kosong....sifar...same je...x de mende aku wat pon arini...ade la melepak kat depan kedai...mlm pulak bukak facebook......tp aku agak rileks jugakla...hari kedua jugak aku bukak blog aku sendiri..mlm ni aku try cari satu lagu "jaringan abstrak" by Bin Jidan...Gila ah...seni sial lagu ni dari tajuk, melodi sampai ke lirik...tapi aku x paham maksud seni tu mende sebenarnya...Kopratasa ke? Usman Awang ke? ke A. Samad Said tau?dari seni melukis, berlakon, seni tampak, teater, sajak, syair,menyanyi...banyak gila sial...ni la antara definisi versi internet yg aku dapat (rujukan:http://burdah25.multiply.com/journal/item/52/Definisi_Seni)
.Seni adalah penjelmaan rasa indah yang terkandung dalam jiwa manusia, yang dilahirkan dengan perantaraan alat komunikasi ke dalam bentuk yang dapat ditangkap oleh indera pendengar (seni suara), indera pendengar (seni lukis), atau dilahirkan dengan perantaraan gerak (seni tari, drama) (Dr. Abdurrahman al-Baghdadi, Seni Dalam Pandangan Islam, hal. 13).-Aku bukanla orang yang hidup dalam dunia seni mahupun orang yang sentiasa follow dunia seni ni,tapi aku rase macam nak tulis je..nak wat cmne kan?hehehe...kalo salah,sape2 yang masuk blog gua,kasi la feedback dengan cara yang baik,tp jangan maki hamun plak,kang gua nangis kang haa...err,balik kampung semula,beberapa point yang aku dpt ambik....seni itu indah,dilahirkan, dan terdapat komunikasi di dalamnya...Indah,satu perkataan yg mempunyai pelbagai maksud dari segi pandangan dan juga perspektif orang ramai...kadang-kadang orang ni cakap lawa, orang ni cakap "kau bangang ke ape?bende ni ko cakap lawa"...begitula sebaliknye...namun, dalam berjuta-juta pandangan tu ade 2 je sebenarnya...setuju benda tu indah atau tidak...yang merumitkan situasi hanyalah alasan masing-masing, memandangkan alasan-alasan ini direka cipta oleh manusia sendiri untuk mempertahankan hujah mereka...Hahahaha...sebenarnya aku pon banyak mencipta alasan dalam hal-hal berkaitan ngan indah ni...Aku salah seorang peminat di dalam aliran muzik thrash metal ( yang mana mungkin x ramai orang meminati muzik ini skarang)...dan dalam member-member aku yang lain mempunyai minat yang lain di dalam genre muzik...korang pon tau kan, skang ni bersepah-sepah genre muzik yang ada (mcm bilik aku jugak, sampah pon bermacam jenis,baru bilik ni pulak dunia)....Aku akui aku kadang-kadang selalu jugak bagi alasan yang menguatkan hujah aku bahawa muzik yang aku dengar lah yang paling best.....riff laju tapi lirik gila babi seni...(kononnya lah, namun aku pasti mende tu memang ada...hehehehehe...(promote kurungan dalam kurungan gak la)...)...begitu jugak la dengan member2 member aku yang lain...same je....mende ni x pelik la...macam tu jugakla dengan mende lain, aku cakap filem ni best giler, member aku cakap filem ni yang best...Mende ni pernah wat aku terfikir bahawa kehebatan seni ni ialah dalam satu mase tertentu mampu membuatkan dunia ni jadi kecik giler (bila pandangan kita sama dan setuju masing2 dan ianya x bervariasi) dan kadang-kadang seni buat aku tengok dunia ni besar gila sebab berjuta-juta jenis pandangan aku dapat tengok.....Namun pada aku, x salah untuk kita mengangkat ape bende yang kita suke sebab itu menunjukkan (bukan menunjuj-nunjuk,lain perkataan lain maksud beb) bahawa kita ni orang yang ade pendirian...tapi dalam pada tu kita kenalah jugak hormat kan pandangan orang lain...
-Dilahirkan..seni itu dilahirkan dari manusia tu sendiri melalui ilham dari Allah S.W.T...dan apabila kita memuji satu karya seni itu, seharusnya kita lebih memuji diri-NYA sebab karya-karya ini pon datang daripada-NYA...
apabila sesuatu itu dilahirkan maka ia telah menjadi sesuatu benda yang telah dizahirkan dan membolehkan kita merasa atau melihat, dan merasai kewujudannya...kerana setelah sesuatu karya itu dilahirkan, maka kita boleh melihat keindahannya....Dan, setiap benda yang ada di muka bumi ni pasti akan binasa....begitu juga dengan seni...setiap karya itu kadangkala akan dilupakan bila karya baru dihasilkan.....Namun terdapat juga karya seni yang masih utuh kekaliberannya dan maka pada itu terfamousla perkataan "ever green"...Mengapa ini terjadi? kerana sebab dengan jelaslah bahawa Hari Kiamat la hari penghabisan sebenar-benarnya mende apa yang ada ni ha...tu semuo orang tau kan?hehehe....
-Berbalik kepada seni....aku pernah mengharapkan satu suasana di Malaysia bila sampai satu masa kita dapat menghargai setiap hasil yang lahir daripada seseorang x kira la budak umur 3 tahun ke, dari underground ke mainstream...dan sebagainya....sebab aku mengharapkan semua ni mampu menyatukan setiap orang kat negara ni....sorang brader yang aku nampak die ni otai giler la kat Pasar Seni pernah bagitau aku, die cakap kita sekarang ni masih tak mampu untuk menerima kesemua hasil karya seni yang ada kat Malaysia ni...dan mungkin aku patut berterus terang dengan ayat bahawa masih terdapat diskriminasi terhadap seni di negara kita...kamonla, x syokla beb, sebab kita sepatutnya hargai seniman-seniman otai yang memperjuangkan seni free...(aku teringin la nak tengok lukisan pelik-pelik pastu dpt free,gantung kat bilik kecik aku)...
-Jadi, tu jela aku rase bende aku nak tulis pasal bende ni sebab aku ni ilmu x dak...orang lain nak tulis blog aku nak tulis jugak...hehehehe....jumpa lagi len kali...