasa jujur akan maintain slow je. Ya, memang pembalasan baik itu akan dapat kepada orang yang jujur di atas sifat kesabarannya. Tetapi jika tidak? mampuke semua orang bersabar jika dia dipijak? Bila aku tgk orang yang hilang sabar aku terbayang masa gilanya Marty Friedman tengah menggila dengan solo dia...hahahahaha. Yang aku cakap ni adalah berkaitan dengan tidak jujur yang negatif. Dalam kejujuran yang negatif ini bagi aku adanya unsur-unsur mementingkan diri sendiri.

Ada pulak ke yang tidak jujur positif?. Pada pandangan aku ada. maksud aku ialah ketidak jujuran yang membawa ke arah kebaikan. Contoh, "ko x sehat je Jep?" "x de la, aku ok je." Padahal budak ni punya la sakit. Atas sebab dia x mahu menyusahkan member dia atau tidak mahu member beliau susah hati, dia tidak menjawab pertanyaan tadi dengan jujurnya. Tak pon, bila ayah aku tanye "ade duit ke x?" Aku pun jawab ade je, padahal x de...hehehe (nak gak letak contoh tu...hehehehe) Kebaikan kan? So, kebaikan tu biasanya positif. Tapi, kesudahannya, akan membawa keburukan jika orang yang ditipu tadi mengetahui perkara sebenarnya.

p/s : aku mengharapkan aku boleh menjadi sejujur-jujurnya.

kejujuran Marty Friedman dalam solo membuatkan aku mengagumi beliau (nada jujur+dengki..hehehehe)

Wednesday, April 14, 2010

minta maaf....

I'm sorry...
I just hope that I can hide my eyes...
Seeing you wasn't hurt..sometimes...
I can't stop blaming the time, situation, place...
we met, but doesn't talk...
i could see you, you too right?..
In a time between a piece of glass..

If you know me,
I bet you won't hurt me anymore,
As you know that i won't hurt you..
And yes..I didn't mean that..

I just want to look at you like a rainbow...
Yes , i do...