Sunday, November 21, 2010

bawa aku pulang

bawa aku pulang,
sewaktu aku masih menangis,
kesat hingus di bajuku,
waktu lukisan masih di dinding.

bawa aku pulang,
sewaktu aku riang berlari,
ke rumah sebelah,
main-main masak lodeh.

bawa aku pulang,
ke tempat yang paling aku rindu,
yang tempat itu sendiri,
sudah tidak mengenali aku.

bawa aku pulang,
ke tempat yang paling aku rindu,
yang mana tempat itu berwarna warni
dari lukisan kita sendiri.

bawa aku pulang,
kepada tempat yang paling aku rindu,
waktu aku belum kenal apa-apa,
tapi nyata aku sangat berani!

Thursday, November 4, 2010

aku bukan anti-teknologi....aku juga mahu kaya..

Minta maaf...aku bukan manusia yang menentang teknologi, bahkan aku juga teringin untuk kaya.
Aku tak banyak tahu tentang teknologi terkini, trend-trend, tapi aku juga tahu teknologi itu banyak sumbangannya kepada manusia..Teknologi mengikut Heinich, Molenda & Russel (1993), teknologi bukan semata-mata peralatan mesin sahaja tetapi merangkumi idea dan proses. Empangan, kereta, bangunan, laptop, pc, kamera, bla2...mungkin ini teknologi. Tapi bisakah kita mengenali keperluan teknologi, yang mana keperluan dan mana trend? Yang mana akan tersepit, yang mana akan gah dengan kononnya aku miliki segala-galanya.

Beribu-ribu model handphone dikeluarkan hari-hari dengan fungsinya diubah sedikit, teksnya lebih menarik, tambahan pada keypadnya yang lebih selesa..Gembira tak kita tengok budak2 sekolah berlumba-lumba untuk memiliki handphone yang baru dengan mencuri duit bapaknya?
Trend itu lahir tanpa melihat bapaknya yang sudah tak tertanggung mengejar kelincahan anaknya. Sudah, aku tak nak hurai pasal ini banyak-banyak, aku tak tahu sangat pasal teknologi terkini.

Sokonglah teknologi itu seadanya. Teknologi itu perlu, memang sangat perlu. Namun pada yang perlu, ia sudah cukup untuk kita. Aku pun selalu lemas dengan barang-barang baru yang aku tak tau sama ada memang untuk menolong manusia ataupun "menolong" manusia.

Sekali lagi aku tulis, aku bukan penentang teknologi, kecanggihan, aku juga mahu hidup senang. Malah aku teringat suatu ketika dahulu, aku ada membaca satu cerita, Nabi meminta sahabat pergi ke China untuk belajar membuat mercun, kertas, dan ada lagi, aku x ingat.maafkan aku. Kita disuruh untuk maju untuk kepentingan sesama kita. Aku sokong yang ini. tapi kalau dengan sesetengah cara, aku memilih untuk biasa-biasa sahaja. Bukan untuk berlumba.

Terlalu banyak yang aku tak tahu. Ini dari hati aku sahaja. Kepada yang terlintas di halaman ini, tegur-tegurlah, jangan keras, tetapi kenyal, yakni tidak akan putus walau ditarik, supaya aku ingat selama-lamanya. terima kasih.

Tuesday, November 2, 2010

bunga kembang pagi~

aku bangun tengah hari,
awal dari biasa,
selepas semalam bersama dosa,
tak perlu lah kau tahu..

tilam usang dan selimut koyak kutinggalkan,
air sejuk dan sabun wangi yang masih berbaki sedikit,
aku guna...tengah hari itu..
sudah suci kah aku?

aku pasang angan-angan lagi,
langit cantik hari ini,
burung pun banyak,
matahari pun berdedikasi,

aku tahu sedikit masa lagi,
malam akan datang,
selepas senja melepasi petang,
aku mahu hari ini aku menang..

Thursday, October 28, 2010

belum mati...

tadi aku lihat ramai orang,
sesak...
aku berlari ke arah keretapi,
nah, aku mencari sepi..

perlahan keretapi itu pergi,
seolah-olah tak memberi aku pergi..
apa mulut ini terkunci?
tak mahu aku bertanya lagi..

kah kah kah,
dekah Tok Aki,
katanya tak perlu lagi aku pergi,
ini bukan masanya untuk kau mati..

"pergilah kau nak"
"perjalanan ini bukan untukmu"
"hidup kau di luar sana"
"aku ini sudah menjadi sisa-sisa"

"aku tahu kau takut"
"aku tahu kau begitu"
"sungguh aku faham sikapmu"
"aku dulu pun begitu"

kata orang tua itu ada erti,
separuh jasad aku masih di sana,
cuma aku masih perlu sesuatu,
belajar....

Sunday, October 24, 2010

io-oi

I like this song....

Living with the sin, a dirty world all around
Another missile speech, as they preach with no leash
Seven nations threatening the world with a bomb
Seven sins creating a world from the whomb
Show me a way, I can live and I'll grow
There is a way, that we can learn for ourselves
Written in your eyes the answer is ill
The anger builds a fire within
Every lie the system is stained
A minefield of egos, opinions and words... no more
Show me the way, I can change, I'll grow
Show me a road, where I can reach, where I can reach the light
Light at the end of the road
In this new world, painted black
Sloth and pride and envious anger
In this new world, another mark
Excess and lust with arrogance
In this new world, without a past
Atomic shit to fuck with our heads
In this new world, that's full of crack
Our children cry, they're lost and mad
We're lost!
Show me the way - I need to know - show me the road

Tuesday, October 19, 2010

kelah dan Lemmy?

not at the right time and place-Lemmy (motorhead punya tukang lalak)....

macam ikan kelah, depa ni (cuba kata utagha), berenang lawan arus..ade sorang member aku la cakap..dia ni memang kaki pancing, walaupun dia dapat ikan besar-beesar 2 jari, tapi aku tau ni memang kaki pancing yang kental..tapi kesian gak, memang time dia ni x kene...kalau dapat ikan baung tu memang gila la beliau, silap-silap dia ni tag gambar presiden zimbabwe sebab kejayaan dia mendapat seekor anak sulung baung (kira besar jugaklah kan)..

oh, balik pulak pasal ikan kelah tadi..spesis depa (lagi skali cuba menyebutnya) ni memang dah tak banyak, memang rare la kalo nak jumpa, se rare-rare kasut aliph, rare lagi nak cari kelah ni..hahahahaha...lagi satu hal, dah la kelah ni rare nak jumpa, dapat pulak sekor tu kelah yang cacat sikit..tak sempurna ekor dia, hidung dia besar sikit..hahaha....(menggunakan kelemahan diri sendiri untuk membuat contoh) dah x jadi semat...hadoi, kesian ko kelah, menentang arus sorang-sorang, walaupun sama matlamat ngan puak2 ko yang lain, tapi ko berenang sorang2...
kadang-kadang ada la jumpa sekor dua, tu pon cacat jugak, telinga besar laa pulak..tapi, kira ok la, at least ada jugak kawan..

tapi, naseb ko la kelah, sekurang-kurangnya ko berbangga ko jadi geng-geng kelah, tapi satu hal aku respek ngan ko, ko hanya hidup di air yang bersih... vs

Friday, October 15, 2010

HITAM

Hitam itu warna jahat...(milah cakap)
Hitam itu warna negatif..(wak korjo punya pendapat)
Hitam itu menawan (lagu cakap macam tu)
Hitam itu keunggulan (syarikat rokok cakap)
Hitam itu elegan (tengok kete besor-besor, kot mahal-mahal,ni orang kaya cakap)
Hitam itu bukan warna (orang seni cakap)
Aku suka hitam (aku cakap)

lagi pasal hitam?